Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Terengganu pintas Selangor

Posted:

Terengganu pintas Selangor

Terengganu pintas Selangor


Penyerang Terengganu, Abdul Hadi Yahya menewaskan penjaga gol Negeri Sembilan, Mohd. Farizal Marlias dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.


KUALA LUMPUR - Jaringan penyamaan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-86 ketika berdepan Harimau Muda A di Stadium Shah Alam sudah cukup buat Kelantan mempertahankan kedudukan sebagai pendahulu Liga Super.

Walaupun satu mata, Kelantan berjaya menghalang Terengganu daripada memintas berdasarkan rekod perbezaan jaringan yang memihak kepada Red Warriors walaupun kedua-dua pasukan terikat pada jumlah mata yang sama iaitu sebanyak 44 sementara Selangor di tangga ketiga, ketinggalan dua mata.

Harimau Muda terlebih dahulu menggegar pada minit ke-13 melalui Izzaq Faris Ramlan sebelum disamakan oleh S. Chanturu, 18 minit kemudian tetapi Izzaq sekali lagi meletakkan pasukannya di hadapan pada minit ke-69.

Namun, gol penyamaan oleh Norshahrul empat minit sebelum tamat menghampakan anak-anak buah Ong Kim Swee bagi meraih tiga mata berharga.

Di Stadium Sultan Ismail Nasirrudin Shah, Kuala Terengganu, skuad Peteh terus mempamerkan rentak menyakinkan apabila menang selesa 3-0 ke atas Negeri Sembilan bagi mengekori rapat kedudukan Kelantan.

Abdul Manaf Mamat meledak sebanyak dua kali pada minit ke-24 dan 52 sebelum pemain kebangsaan, Asaari Samsudin menambah derita pelawat dengan satu lagi gol pada minit ke-63.

Namun, cerita berlainan ditampilkan oleh juara bertahan, Selangor yang terus layu selepas mencatatkan kekalahan dua kali berturut-turut, kali ini kepada satu lagi pasukan Pantai Timur, Pahang, 2-1 di Stadium Darul Makmur.

Penyerang Tok Gajah, Azamuddin Akil membuka tirai jaringan pada minit ke-26 sebelum Mohd. Munir Amran mengukuhkan cengkaman pada minit ke-80. Gol menerusi sepakan percuma melalui D. Surendran pada minit terakhir permainan sudah terlambat menghalang Pahang mengutip tiga mata berharga.

Kedah dan Kuala Lumpur pula sekadar seri tanpa jaringan di Stadium Darul Aman manakala T-Team menang bergaya 3-1 di Stadium Likas bagi memintas kedudukan Felda United di tangga ketujuh apabila Felda kalah tipis 0-1 kepada Perak di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, hasil jaringan tunggal Akmal Rizal Rakhli.

Johor FC berjaya bangkit daripada ketinggalan untuk menang 2-1 kepada Perlis di Stadium JCorp.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

KBS sambut baik guna padang tiruan

Posted:

KBS sambut baik guna padang tiruan

KBS sambut baik guna padang tiruan

PETALING JAYA - Hasrat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mencadangkan agar padang bola sepak di negara ini menggunakan rumput tiruan perlu diberi pertimbangan sewajarnya.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, penggunaan padang tiruan telah lama mendapat sokongan daripada FIFA sendiri yang amat menggalakkan teknologi tersebut diguna pakai.

"Bagi saya ia merupakan satu cadangan yang munasabah kerana masalah penyelenggaraan padang rumput asli bukan mudah dan ia turut menelan belanja yang tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meluangkan masa bermain paintball bersama pasukan-pasukan terbaik paintball Malaysia di sini, semalam.

Sebelum ini, FAM telah bertindak melantik agensi dari Jerman dan Belgium bagi membantu pembinaan padang tiruan untuk menggantikan padang rumput di stadium-stadium di negara ini.

Usaha menukar padang rumput kepada padang tiruan itu sejajar dengan galakan FIFA, namun padang tiruan yang dibina mesti menepati prosedur dan piawaian yang ditetapkan oleh badan bola sepak dunia itu.

Kos setiap satu padang tiruan dianggarkan sekitar RM3 juta.

Menurut Ahmad Shabery, mungkin kos permulaan untuk memasang padang tiruan melibatkan perbelanjaan yang tinggi, tetapi pihak pengurusan stadium tidak lagi terbeban dengan kos penyelenggaraan pula.

Ini kerana, jelasnya, jangka hayat atau ketahanan padang tiruan lebih lama berbanding padang yang menggunakan 'cow-grass' dan lebih mudah dijaga serta kos penyelenggaraan lebih murah.

"Namun begitu, saya berharap padang tiruan yang digunakan biarlah menepati syarat FIFA dan mempunyai gred yang bagus," ujarnya.

Malah, beliau memberitahu, penggunaan padang tiruan juga amat selamat dan para pemain bola sepak Malaysia hanya perlu mengambil masa yang singkat untuk menyesuaikan diri mereka dengan gelenggang berkenaan.

Sementara itu, mengulas mengenai Kejohanan Paintball Antarabangsa Super Seven 2011, Ahmad Shabery berkata, pertandingan itu akan diadakan bersempena sambutan Hari Belia Negara pada 28 dan 29 Mei ini di Precint 5, Putrajaya.

"Sukan paintball mungkin bukan acara yang dipertandingkan di Olimpik, Sukan Asia atau pun Sukan SEA, tetapi, sukan ini semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia," katanya.

Kejohanan yang dijangka menarik penyertaan 80 buah pasukan dalam dan luar negara itu turut berjaya menarik penyertaan pasukan dari Singapura, Indonesia, Filipina dan Myanmar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan