Harian Metro: Arena |
Posted: 21 May 2011 09:01 AM PDT LONDON: Roberto Mancini percaya Manchester City masih boleh menjuarai Liga Perdana Inggeris musim depan biarpun tanpa kelibat Carlos Tevez apabila pemain itu mendedahkan mahu meninggalkan kelab itu kerana inginkan cabaran baru. Biarpun pengurus City itu enggan menerima hakikat gagal mengikat kapten pasukan itu, beliau yakin berbekal pelaburan yang dilakukan selepas ini, kelab itu masih boleh berjaya biarpun selepas ditinggalkan pemain itu.
"Saya katakan sebelum ini dia akan terus kekal bersama kami dan saya tidak mengubah pendirian itu," katanya.
"Saya dilayan dengan baik di sini dan menghargainya. Saya juga memberikan segala-galanya untuk kelab ini bagi membantu mencapai keputusan yang diingini tetapi saya mahu mencari pengalaman baru," katanya.
Pengurus kelahiran Itali itu menegaska, mereka perlu berbelanja besar musim depan jika masih berhasrat memenangi gelaran itu serta cemerlang dalam Liga Juara-Juara.
|
Posted: 21 May 2011 08:59 AM PDT LONDON: Lima pasukan kini berjuang untuk menyelamatkan diri, malam ini ketika Liga Perdana Inggeris sampai ke kemuncaknya dalam saingan penyingkiran paling sengit sejak beberapa tahun lalu. Ketika Manchester United memastikan gelaran ke-19 minggu lalu, hari terakhir musim 2010/2011 tertumpu kepada pasukan bawahan liga dengan hanya satu mata memisahkan lima kelab terbabit.
Kini, Blackburn, Wolves, Birmingham, Blackpool dan Wigan berdepan perlawanan terakhir mendebarkan.
Prestasi Wolves hambar sepanjang musim tetapi keluar daripada zon penyingkiran selepas seri dengan Birmingham diikuti kejayaan menewaskan West Bromwich Albion dan Sunderland.
Blackpool berdepan cabaran paling sukar apabila berkunjung ke Old Trafford untuk menentang Manchester United.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan