Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Nilai penalti RM500,000

Posted: 04 May 2011 12:23 PM PDT

ASAL saja Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sanggup membayar RM500,000 sebagai penalti kepada kontraktor terhadap penangguhan kerja penurapan trek di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak mempunyai halangan membenarkan persatuan itu meneruskan rancangan mereka.

Sama ada kenyataan balas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek itu semalam boleh dianggap 'penolakan dalam penerimaan' ternyata kementerian tidak boleh sewenang-wenangnya menangguhkan projek itu, apatah lagi ia sudah tertunda sekian lama.


"Kalau boleh, saya teringin memenuhi hasrat itu dan melihat semua perlawanan itu diadakan di Kuala Lumpur, apatah lagi kemudahan di Stadium Nasional cukup lengkap dan dianggap paling layak mementaskan perlawanan seperti itu.

"Bagaimanapun dengan keadaan stadium yang tidak mengizinkan, terutamanya keadaan trek yang tidak boleh menganjurkan kejohanan besar, ia perlu dilaksanakan segera memandangkan ia sepatutnya dilakukan ketika perlawanan akhir Piala AFF Suzuki menentang Indonesia tahun lalu," katanya.


Jelasnya, kerja pengubahsuaian stadium tidak boleh ditangguh sesuka hati memandangkan projek berkenaan sudah berjalan mengikut jadual apatah lagi kerja menurap trek perlu dilakukan secara menyeluruh dan bukan sekadar 'tampal' saja.


"Saya sudah melihat sendiri kes beberapa stadium yang dikaitkan dengan kerja secara tergesa-gesa dan tidak mahu perkara sama berulang," katanya yang menjangkakan kerja penurapan trek itu hanya akan siap Ogos tahun ini, jika mengikut jadual.

Beliau berkata demikian ketika mengulas hasrat FAM yang mahu menggunakan stadium berkenaan untuk perlawanan penting skuad kebangsaan dan skuad Olimpik pada Jun dan Julai ini tapi bakal berdepan tindakan kontraktor yang mengenakan penalti tinggi jika projek itu ditangguhkan.


Laporan Arena Metro kelmarin menyatakan Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzudin Ahmad mahu projek penurapan trek itu ditangguh bagi membolehkan stadium berkenaan turut digunakan skuad negara untuk menentang tiga kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Chelsea, Liverpool dan Arsenal.

Malah, KBS dilihat tidak mahu menanggung sebarang kos akibat penangguhan itu yang memerlukan mereka menggunakan 'wang rakyat' semata-mata demi menunda sebuah projek yang sedang berlangsung ketika ini.


"Jika FAM boleh tanggung kos itu, kita tidak mempunyai masalah menangguhnya, tapi jika menggunakan wang kerajaan, ia satu pembaziran wang rakyat yang sepatutnya boleh digunakan membiayai pembangunan atlet dan sebagainya," katanya yang meminta FAM mahupun persatuan lain mengemukakan cadangan program masing-masing lebih awal agar tidak bertembung dengan sebarang projek pengubahsuaian.


Terdahulu, beliau merasmikan lagu dan maskot Sukan Malaysia (Sukma) yang bakal diadakan di Kuala Lumpur dari 2 hingga 12 Jun ini yang kini diadakan secara tahunan dengan edisi berikutnya diadakan di Pahang.


Ia membabitkan penyertaan 3,327 atlet dan 1,238 pegawai dalam 19 sukan pilihan antaranya lumba basikal (trek), kenu, bina badan, futsal, bola keranjang, ragbi dan tenis.


"Memandangkan kali ini tiada sukan bola sepak, penyertaan futsal di Sukma kali ini akan menjadikannya acara tumpuan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hanya tinggal empat wakil

Posted: 04 May 2011 12:18 PM PDT

TINGGAL empat perseorangan lelaki diketuai Datuk Lee Chong Wei (gambar) mengibarkan cabaran negara di pusingan ketiga Grand Prix Emas Terbuka Malaysia yang berlangsung di Alor Setar, Kedah.

Jaguh dunia itu ke pusingan ketiga selepas mengatasi pemain Jepun, Takuma Ueda 21-8, 21-12. Sebelum itu, dia menang ke atas Robin Gonansa dari Singapura, 21-7, 21-16.


Di pusingan ketiga hari ini, Chong Wei akan menentang pemain Indonesia, Tommy Sugiarto dalam usahanya memburu kejuaraan keempat tahun ini selepas menjuarai Siri Super Terbuka Malaysia, Seluruh England dan GP Emas Terbuka India.

Mengiringinya, pemain KLRC Muhd Hafiz Hashim yang menundukkan pemain Thailand, Pakkawat Vilailak dan Dionysius Hayom Rumbaka (Indonesia) di dua pusingan awal.


Hafiz nampaknya mempamerkan prestasi terbaik terutamanya ketika mengatasi pilihan ke-13, Dionysius di pusingan pertama dengan kemenangan 21-17, 21-14. Bekas pemain Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu berdepan cabaran getir pemain Vietnam, Nguyen Tien Minh di pusingan ketiga hari ini. Berdasarkan rekod pertemuan, Hafiz mendahului 3-2, namun pemain utama Vietnam itu menang pada pertemuan terakhir di Taiwan tahun lalu.


Selain Chong Wei, pemain BAM lain yang mara adalah Liew Daren. Daren menewaskan dua pemain muda negara, Zulfadli Zulkifli di pusingan pertama dan Muhd Syawal Ismail di pusingan kedua. Hari ini, Daren akan berdepan pemain Koera, Lee Hyun Il.

Turut mara, pemain profesional dari Sabah, Beryno Jiann Tze. Pemain pelapis, Mohd Arif Latif kandas di pusingan kedua di tangan pemain China, Chen Jin 21-18, 21-14. Iskandar Zulkarnain Zainuddin juga tewas di tangan pemain China, Bao Chunlai di pusingan kedua.


Koo Kien Keat-Tan Boon Heong melepasi pusingan pertama apabila menewaskan gandingan Jepun Yoshiteru Hirobe-Kenta Kazuno 21-1,8 21-13. Gandingan utama negara ini perlu mempamerkan prestasi terbaik jika mahu mendapatkan kejuaraan pertama tahun ini. Kali terakhir mereka muncul juara adalah di Terbuka Malaysia tahun lalu.

Bekas gandingan nombor satu dunia ini akan berdepan pemain pelapis negara, Chooi Kah Ming-Ow Yao Han di pusingan kedua hari ini.


Beregu wanita pula kini tinggal Chin Eei Hui-Wong Pei Tty meneruskan kemaraan. Gandingan elit negara ini bergelut untuk mengatasi pasangan Hong Kong, Hoon Lok Yan-Tse Ying Suet sebelum menang 18-21, 23-21, 21-15. Hari ini mereka perlu berdepan pasangan muda China, Ying Luo-Yu Luo dalam usaha memburu tempat ke suku akhir.


Sementara itu, lima pasangan beregu campuran negara layak ke pusingan kedua. Gandingan utama negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying menewaskan pemain Jepun, Noriyasu Hirata-Miyuki Maeda 21-15, 21-23, 21-13 untuk menempah pertemuan dengan gandingan Korea, Kim Ki Jung-Jung Kyung Eun.


Pemain lain yang mengiringi mereka adalah Fairuzizuan Tazari-Ng Hui Lin, Tan Wee Kiong-Woon Khe Wei, Tan Aik Quan-Lai Pei Jing dan Ong Jien Guo-Chong Sook Chin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan