Utusan Online - Sukan |
Posted: Tiada masalah buat FAMOleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
KUALA LUMPUR - Demi peminat bola sepak negara, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersedia menanggung kos penangguhan pembaikan trek Stadium Nasional Bukit Jalil yang mencecah RM500,000 bagi membolehkan ia boleh dibuka semula untuk perlawanan tiga kelab gergasi Liga Perdana England (EPL)! Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad yang turut menyambut baik cadangan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery yang mengenakan syarat tersebut kelmarin, bersedia berunding dengan pihak kontraktor Perbadanan Stadium Merdeka bagi mencapai kata sepakat. Katanya, kesediaan itu juga ditambah kerana FAM tidak mempunyai perancangan untuk menggunakan stadium lain kecuali Stadium Nasional, Bukit Jalil bagi aksi perlawanan persahabatan Liverpool, Arsenal dan Chelsea menentang Harimau Malaya pada Julai nanti. ''Syarat yang diberikan oleh Ahmad Shabery adalah positif dan sudah tentu kami akan berusaha untuk menanggung kos penangguhan pembaikan trek yang diminta, asalkan perlawanan dapat dilangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil. "Ini merupakan detik bersejarah buat sukan bola sepak Malaysia. "Mana ada sebelum ini tiga pasukan gergasi EPL datang dan beraksi ke sini dalam masa setahun. "Jadi amatlah rugi jika kemudahan yang terdapat di Stadium Nasional tidak dapat dimanfaatkan. "Bukan sahaja kemudahan asas seperti pengangkutan awam dan kemudahan meletak kenderaan tetapi mutu padang di Stadium Nasional juga mendapat pujian banyak pihak yang pernah beraksi di sana. "FAM mahukan semua penonton Malaysia berada dalam keadaan selesa dan apa paling penting, ia boleh memuatkan ramai penonton,'' katanya. Ujar Azzuddin lagi, FAM dalam masa sama berharap perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 dan Olimpik 2012 dapat dilangsungkan di Stadium Nasional, Bukit Jalil. "Jika skuad negara bermain di Stadium Nasional, Bukit Jalil, saya yakin lebih ramai penonton dapat hadir untuk memberikan sokongan, memandangkan lokasinya yang strategik, " jelasnya. Kelmarin, Ahmad Shabery memberikan syarat kepada FAM bahawa mereka perlu menanggung kos penangguhan pembaikan trek sehingga RM500,000 jika mahu menggunakan Stadium Nasional, Bukit Jalil sebagai gelanggang perlawanan kerana tidak mahu membazirkan wang rakyat. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Kok Chi bayang hasrat berundur Posted: Kok Chi bayang hasrat berundurOleh Norzie Mohd. Khasbi KUALA LUMPUR - Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi memberi bayangan akan berundur dalam masa terdekat dan mengakui telah mengenal pasti beberapa calon yang berpotensi untuk mengambil alih tempatnya. Selepas 19 tahun memberi sumbangan kepada badan sukan kebangsaan itu, Kok Chi berkata, beliau sudah terfikir untuk berehat, apatah lagi usianya bakal menganjak 73 tahun pada November ini. Kok Chi tidak menolak, pemilihan pucuk pimpinan MOM penggal 2011/2012 pada 18 Jun ini mungkin yang terakhir buat beliau mempertahankan jawatan. "Transformasi pasti akan berlaku dalam MOM dan orang lama seperti saya sudah tentu akan berundur, tetapi kami kena bertanggungjawab sebelum menyerahkan tugas kepada pemimpin baru. "Pertama, kami kena berundur seorang demi seorang dan tidak boleh serentak. "Kemudian, kami harus mengenal pasti pemimpin pelapis yang mampu meneruskan teraju MOM kerana kami hanya badan sukarela, tiada gaji dan tiada kemewahan ditawarkan di sini, jadi hanya mereka yang benar-benar bersedia untuk menyumbang kepada sukan negara sesuai bekerja di MOM," ujar Kok Chi. Mengulas mengenai keputusan Tan Sri Dr. M. Jegathesan dan Datuk Seri Kee Yong Wee tidak mempertahankan jawatan Timbalan Presiden dan Bendahari Kehormat MOM pada mesyuarat akan datang, Kok Chi kata, ia adalah perkara biasa, apabila pemimpin yang sudah lama berkhidmat mahu berehat. Beliau sendiri akan menyusuli kedua-dua pemimpin berkenaan apabila tiba masanya dan beliau percaya, detik tersebut sudah tidak terlalu lama. "Saya sedar sekarang saya sudah tidak lantang bersuara seperti dulu, maksud saya... Dulu saya lantang bersuara untuk menegakkan prinsip saya tetapi hari ini saya banyak beralah. "Saya sudah nampak ada dua atau tiga pemimpin baru yang sesuai untuk mengisi jawatan Setiausaha Kehormat, mereka mempunyai kriteria yang bagus dan lantang dalam menegakkan prinsip masing-masing," katanya lagi, yang bagaimanapun enggan mendedahkan siapa calon yang telah mencuri perhatiannya. Ditanya apakah kriteria yang mewajarkan seseorang itu bertanding merebut jawatan dalam kepimpinan MOM, Kok Chi berkata, pertama mereka mestilah stabil dari segi kewangan dan kedua, sanggup menghabiskan banyak masa untuk MOM. "Saya tidak maksudkan orang itu mesti kaya raya, tetapi biarlah dia mempunyai latar belakang kewangan yang stabil kerana untuk berada dalam MOM, komitmen tinggi amat diperlukan dan kalau anda bekerja sepenuh masa, bagaimana anda dapat meluangkan masa? "Seperkara lagi, kadang kala orang tidak tahu kami terpaksa mengeluarkan wang sendiri, sedangkan kami bukan orang yang dibayar gaji. Jadi, kalau ada yang fikir mereka hendak masuk MOM untuk mencari pendapatan atau kemewahan itu tanggapan yang salah," katanya lagi. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan