Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


'Kita tidak banyak pilihan'

Posted:

'Kita tidak banyak pilihan'

'Kita tidak banyak pilihan'

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my


CHONG WEI menjadi sandaran utama Malaysia pada Piala Sudirman hujung bulan ini.


MALAYSIA tidak mempunyai banyak pilihan selain mengharapkan mata kemenangan diperoleh menerusi jaguh perseorangan, Datuk Lee Chong Wei dan beregu sensasi, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pada Kejohanan Badminton Piala Sudirman di Qingdao, China bermula 22 hingga 29 Mei ini.

Ketua jurulatih perseorangan, Rashid Sidek berkata, mata kemenangan daripada Chong Wei dan Kien Keat-Boon Heong penting bagi memberi suntikan semangat buat pemain-pemain lain turut sama tampil dengan aksi cemerlang.

"Chong Wei dan Kien Keat-Boon Heong perlu menang kerana mereka merupakan pemain yang diharapkan untuk menyumbangkan mata buat skuad negara.

"Jika tidak, peluang untuk skuad negara melangkah lebih jauh pada kejohanan kali ini memang sukar," kata Rashid ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Bukan mahu menidakkan kemampuan pemain-pemain lain yang turut disenaraikan dalam skuad negara kali ini, namun kenyataan Rashid itu berdasarkan kekuatan yang dimiliki pasukan-pasukan lain yang turut bertanding terutamanya China.

"Ini merupakan kejohanan berpasukan dan kita perlu mengambil kira semua aspek berdasarkan kekuatan keseluruhan pemain dalam pasukan.

"Ketika ini hanya Chong Wei dan Kien Keat-Boon Heong sahaja yang dilihat konsisten jika dibandingkan dengan pemain-pemain lain yang turut disenaraikan. Itu memang kita tidak boleh persoalkan lagi.

"Melihat kepada pasukan-pasukan lain terutamanya China memang skuad negara jauh berbeza.

"Namun, tidak mustahil kejutan bakal berlaku tetapi apa-apa pun, Chong Wei dan Kien Keat-Boon Heong perlu memastikan yang mereka menang dalam setiap perlawanan," jelas Rashid.

Turut berada dalam skuad negara kali ini ialah pemain perseorangan, Chong Wei Feng, Chan Peng Soon dan Hoon Thien How (beregu lelaki), Lydia Cheah dan Tee Jing Yi (perseorangan wanita) serta Chin Ee Hui-Wong Pei Tty, Goh Liu Ying-Vivian Hoo (beregu wanita).

Sebagai rekod, pencapaian terbaik yang dilakarkan skuad Malaysia pada Piala Sudirman adalah mara ke peringkat separuh akhir di Guangzhou, China dua tahun lalu.

Pada saingan kali ini, Malaysia diletakkan dalam Kumpulan B bersama Indonesia dan Rusia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sentuhan pemusnah Ramzul masih berbisa

Posted:

Sentuhan pemusnah Ramzul masih berbisa

Sentuhan pemusnah Ramzul masih berbisa

Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my


RAMZUL (dua dari kanan) bersama rakan-rakan sepasukannya giat menjalani latihan di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu semalam.


NAMA Muhammad Ramzul Zahini Adenan tiba-tiba kembali meniti di bibir penyokong serta peminat bola sepak Kelantan.

Semuanya bermula apabila Ramzul meledak dua gol bagi membantu Kelantan mencipta kemenangan bergaya 5-1 ke atas Selangor pada aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Shah Alam, Jumaat lalu.

Tampil selaku pemain utama dalam perlawanan tersebut, pemain kelahiran Kampung Kangkong, Pasir Mas itu pantas menyambar peluang yang diberikan oleh ketua jurulatihnya, Datuk M. Karathu.

Dia menggegar gawang Selangor seawal minit kesepuluh menerusi gol pembukaan Kelantan sebelum meledak satu lagi gol lima minit sebelum babak pertama berakhir.

Ramzul berkata, dua gol yang dijaringkannya itu amat bermakna buat dirinya selepas pulih daripada kecederaan serius yang dialami ketika bertemu Negeri Sembilan pada awal Mac lalu.

"Ia merupakan dua gol pertama saya dalam saingan Piala FA musim ini. Saya mahu merakamkan terima kasih kepada ketua jurulatih (Karathu) kerana memberikan peluang untuk kembali berada dalam skuad utama.

"Walaupun tidak mendapat tempat dalam tiga perlawanan sebelum itu, ia sedikit pun tidak menjejaskan tumpuan saya untuk kembali merebut tempat dalam pasukan.

"Alhamdulillah saya berjaya kembali dan lebih manis, menjaringkan gol ketika menentang Selangor," kata Ramzul kepada Kosmo! semalam.

Mengulas pertemuan menentang Selangor minggu lalu, Ramzul mengakui, ia antara aksi terbaik yang ditunjukkan oleh skuad The Red Warriors itu musim ini.

"Saya sendiri terpaku dengan apa yang dipamerkan oleh rakan-rakan sepasukan. Kami bermain sebagai satu pasukan dan mengikut apa yang telah diarahkan oleh jurulatih.

"Tidak keterlaluan saya katakan inilah aksi terbaik untuk musim ini yang pernah saya saksikan.

"Namun, saya harap kejayaan ini tidak akan membuatkan kami leka, sebaliknya kami perlu bekerja dengan lebih keras dan memperbaiki segala kelemahan yang ada," katanya.

Ramzul menambah, dia kini semakin bersemangat untuk terus memburu gol dan seterusnya membawa Kelantan menjulang Piala FA musim ini.

"Sekiranya terus diberikan peluang selepas ini, saya bertekad untuk memberikan aksi terbaik.

"Meskipun terpaksa bersaing dengan pemain yang sedia ada, itu bukan alasan. Apa yang penting, saya kena terus berusaha dan belajar daripada mereka yang berpengalaman untuk menjadi penggempur berbisa," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sang Penyu enggan menangis lagi

Posted:

Sang Penyu enggan menangis lagi

Sang Penyu enggan menangis lagi

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa.lakawa@kosmo.com.my


BARISAN pemain Terengganu menjalani latihan sebagai persiapan menghadapi Pahang pada aksi separuh akhir kedua Piala FA malam ini.


MASIH terbayang kesedihan di wajah Irfan Bakti tatkala anak-anak buahnya kempunan untuk merasai nikmat perlawanan akhir Piala FA tahun lalu.

Ketika itu, rekod gemilang Terengganu dalam pusingan awal Piala FA telah dileburkan Kedah apabila skuad Penyu itu tewas 1-4 pada aksi separuh akhir.

Kekalahan itu sekali gus melenyapkan impian penyokong fanatik Terengganu yang dahaga untuk menyaksikan pasukan kesayangan mereka beraksi di pentas final selepas kali terakhir melakukannya pada 2004.

Malam ini, debaran serupa bakal dilalui Irfan dan anak-anak buahnya apabila mereka melayan kunjungan negeri jiran, Pahang bagi melengkapkan aksi separuh akhir kedua.

Beraksi di stadium keramat - Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, skuad Penyu itu akan turun berbekalkan kelebihan satu gol selepas menang 3-2 di Stadium Darul Makmur, Kuantan tiga hari lalu.

Andai berjaya mengekalkan kelebihan jaringan, Terengganu akan melangkah ke final Piala FA buat kali keempat pada 11 Jun ini selepas melakukannya pada edisi 1999, 2000 dan 2004.

"Siapa sahaja boleh menang dan saya akui Terengganu mempunyai kelebihan satu gol, namun ini bukan masa terbaik untuk menentukan siapa lebih layak ke perlawanan akhir.

"Kami masih berbaki 90 minit dan tempoh itu perlu disempurnakan dengan sebaiknya oleh pemain-pemain saya," katanya kepada Kosmo! semalam.

Tambah bekas pengendali Perlis itu lagi, pemain-pemainnya tiada alasan untuk leka biar seminit kerana situasi itu hanya akan menghukum pasukan secara keseluruhannya.

"Jangan hilang tumpuan, jangan leka dan bermain mengikut perancangan. Pahang mungkin gagal beraksi dengan baik pada saingan liga, namun di pentas kalah mati, apa sahaja boleh berlaku.

"Kami telah buktikan kami adalah pasukan utama musim ini dengan berada dalam kelompok tiga teratas Liga Super. Jadi, inilah masa terbaik untuk Terengganu kembali menjadi pasukan elit. Semuanya akan bermula malam ini," ujarnya.

Menyentuh soal strategi, Irfan secara terbuka mengakui bermain secara bertahan bukanlah taktik terbaik untuk mencari kemenangan.

Sebaliknya, Irfan sedia mengarahkan anak-anak buahnya untuk menyerang sehingga ke minit terakhir permainan.

"Sedikit kelemahan di bahagian pertahanan dan saya harap pemain dapat menutup kekosongan itu sekali gus mengekang daripada Pahang mendapatkan sebarang jaringan.

"Saya cuma berharap pemain dapat menyerap tekanan kerana tekanan kini lebih memihak kepada Pahang," ujarnya.

Irfan juga menjelaskan kedudukan penyerang utamanya, Abdul Manaf Mamat masih berada dalam keraguan untuk diturunkan ekoran masalah kecederaan.

"Kita akan tengok perkembangan semasa Manaf sama ada dia boleh beraksi atau tidak pada perlawanan esok (hari inj)," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen