Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Liga Malaysia bersih - PDRM

Posted:

Liga Malaysia bersih - PDRM

Liga Malaysia bersih - PDRM

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my


Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (tengah) bersalam dengan Chris Eaton sambil diperhatikan Salleh Mat Rashid pada taklimat dan perbincangan bersama delegasi keselamatan FIFA di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam. - UTUSAN/ASWAD YAHYA


PETALING JAYA - Bola sepak Liga Malaysia masih bersih dan selamat daripada sebarang anasir yang boleh dikaitkan dengan aktiviti mengatur perlawanan dan perjudian buat setakat ini.

Itu kesimpulan yang boleh dinyatakan oleh Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/ KA) Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rashid berhubung status sebenar isu berkenaan.

Biarpun masih belum ada sebarang kes mengenai kegiatan mengatur perlawanan, beliau memberikan jaminan pihak polis sama sekali tidak akan bersikap leka dalam soal itu bagi memastikan penyakit yang pernah melanda bola sepak negara pada tahun 1995 tidak akan berulang kembali.

''Sepanjang siasatan kami buat masa ini, saya boleh beritahu tidak ada mana-mana pihak yang kami dapati terlibat dalam jenayah mengatur perlawanan dalam saingan Liga Malaysia.

''Ini berdasarkan maklumat yang kami dapati selepas bekerjasama rapat dengan FIFA yang sentiasa menyalurkan apa-apa perkembangan kepada kami.

''Walaupun setakat ini pihak kami belum berdepan mana-mana kes, kami tetap komited menubuhkan unit bertindak khas bagi memantau kegiatan perjudian dan mengatur perlawanan dari masa ke semasa.

''Pasukan khas ini juga akan terdapat di setiap negeri bagi bekerjasama dengan setiap Persatuan Bola Sepak Negeri sementara di Bukit Aman akan sentiasa berhubung rapat bersama FAM.

''Saya seru kepada mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat mengenai perjudian atau rasuah bola sepak, terus hubungi pihak polis supaya kami boleh melakukan siasatan terperinci," katanya pada sidang media di Wisma FAM, semalam.

Beliau sebelum itu menemui Ketua Keselamatan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Chris Eaton dan delegasi yang lain terdiri daripada Penyiasat Utama FIFA, Teny Steans; Pegawai Penerangan Utama FIFA, Javier Mena dan Pegawai Pembangunan FIFA Kuala Lumpur, Domeka Garamendi.

Jelas Salleh lagi, unit bertindak khas itu akan diletakkan di bawah pemantauan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman yang akan diketuai oleh Senior Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia, Datuk Azzuddin Ahmad memberikan peringatan keras kepada pemain supaya jangan sama sekali terlibat dengan kegiatan rasuah.

''Sekiranya pihak FAM mendapat maklumat bahawa mereka terlibat dalam aktiviti mengatur perlawanan, kami tidak akan teragak-agak mengarahkan kontrak mereka ditamatkan dan dikenakan tindakan disiplin yang berat.

''Masalah rasuah adalah satu kes yang serius. FAM sama sekali tidak akan berkompromi dan kami harap sejarah hitam tahun 1995 tidak akan berulang," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lapor segera jika ada maklumat – FAM

Posted:

Lapor segera jika ada maklumat – FAM

Lapor segera jika ada maklumat – FAM

PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan menubuhkan sebuah pasukan petugas khas dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membanteras pengaturan perlawanan di negara ini.

Timbalan Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, pasukan petugas khas itu bukan hanya memantau pasukan kebangsaan, tetapi persatuan bola sepak negeri-negeri.

"FAM tidak mahu skandal mengatur perlawanan yang berlaku di negara ini pada 1995 berulang. Jadi saya menasihatkan pemain dan pegawai Malaysia tidak mengulangi episod ini atau mereka akan susah teruk," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan delegasi Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang diketuai Ketua Keselamatannya Chris Eaton di sini, semalam.

Bola sepak Malaysia dicemari teruk dengan skandal pengaturan perlawanan pada 1995, di mana berikutan dengan itu satu siasatan polis dijalankan dan lebih 100 pemain dilarang bermain sepanjang hidup.

Tengku Abdullah berkata, FAM akan juga mengetatkan pemeriksaan terhadap pemain khasnya apabila Liga Malaysia tahun depan membuka pintunya untuk pemain asing.

Mengenai khabar angin bahawa Liga Malaysia sekarang juga terbabit dengan pengaturan perlawanan, beliau berkata, mereka yang ada maklumat hendaklah memaklumkan kepada FAM oleh kerana badan bola sepak kebangsaan itu tidak dapat mengambil tindakan berdasarkan khabar angin.

Sementara itu, Eaton berkata pasukan tersebut kini menyiasat skandal pengaturan perlawanan di Jerman, Finland dan Singapura, dan penyiasatan ini membawa beliau ke Malaysia.

"Saya akui daripada siasatan kami, beberapa rakyat Malaysia terbabit dalam pengaturan perlawanan. Tetapi kes ini tidak membabitkan badan kebangsaan (FAM)," kata beliau.

Eaton mengakui bahawa beliau tidak ada makluman mengenai pengaturan perlawanan dalam Liga Malaysia.

Ditanya mengenai pasukan kebangsaan Zimbabwe yang palsu yang telah mengadakan dua perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan Malaysia pada Julai 2009, beliau berkata FIFA masih menyiasat kes ini.

"Jika didapati bersalah, FIFA boleh melarang mereka. Terpulanglah kepada bidang kuasa negaranya sendiri," kata beliau.

Menurut laman web FIFA, Polis Antarabangsa (Interpol) telah menyelaraskan beberapa operasi yang berjaya yang mensasarkan perjudian haram di Asia, dijalankan sepanjang musim Piala Dunia 2010, membabitkan polis di seluruh China, Malaysia, Singapura dan Thailand.

Lebih 5,000 individu ditangkap dalam beberapa serbuan yang dijalankan di hampir 800 tempat perjudian haram, yang mengendalikan lebih USD155 juta (RM469 juta) pertaruhan. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan