Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Persaingan makin sengit

Posted: 25 Jun 2011 07:48 AM PDT

AYAM TAMBATAN...kepulangan Safee perkuatkan jentera serangan skuad kebangsaan hadapi Taiwan.
AYAM TAMBATAN...kepulangan Safee perkuatkan jentera serangan skuad kebangsaan hadapi Taiwan.

SEPERTI diramal, persaingan merebut tempat dalam kesebelasan utama Harimau Malaya kini benar-benar sengit apabila terdapat ramai pemain sudah mempamerkan kemampuan mereka untuk menggalas tugas menyarung jersi negara di pentas antarabangsa.

Kesungguhan anak buah ketua jurulatih negara, Datuk K Rajagobal itu sudah terbukti apabila masih belum tewas dalam sebarang perlawanan persahabatan yang diharungi sejak awal tahun ini walaupun membariskan sejumlah pemain baru yang pertama kali diturunkan di peringkat antarabangsa.


Hakikat itu diakui kapten skuad negara, Mohd Safiq Rahim yang turut melihat situasi ini bakal melonjakkan Harimau Malaya untuk terus mempamerkan peningkatan di pentas yang lebih tinggi.

"Apa yang pasti setiap pemain akan memberikan yang terbaik untuk mendapatkan kepercayaan jurulatih.

"Kami akan bersaing secara sihat kerana posisi dan kedudukan setiap pemain dalam pasukan termasuk saya masih belum terjamin sepenuhnya," kata pemain tengah Selangor berusia 24 tahun itu.


Rajagobal pastinya amat teliti untuk memilih pemain pada saingan kompetitif pertamanya selepas kemenangan di rantau Asia Tenggara, Piala AFF, penghujung tahun lalu dengan Taiwan menjadi lawan pada pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu ini.


Gawang negara hampir pasti menjadi milik kapten skuad Olimpik, Khairul Fahmi Che Mat namun barisan pertahanan mungkin memeningkan kepala pengendali berusia 55 tahun itu apabila terdapat sejumlah pemain yang mampu beraksi dengan baik di barisan pertahanan seperti Mohd Muslim Ahmad, Mohd Fadhli Shas, Mahali Jasuli, Mohd Asraruddin Putra Omar, Helmi Remeli, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak, Mohd Azmi Muslim, Mohd Farisham Ismail dan Mohd Rizal Fahmi Abdul Rosid.

Rajagobal boleh membuat pilihan untuk menyenaraikan muka baru ataupun terus bergantung harap kepada benteng pertahanan muda sebelum ini diketuai Mohd Muslim, Mohd Fadhli, Mahali dan Mohd Asraruddin.


Mohd Safiq pula hampir pasti mengemudi jentera tengah bersama Amar Rohidan namun Rajagobal juga mempunyai pilihan dengan kehadiran perancang tengah Kelantan, Mohd Shakir Saari yang mempamerkan kematangan ketika membantu Harimau Malaya menewaskan Myanmar minggu lalu selain kehadiran perancang skuad Olimpik, K Gurusamy.

Manakala percaturan bahagian sayap paling menarik dengan lima pemain mampu beraksi iaitu Mohd Amirulhadi Zainal, S Kunalan, Baddrol Bakhtiar, Mohd Ashaari Samsuddin dan S Chanturu sekiranya mampu pulih daripada kecederaan dalam masa terdekat.


Jentera serangan pula hampir pasti diketuai penyerang Pelita Jaya FC, Mohd Safee Sali tapi gandingannya belum diketahui berikutan kecederaan dialami Norshahrul Idlan Talaha namun penyerang Kelantan itu dilapor semakin cergas serta berkemungkinan besar dapat beraksi menentang Taiwan.


Rajagobal bagaimanapun masih memiliki Abdul Hadi Yahya untuk bergandingan bersama Safee selain Mohd Ashaari dan Baddrol yang turut mampu beraksi di jentera serangan namun yang pasti pemain yang mampu beraksi di beberapa posisi yang berlainan pasti mendapat peluang untuk kelayakan Piala Dunia 2014 ini, bergantung kepada percaturan 'King Raja'.


Mohd Safiq berkata, kejayaan anak buah jurulatih Ong Kim Swee yang layak ke peringkat kumpulan kelayakan Sukan Olimpik 2012 membakar semangat seluruh pasukan untuk membuktikan mereka juga boleh mencipta kejayaan walaupun bersaing dalam dua pentas berbeza.


"Saya harap pemain Olimpik yang dipanggil menyertai skuad negara dapat mengekalkan semangat juang tinggi seperti dipamer semasa menyingkirkan Lubnan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hafizh paling pantas

Posted: 25 Jun 2011 07:46 AM PDT

HAFIZH Syahrin Abdullah (gambar) membuktikan kehebatannya apabila muncul pelumba terpantas pada sesi ujian masa kategori CP130 Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2011 yang berlangsung di Teluk Intan, Perak, semalam.

Juara bertahan itu tidak beraksi pada empat pusingan sebelum ini kerana memberi tumpuan penuh terhadap perlumbaan SuperSports 600cc masih berupaya mengawal jentera Underbone dengan baik apabila turut menjadi pelumba tunggal yang melakukan catatan di bawah 57 saat.


Pelumba pasukan Petronas Syntium Moto Yamaha Raceline itu melakukan mencatatkan 56.685 saat mengatasi pelumba veteran, Mohd Zamri Baba dari pasukan Petronas Syntium Moto Yamaha AHM yang mencatatkan 57.160s manakala Mohd Zaqhwan Zaidi (Pachie Yuzy Honda Racing) ketiga dengan catatan 57.217s.

Pelumba 17 tahun itu mengucapkan terima kasih kepada seluruh pasukan kerana dapat menyediakan jentera yang cukup baik kepadanya. "Saya berharap perkara sama dapat dilakukan pada sesi Superpole esok (hari ini) memandangkan saya juga mencari kejayaan Superpole yang pertama selain dapat berada di petak pertama pada perlumbaan sebenar," jelas Hafizh yang mahu mempertahankan kemenangan pada musim lepas di litar ini.


Menjawab peluangnya untuk muncul juara, Hafizh menjelaskan persaingan pada perlumbaan esok terbuka kepada sesiapa sahaja namun dia berharap dapat meraih gelaran juara sekali gus menghadiahkan kemenangan pertama buat pasukan pada musim ini. "Tahap kecergasan saya begitu baik hasil daripada latihan fizikal sepanjang menyertai perlumbaan Super Sports 600cc dan ia satu kelebihan untuk menampilkan prestasi yang lebih baik. Selain itu saya juga berharap rakan pasukan, Mohd Iskandar Raduan dapat membantu saya pada perlumbaan sebenar nanti," katanya.


Sementara itu dalam kategori CP115, Mohd Hafieenaz Mohd Ali muncul pelumba terpantas dengan catatan 58.137s, 0.090s dihadapan pelumba APIDO Yamaha Boon Kui Racing, Ahmad Abdul Kadir di tempat kedua dengan catatan 58.137s manakala Mohd Rozaiman Mohd Said (Motul Yamaha YY Pang Racing) mencatat masa ketiga terpantas dengan catatan 58.401s.

Pelumba Petronas Syntium Moto Yamaha AHM itu begitu berpuas hati dengan prestasinya pada hari ini.


"Keadaan jentera pada hari ini juga sangat baik dan saya cukup selesa dengannya. Untuk perlumbaan sebenar esok, saya tidak mahu melakukan sebarang perubahan terhadap pelarasan yang digunakan," jelas Hafieenaz yang mencatatkan masa terpantas sesi ujian masa sebanyak tiga kali iaitu di Pusingan 1 (Kangar), Pusingan 3 (Kuala Terengganu) dan Pusingan 4 (Putrajaya) pada musim ini.

"Prestasi saya juga semakin meningkat berbanding musim lepas. Oleh itu saya berharap dapat menjejakkan kaki di atas podium kali ini setelah tidak bernasib baik pada beberapa pusingan sebelum ini," katanya.


Dalam kategori Wira, juara keseluruhan musim lepas, Mohd Adib Rosley (Motul Yamaha YY Pang Racing) mencatatkan masa terpantas dengan catatan 59.324s diikuti Zulsyafiz Rosli (MOS Malaysia Racing) kedua dengan catatan 59.528s dan Mohd Emir Fareez Hasan (Honda Promax X-Dot Racing) ketiga dengan 59.841s.


Namun bagi Adib, catatan yang dilalukan pada pusingan ke-14 itu belum begitu memuaskan kerana masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki terutama di selekoh 3.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen