Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Saya bangkit'

Posted: 19 Jul 2011 04:21 PM PDT

Sukan

Apek terima kritikan mahu bukti nilai diri bantu Harimau Malaya

IDOLA Piala Suzuki AFF, Khairul Fahmi Che Mat mungkin berada dalam krisis ketika ada jari-jari yang kerap menuding ke arahnya sebagai punca gawang skuad Harimau Malaya terbolos banyak kali kebelakangan ini.

Namun, penjaga gol utama yang mesra dengan panggilan Apek tidak peduli gangguan seperti ini ketika detik getir menentang Singapura dalam kelayakan Piala Dunia, zon Asia, Sabtu ini dianggap lebih penting. "Inilah bola sepak. Anda harus kuat menerima kritikan. Saya dapat rasakan kritikan di sekeliling saya tapi ini hanya menguatkan tekad saya membantu kejayaan pasukan negara. Itu yang penting," katanya.

Segala cemuhan dilontar ke arah penjaga gol Kelantan itu harus mencengkam minda Khairul dan harap dia akan bangkit menunjuk taring mengekang jentera serangan Singapura yang harus menggegar di halaman sendiri.

Singapura bakar semangat Apek
KHAIRUL Fahmi Che Mat tidak mahu dua kekalahan kepada Arsenal dan Liverpool menjejaskan tumpuan skuad Harimau Malaya ketika digamit cabaran besar berdepan Singapura dalam pusingan kedua, kelayakan Piala Dunia 2014, Sabtu ini.

Penjaga gol utama itu yang lebih mesra dengan panggilan Apek akur betapa perit dia melihat gawang pasukan negara terbolos 10 kali dalam perlawanan menentang dua kelab tersohor Liga Perdana Inggeris itu, minggu lalu tapi pantas menyuarakan dia tetap berfikiran positif dalam situasi tertekan ini.

"Saya terasa kecewa tapi fokus adalah kepada usaha membendung jentera serangan Singapura," katanya yang melepaskan tujuh gol ketika di benam Arsenal (4-0) dan Liverpool (6-3).

"Kekalahan besar kepada dua kelab Inggeris menjadi satu pengajaran berguna kepada semua pemain untuk terus meningkatkan prestasi permainan.

"Saya anggap keputusan dua perlawanan ini tiada sebarang kaitan dengan kecederaan bahu saya. Peluang menentang lawan ternama ini memberi ruang memperbaiki kelemahan."

Khairul yang juga tonggak utama kejayaan Kelantan, musim ini turut menuntut kepada semua pemain supaya memberi tentangan sengit kepada Singapura.

"Peluang kami membenam Singapura ada. Saya pasti ketua jurulatih (Datuk K Rajagobal) ada strategi tersendiri. Apa yang penting kita cuba dapatkan seberapa banyak gol di gelanggang lawan sebelum perlawanan timbal balik di Bukit Jalil 28 Julai ini."

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Dom

Anggaplah semua kritikan satu cabaran untuk menampilkan permainan yang terbaik. Penyokong hanya tahu mengkritik...datang stadium pun lebih 90% pakai jersi Liverpool macam mana pemain sendiri ada semangat.Nasib ada jaringan gol...

ejoy kkb

bak kata orang "kita tak akan bangun kalau kita tak jatuh"

rudy

kerana pasukan kebansaanla aku dapat cuti umun satu hari.pasukan kebansaan kita niat dalam hati bersatu padu.main untuk malaysia 26 juta rakyaknya.

khairul ikhmal

saya yakin apek boleh bangkit.. go mas!

nyawa

kalaulah tak denki main bagus .aku nak jalan 2 luar negara pun tak malu.orang luar kata malaysia hebat .

BUYA BEN

ANDA DAN SKUAD HARIMAU MALAYA DAH BUAT YAG TERBAIK APEK.TAHNIAH KEPADA PEMAIN2 MALAYSIA,BERJAYA DAPATKAN 3 GOL WALAUPUN BERMAIN DI LIVERPOOL..ANDA SEMUA HEBAT..KEPADA SEGELINTIR PENYOKONG MALAYSIA YANG DILIHAT MEMAKAI BAJU KUNING..TAHNIAH ATAS SEMANGAT ANDA SEMUA KERANA SANGGUP BERBELANJA BESAR UNTUK KE LIVERPOOL HARI INI,TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA SEMUA.HAHA

rezal

jangan putus asa apek kita orang akan support apek....anggap itu adalah satu cabaran untuk kehadapan..

BudakTunjang

Pedulikan kritik2 semua tu.. yg pasti Gawang Msia tak bolos utk Kelayakan Piala Dunia menentang Singapura nnt. bagi fokus 110% dan sematkan "Tanah Tumpah Darahku" dihati!.. Harimau Malaya pasti mengaum!

Wiranas

Tiada siapa yg tak tersilap tapi yg penting tak ulangi silap yg sama.

Abdul aziz

Adat permainan ada tertekala kita maju kehadapan.tapi kita perlu ingat pengalaman membuatkan kita teruja.olih itu kuatkan semangat bermain berkumpulan untuk terus maju.saya percaya Dato R ada ramuan tersendiri didalam persaingan menentang Singapura.Malaysia 2-Singapura 0.Agih kita maju demi BOLASEPAK MALAYSIA.

syed

relax bro lu memang mantap! pedulikan kata2 orang anda benteng akhir negara! ingat jgn leka focus bro!

DINO

Kuatkan semangat teruskan perjuangan Malaysia boleh

vinz

Buktikan!yang anda seorang wira.
Saya selaku anak Malaysia ingin memastikan apa yang anda kata anda mesti buktikan!!kami doakan Team Malaysia dapat melangkah lebih jauh!!!!Malaysia DiHatiku!!!!

ayah mat

go apek go apek...senantiasa berusaha mengingkatkan prestasi...jangan undur go...go..go........

nOni

xkire smada menang @ kalah, pemain m'sia tetp hebat. chaiyOk! chaiyOk!

Kata Direct

Jangan cakap sahaja buktikan yang K.Fahmi betul-betul mahu bangkit.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Anelka mesra jawab assalamualaikum

Posted: 19 Jul 2011 04:18 PM PDT

Sukan

pix_gal0
DI sebalik keghairahan bertemu empat mata dengan barisan pemain Chelsea, ada perkara yang lebih menyentuh jiwa empat rakan karib apabila sempat mendengar Nicolas Anelka (gambar) menjawab salam yang diberikan peminat semasa sesi ramah mesra kelab Inggeris itu bersama peminat di ibu negara, semalam.

Anak muda dari Hartamas itu tergamam sebentar apabila pemain yang nama Islamnya, Abdul Salam Bilal Anelka itu peka menjawab salam biarpun sibuk melayani kerenah peminat menyerbu mendapatkan autograf dan bergambar.

"Kami hanya sempat bertemu dengan mereka kira-kira dua minit saja tetapi dalam sibuk-sibuk itu, ada peminat lain yang memberi salam (assalamualaikum) dan Enelka menjawabnya dengan cepat. "Kami sangat gembira kerana dapat autograf dan bergambar dengan pemain walaupun John Terry tidak ada dalam sesi itu," kata Omar Ridzuan, 18 yang ditemani tiga rakannya, Syed Haris Umar (17), Syed Emir Ashman (15) dan Syed ahmad Nazeem Syed Hussain (13).

Kira-kira 300 peminat kelab liga Inggeris, termasuk dari negara jiran Singapura dan Indonesia menyerbu Hotel One World di Damansara Utama melihat secara dekat pemain kegemaran mereka itu yang bakal bertemu Harimau Muda, esok.

Peminat berkenaan memilih Chelsea untuk menang 4-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil nanti.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan