Harian Metro: Arena |
Posted: 19 Jul 2011 10:36 AM PDT SELEPAS tersingkir, Taiwan sengaja mencetuskan kehangatan pertembungan Malaysia dengan Singapura pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 dengan melabel permainan skuad Harimau Malaya kurang mantap dan tidak matang. Kenyataan dikeluarkan jurulatih Taiwan, Tee Tae Ho itu dibuat berdasarkan perbandingannya dengan Singapura yang menewaskan pasukannya 3-2 dalam aksi persahabatan di Stadium Jalan Besar semalam.
Pengendali berasal dari Korea Selatan itu berkata: "Penyerang Singapura berpengalaman dan bermain dengan tersusun." Perlawanan antara Singapura dan Taiwan itu dianggap persiapan pasukan tuan rumah bagi berdepan anak buah Datuk K Rajagobal, Sabtu ini.
Dalam pertemuan Singapura dan Taiwan, skuad kendalian Radojko Avramovic itu meraih gol menerusi dua jaringan 'awang import' Aleksandar Duric sebelum penyerang gantian, Fazrul Nawaz menyumbang satu lagi. Gol pasukan pelawat pula disumbang Lo Chih An dan Hiang Shih Lu. Ternyata kemenangan itu mencetuskan keyakinan Radojko atau turut dikenali Raddy menjelang pertembungan dengan skuad juara Asia Tenggara, Malaysia.
Singapura yang mendapat bye pada pusingan pertama akan bertandang ke Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Julai bagi aksi kedua. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 19 Jul 2011 09:36 AM PDT TIGA kali Frank Lampard ke Malaysia bersama kelab gergasi Inggeris Chelsea, pemain tengah itu hadir dengan pengurus berbeza. Dalam tempoh sembilan tahun sejak 2003, bintang England itu tampil dengan Claudio Ranieri, Luiz Felipe Scolari (2008) dan terbaru, pengurus muda dari Portugal, Andre Villas-Boas.
"Dalam era Abramovich kami menikmati enam atau tujuh tahun penuh gemilang dan ia perkara biasa apabila anda tidak boleh menjadi juara setiap tahun.
"Kami mengalami kemerosotan dalam beberapa bulan musim lalu dan anda tidak sepatutnya melakukannya dan kami perlu berwaspada agar ia tidak berulang kembali," katanya yang membantu Chelsea menjulang trofi Liga Perdana Inggeris pada musim 2004/05, 2005/06 dan 2009/10.
Anak buah Villas-Boas itu akan turun menentang skuad pilihan Malaysia kendalian Ong Kim Swee sempena Jelajah Asia 2011, esok.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan