Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Harimau Malaya dituntut pamer taring sebenar

Posted:

Harimau Malaya dituntut pamer taring sebenar

Harimau Malaya dituntut pamer taring sebenar

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my


RAJAGOBAL (kiri) memberi arahan kepada anak-anak buahnya pada sesi latihan di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.


SETELAH melihat anak-anak buahnya gagal mempamerkan aksi sebe- nar ketika tewas 0-4 kepada Arsenal malam kelmarin, jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal mengharapkan 'sesuatu' ketika menentang Liverpool petang esok.

Bagi Rajagobal, beliau mahu para pemainnya bangkit mempamerkan kemampuan sebenar sebelum memi- lih mereka yang benar-benar layak untuk beraksi menentang Singapura pada 23 dan 28 Julai ini.

"Memang ada beberapa pemain yang tidak beraksi pada prestasi sebenar. Saya tidak mahu dedahkan nama mereka tetapi dalam mesyuarat pasukan, saya telah beritahu pemain-pemain terbabit.

"Saya akan terus mencuba para pe- main ketika berdepan Liverpool ini. Saya mahu lihat siapa yang benar-benar memiliki karakter. Kita kena main dengan tempo yang laju. Jangan ulangi kesilapan ketika bertemu Arsenal.

"Kita bolos pun bukan menerusi ja- ringan bertaraf dunia tetapi kita sendiri yang beri gol kepada lawan," kata Rajagobal ketika ditemui Kosmo! pada sesi latihan di Stadium Nasio- nal, Bukit Jalil petang semalam.

Beliau mengesahkan dua pemainnya, Aidil Zafuan Radzak dan Nor- shahrul Idlan Talaha tidak akan beraksi esok, sekali gus tempat mereka akan digantikan oleh dua pemain baharu, Ismail Faruqi (Terengganu) dan Izzaq Faris Ramlan (Harimau Muda A).

"Aidil mengalami kecederaan buku lali, manakala Norshahrul kembali mengalami kesakitan hamstring dan saya tidak mahu kecederaannya kembali teruk kerana aksi bertemu Singapura lebih penting.

"Tetapi apabila perlawanan menentang Liverpool ini berlangsung pada 5.45 petang, ia sedikit kelebihan buat kita. Cuma kita perlu mendapat rentak dengan cepat pada awal permainan," jelasnya.

Dalam pada itu, Rajagobal turut menegaskan bahawa skuad Harimau Malaya akan kembali memakai jersi biru petang esok setelah ternyata jersi kuning berterusan tidak membawa tuah.

"Lawan Indonesia, Taiwan dan Arsenal kita tewas dengan jersi kuning. Kita pun tak pernah menang dengan jersi kuning dan kamu boleh lihat ba- gaimana pemain kita tak bertenaga semalam (kelmarin).

"Tetapi ini bukan satu kepercayaan. Ia lebih kepada psikologi. Rio Ferdinand (pemain Manchester United) akan melompat di terowong masuk padang setiap kali beraksi. Pemain lain pun ada cara mereka.

"Begitu juga dengan saya. Apabila kita pakai jersi biru, lihatlah kita ber- aksi begitu yakin dan garang sehingga menjuarai Sukan SEA 2009 dan Piala Suzuki AFF 2010," jelas Ra- jagobal.

Difahamkan, skuad kebangsaan terpaksa memakai jersi kuning malam kelmarin kerana Arsenal hanya membawa jersi kedua mereka berwarna biru untuk aksi tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Liverpool ikrar pukau peminat tempatan

Posted:

Liverpool ikrar pukau peminat tempatan

Liverpool ikrar pukau peminat tempatan

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my


DALGLISH (tiga dari kanan) bersalaman dengan Rajagobal pada sidang media di Hotel One World, Bandar Utama, Damansara petang semalam.


SEJAK ditubuhkan pada 1892, skuad Liverpool akhirnya menjejakkan kaki di Malaysia semalam untuk aksi persahabatan menentang skuad kebangsaan di Stadium Nasional, Bukit Jalil petang esok.

Ia kunjungan pertama Liverpool selepas kelab itu tidak lagi menjadikan syarikat arak sebagai penaja utama. Ia kini ditaja Standard Chartered dan ini sekali gus menamatkan penantian panjang penyokong The Reds di negara ini.

Pengarah Urusan Liverpool, Ian Ayre berkata, beliau teruja melihat kehangatan sambutan penyokong Liverpool di China dan Malaysia pada kunjungan kali ini.

"Penyokong The Reds cukup ramai di sini dan kami akan cuba memberikan sesuatu yang terbaik pada perlawanan Sabtu ini (esok) bagi memastikan kunjungan kami diingati sampai bila-bila.

"Biarpun kami mengambil masa cukup lama untuk hadir ke Malaysia tetapi kami berharap dapat kembali semula ke sini pada siri jelajah akan datang," kata Ayre pada sidang media di Hotel One World, Bandar Utama, Damansara petang semalam.

Sementara itu, pengurus Liverpool, Kenny Dalglish pa- da sidang media yang sama turut memberi amaran bahawa tiada laluan mudah buat skuad kebangsaan pada aksi petang esok.

"Aksi pramusim ini merupakan peluang terbaik untuk pemain-pemain mencari semula tahap kecergasan. Buat masa ini, saya ber- puas hati dengan siri jelajah ini.

"Cuma ketika bertemu Guangdong Sunray Cave, kita telah mendahului 4-1 tetapi membuat kesilapan mudah melepaskan dua gol pada lima minit terakhir.

"Saya mahu para pemain memperbaiki segera kesilapan dan gunakan sebaik mungkin siri jelajah ini seba- gai persiapan menghadapi musim depan.

"Biarpun susah untuk meraih trofi kejuaraan tetapi kita akan berusaha memulakan saingan musim depan dengan langkah kanan," kata Dalglish.

Tidak sampai 24 jam menjejakkan kaki ke negara ini, anak-anak buah Dalglish telah menjalani latihan di Stadium Nasional, Bukit Jalil bermula 7 malam sebagai persediaan menentang skuad Harimau Malaya.

Penampilan kali pertama barisan The Reds ternyata telah memukau kira-kira 7,000 penonton yang hadir ke stadium semalam bagi menyaksikan sesi latihan pemain-pemain pujaan mereka itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Chong Wei, Jing Yi mara ke separuh akhir

Posted:

Chong Wei, Jing Yi mara ke separuh akhir

Chong Wei, Jing Yi mara ke separuh akhir

Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM
syahir.kassim@kosmo.com.my


CHONG WEI akan bertemu Mohd. Arif pada aksi separuh akhir Terbuka Kedah hari ini.


JAGUH negara, Datuk Lee Chong Wei menepati ramalan melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Sirkit Kebangsaan Terbuka Kedah di Dewan Badminton Persatuan Badminton Kedah (KBA), Alor Setar, Kedah semalam.

Pemain kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu menerima tentangan sengit Chong Wei Feng yang mewakili BAM-Kedah sebelum menang 21-16, 21-19 pada saingan selama 37 minit itu.

Pada separuh akhir hari ini, Chong Wei yang merupakan pilihan pertama akan berdepan pemain bukan pilihan yang mewakili BAM-Negeri Sembilan, Mohd. Arif Abdul Latif.

Mohd. Arif, 22, melakar kejutan pada aksi suku akhir se- malam apabila menewaskan pemain profesional yang bernaung di bawah KLRC, Muhammad Hafiz Hashim 9-21, 21-16, 21-16.

"Saya mencuba corak permainan baru, daripada bertahan kepada lebih banyak menyerang. Ternyata ia menjadi dan mampu menewaskan Hafiz," ujar Mohd. Arif.

Pemain pilihan keempat kejohanan, Liew Daren pula terpaksa memberi kemenangan 21-17, 15-6 kepada Chan Kwong Beng apabila mengalami kece- deraan pada set kedua.

Kwong Beng yang mewakili BAM-Perak akan bertemu pemain Kedah, Tan Chun Seang pada separuh akhir hari ini selepas menewaskan Yeoh Kay Bin 21-12, 20-22, 21-16.

Bagi perseorangan wanita, Tee Jing Yi yang mewakili BAM-Pulau Pinang turut melangkah ke separuh akhir setelah menewaskan Ng Sin Er yang mewakili BAM-Kedah 21-15, 21-19.

Jing Yi yang merupakan pili- han pertama kejohanan, bakal berdepan Sonia Cheah Su Ya yang menewaskan Sannatasah Saniru 16-21, 21-19, 21-7.

Pada aksi suku akhir lain semalam, Julia Wong Pei Xian menewaskan Florah Ng Siew Fong yang mewakili BAM-Sabah 20-22, 21-18, 21-9.

Julia yang mewakili Melaka akan berdepan pemain pilihan kedua, Lydia Cheah Li Ya pada separuh akhir hari ini setelah menewaskan Daphne Ng Chi- ew Yen 21-10, 21-10 pada aksi suku akhir.

Sementara itu, pertarungan beregu campuran mencatat keputusan mengejut apabila pilihan pertama, Ong Jian Guo-Chong Sook Chin kecundang kepada pasangan Mak Hee Chun-Lim Yin Loo 19-21, 14-21.

Pilihan kedua, Chan Peng Soon-Chin Eei Hui turut mengalami nasib sama apabila dikejutkan pasangan Mohd. Fairuzizuan Mohd. Tazari-Ng Hui Lin 10-21, 12-21.

Pada separuh akhir hari ini, Hee Chun-Yin Loo bakal berdepan Tan Wee Kiong-Woon Khe Wei yang menewaskan Vountus Indra Mawan-Ng Hui Ern 21-13, 21-13.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan