Berita Harian: Sukan |
RM113 juta: Nasri kini milik Man City Posted: 24 Aug 2011 03:36 PM PDT Sukan NASRI ketika tiba di Stadium Etihad, Manchester City, kelmarin. Kelab The Gunners membenarkan pemain berusia 24 tahun itu berkunjung ke Manchester bagi ujian perubatan. "Perpindahan itu bergantung kepada laporan perubatan dan proses pendaftaran formal," kata kenyataan di laman web Arsenal. Nasri beraksi untuk Arsenal selama tiga tahun selepas berpindah dari Marseille. |
Posted: 24 Aug 2011 03:35 PM PDT Sukan MOKHTAR (depan empat dari kanan) bersama pegawai dan pemain Selangor selepas majlis berbuka puasa bersama media di Kuala Lumpur, kelmarin. SELANGOR bertekad menjulang Piala Malaysia, musim ini untuk mencari penawar duka selepas gagal mendakap trofi Liga Super dan mesej ini harus memberi gegaran kepada lawan lain. Kata-kata yakin itu disuarakan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Mokhtar Ahmad yang menggesa setiap pemain skuad The Red Giants, menumpukan segenap usaha dan tenaga merampas kembali trofi yang kali terakhir mereka menangi pada 2005. "Sebagai juara Piala Malaysia 32 kali, Selangor memang tebal dengan pengalaman dalam saingan, cuma yang penting ialah semua pihak terutama pemain berikan komitmen penuh untuk pastikan kejayaan pasukan," katanya kepada pemberita sempena majlis berbuka puasa bersama media di Kuala Lumpur, kelmarin. Selangor yang menamatkan saingan Liga Super musim ini di tangga ketiga di belakang Kelantan dan Terengganu gagal mempertahankan Piala Sultan Ahmad Shah dan kejuaraan Liga Super, selain tewas di separuh akhir saingan Piala FA kepada Kelantan yang muncul juara.Untuk saingan Piala Malaysia kali ini, skuad kendalian jurulatih, K Devan itu diundi dalam Kumpulan D bersama-sama T-Team, Kuala Lumpur dan Polis dijangka tidak menghadapi masalah melepasi peringkat kumpulan. Devan berkata, sejak dua musim dia mengendalikan The Red Giants, pasukan itu belum pernah melepasi peringkat suku akhir Piala Malaysia dan selaku juara 32 kali, mereka pasti ingin mendakap piala berprestij itu yang juga satu daripada sasaran utama mereka musim ini. "Kini, saya lega kerana semua pemain saya sudah cergas sepenuhnya dan kami boleh memulakan kempen Liga Malaysia dengan skuad yang benar-benar mantap," katanya. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenridhwan boleh punya....tunggu jew??? zainal pastikan tahun ini selangor bawa balik piala keagungan tempatan piala malaysia untuk ubati kerinduan gelaran peminat..viva selangor chor skor yop skorr......seladang kembali mengganas |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan