Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


JUARA

Posted:

JUARA

JUARA

SEBAHAGIAN daripada pemain Selangor ketika hadir pada majlis berbuka puasa FAS bersama media di Shah Alam malam kelmarin.


"MISI kami hanya untuk muncul juara Piala Malaysia 2011." Itu satu-satunya sasaran Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) setelah gagal meraih sebarang gelaran dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Yang tinggal untuk menjadi buruan mereka kini ialah Piala Malaysia.

Timbalan Presiden FAS, Datuk Mokhtar Ahmad menjelaskan bahawa sasaran hidup mati itu dibuat setelah Selangor gagal meraih trofi Liga Super dan Piala FA musim ini.

"Kita mesti mencapai satu kejuaraan untuk musim 2011 ini. Kita telah gagal dalam Liga Super dan Piala FA serta terlepas slot ke Piala AFC tahun depan.

"Dengan itu, Selangor wajib memenangi Piala Malaysia musim ini," kata Mokhtar pada sidang akhbar selepas majlis berbuka puasa FAS bersama media di Hotel Quality, Kuala Lumpur malam kelmarin.

Ditanya sama ada sasaran itu bakal menyebabkan pemain Selangor akan berasa tertekan, Mokhtar berkata: "Tidak. Mereka (pemain) sudah biasa menghadapinya, ia normal. Jika mereka ada keyakinan diri, tiada masalah.

"Selangor sudah menang Piala Malaysia sebanyak 32 kali tetapi kita juga sudah lebih lima tahun tak menang Piala Malaysia selepas kali terakhir pada 2005."

Bagi jurulatih Selangor, K. Devan pula, sasaran tersebut tidak menjelmakan tekanan biarpun sedar jawatannya itu berada dalam bahaya andai gagal membawa pulang kejuaraan.

"Bagi saya, tiada tekanan. Apabila kita gagal memenangi sebarang trofi musim ini, ia telah memberi semangat yang lebih kuat kepada para pemain untuk bersaing dalam Piala Malaysia.

"Kita juga dapat menurunkan pasukan terkuat selepas pemain-pemain yang cedera sebelum ini sudah boleh diturunkan kecuali Khairul Anuar Baharom," kata Devan.

Pada saingan Piala Malaysia 2011, Selangor diletakkan dalam Kumpulan D bersama T-Team, Kuala Lumpur dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Saingan Piala Malaysia akan bermula pada 6 September depan.

Sebagai persiapan terakhir, Selangor turun menentang Sime Darby di Stadium Shah Alam malam tadi dalam satu aksi persahabatan dan Sabtu ini mereka akan menguji kekuatan dengan Negeri Sembilan di Paroi.

Sasar kedudukan empat terbaik

Posted:

Sasar kedudukan empat terbaik

Sasar kedudukan empat terbaik

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril@kosmo.com.my


Sebahagian daripada pemain yang meraih pingat perak pada Sukan Asia di Guangzhou tahun lalu bakal disenaraikan semula dalam skuad negara untuk Trofi Juara-Juara Asia 2011.


SASARAN untuk muncul sebagai empat pasukan terbaik pada Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia di China bulan depan sebenarnya bukan satu tekanan buat skuad negara.

Sebaliknya, ia adalah satu sasaran realistik ke atas Malaysia dalam program persiapan menghadapi kempen Kelayakan Olimpik London 2012 awal tahun depan.

Pada kejohanan yang akan bermula 3 hingga 11 September itu nanti, Malaysia yang berada di ranking ke-15 dunia akan berentap dengan lima lagi pasukan Asia iaitu Korea Selatan (6), Pakistan (8), India (9), tuan rumah China (14) dan Jepun (16).

Presiden Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah baru-baru ini menjelaskan bahawa sasaran menduduki tempat empat terbaik itu adalah sesuatu yang realistik dan mampu dicapai.

"Kita harus realistik dalam setiap kejohanan, jadi sasaran kita pada Trofi Juara-Juara Asia ini ialah berada di empat kedudukan terbaik," titah baginda.

"Malah, sudah menjadi polisi kepada PHM menetapkan sasaran kepada skuad negara dalam setiap kejohanan dan dalam kejohanan ini, tempat keempat adalah sasarannya.

"Jadi, ia bukan satu tekanan kerana semua pemain telah biasa dengan sasaran ini dan masing-masing tahu apa yang perlu dilakukan," tambah baginda lagi.

Ketika ini 25 pemain menjalani latihan pusat dan senarai 18 pemain terakhir skuad negara akan diumumkan Tai Beng Hai esok.

Selepas kejohanan enam negara di China ini, skuad kendalian Beng Hai (gambar kecil) itu akan dilepaskan semula menyertai saingan Liga Hoki Malaysia (LHM) bersama kelab masing-masing pada 17 September.

Selepas LHM berakhir pada 23 Oktober, skuad negara dijadualkan menghadapi Cabaran Juara-Juara I di Johannesburg, Afrika Selatan bermula 26 November hingga 3 Disember.

"Kejohanan di China dan Afrika Selatan ini amat penting bagi persiapan kempen Kelayakan Olimpik London 2012 tahun depan.

"Malah ia juga memberi peluang terbaik kepada Malaysia untuk memperbaiki ranking dunia sekiranya mampu menduduki sekurang-kurangnya tempat kelima dalam Cabaran Juara-Juara I nanti," titah baginda.

Badang wanita hasratbersara hujung tahun

Posted:

Badang wanita hasratbersara hujung tahun

Badang wanita hasratbersara hujung tahun


ZAIRA bakal membuat penampilan terakhir di Sukan SEA penghujung tahun ini sebelum mengumumkan persaraan.


ATLET negara, Zaira Zakaria akan mengakhiri kariernya sebagai atlet angkat berat penghujung hujung tahun ini.

Zaira, 24, mengambil keputusan itu kerana merasakan usianya sudah tidak sesuai untuk aktif dalam sukan tersebut.

"Lagipun kita mempunyai ramai pelapis yang lebih baik daripada saya," katanya.

Anak kelahiran Kedah itu sudah 11 tahun menceburi sukan angkat berat dan pernah menyumbangkan pingat gangsa menerusi acara 48kg clean and jerk pada Sukan SEA 2009 di Laos.

Beliau juga hampir meraih gangsa pada Sukan Komanwel di India tahun lalu dalam acara yang sama, namun terlepas pingat tersebut kepada atlet tuan rumah berikutan masalah teknikal.

Selepas cuti raya ini, Zaira akan menumpukan latihan untuk Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan Sirkit 2 pada 14 September ini di Kuala Lumpur.

Katanya, kejohanan tersebut merupakan ujian kelayakan bagi pemilihan atlet ke Sukan SEA di Indonesia yang akan berlangsung pada 11 hingga 25 November.

"Jika saya layak ke Sukan SEA, saya akan cuba membaiki rekod gangsa yang saya peroleh di Laos. Ia juga kali terakhir saya menyertai temasya tersebut," katanya yang sedang menimbangkan untuk bekerja dengan Angkatan Tentera Malaysia setelah bersara kelak.

Zaira dan atlet angkat berat negara yang lain tetap menjalani latihan dalam bulan puasa ini bagi mengekalkan prestasi masing-masing.

Selain Sukan SEA, atlet elit angkat berat juga akan menyertai Kejohanan Dunia di Paris November ini, bagi memburu tiket kelayakan ke Sukan Olimpik di London tahun depan. - Bernama

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan