Harian Metro: Arena |
Posted: 24 Aug 2011 10:13 AM PDT SKUAD Harimau Malaya masih bertuah biarpun terkandas di pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 Julai lalu apabila pasukan gergasi Asia, Australia mengundang anak buah Datuk K Rajagobal bertandang ke Sydney pada 7 Oktober ini bagi perlawanan persahabatan. Berita baik itu disampaikan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Subahan Kamal yang menyifatkan pelawaan naib juara Piala Asia 2011 itu sebagai satu penghormatan dan pendedahan terbaik buat pemain negara.
"Saya fikir belum pernah Malaysia menentang Australia sebelum ini dan ini satu penghormatan buat skuad Harimau Malaya apabila dapat berdepan barisan pemain bintang Australia seperti Tim Cahill dan Harry Kewell," katanya.
Selain memiliki reputasi selaku juara Asia Tenggara, Malaysia menjadi pilihan Australia yang dibimbing jurulatih Jerman, Holger Osieck sebagai persiapan sebelum menentang Thailand pada pusingan peringkat kumpulan Kelayakan Piala Dunia pada 15 November ini.
|
‘Belum masa buat rombakan’ Posted: 24 Aug 2011 08:37 AM PDT TIADA sebab untuk Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) berbicara mengenai rombakan pasukan buat masa ini kerana perjuangan mereka belum lagi berakhir biarpun bakal berdepan musim penuh kekecewaan jika gagal memenangi Piala Malaysia. Selepas gagal mempertahankan Liga Super dan terlepas mendakap Piala FA, skuad gergasi merah itu tidak ada pilihan selain memastikan Piala Malaysia kembali dijulang selepas kali terakhir pada 2005.
"Kami akan buat penilaian di hujung tahun bagi menghadapi musim 2012, andai kita memerlukan pemain import, kita akan buat keputusan nanti. Soal rombakan pasukan adalah amalan biasa.
Mokhtar berkata, sasaran yang ditetapkan itu tidak akan memberi tekanan kepada pemain-pemain yang kebanyakannya cukup berpengalaman.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan