Berita Harian: Sukan |
Posted: 25 Aug 2011 12:33 PM PDT Sukan VAN Persie (dua dari kanan) merai jaringannya bersama rakan sepasukan (dari kiri) Aaron Ramsey, Carl Jenkinson dan Walcott ketika menentang Udinese di Udine, Itali, kelmarin. ARSENAL layak ke peringkat kumpulan, Liga Juara-Juara Eropah selepas mengatasi Udinese 2-1 dalam perlawanan play-off kedua, kelmarin dan pengurus pasukan, Arsene Wenger kini sudah mula memikirkan usaha mendapatkan bintang baru. Kemenangan agregat 3-1 ke atas kelab dari Itali itu bermakna The Gunners yang juga naib juara 2006 sudah layak ke peringkat kumpulan kejohanan buat musim ke-14 berturut-turut.Kami membuktikan, di bawah tekanan, kami masih mampu bermain dengan baik dan kekal tenang mengawal bola seperti yang sepatutnya. - Arsene Wenger, Pengurus Arsenal Gol Arsenal disumbang oleh Robin van Persie pada minit ke-55 dan Theo Walcott (m-69) manakala jaringan pelawat menerusi Antonio Di Natale (m-39). |
Tiga pemain skuad Olimpik pikat Vion FC Posted: 25 Aug 2011 12:23 PM PDT Sukan GAMBAR kiri, FADHLI (kiri) beraksi mantap mengekang pemain Arsenal, Marouane Chamakh pada perlawanan persahabatan, bulan lalu. Gambar kanan, WAN Zack (kanan) berentap dengan pemain Lubnan, Mohamad Haidar pada perlawanan kelayakan Olimpik, Jun lalu. Gambar kecil, Irfan Fazail. HANYA selepas sebulan berlatih di Slovakia dan mengharungi tujuh perlawanan persahabatan di sana, tiga pemain skuad Olimpik negara berjaya memikat hati kelab Liga Divisyen Satu negara itu - Vion FC - untuk menjadi medan latihan lanjutan sehingga November ini. Khidmat pemain pertahanan, Fadhli Shas, dan dua pemain tengah, Wan Zack Haikal Wan Nor serta Irfan Fazail bakal dipinjamkan kepada kelab berkenaan untuk tempoh tiga bulan selepas masing-masing mempamerkan aksi cemerlang ketika membantu skuad negara merakam lima kemenangan daripada tujuh perlawanan di sana. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan, semalam menganggap ini adalah peluang terbaik buat tiga pemain berkenaan dan juga skuad Olimpik kebangsaan dalam persiapan menghadapi saingan kelayakan peringkat kumpulan Olimpik 2012 yang bermula 21 September ini."Ketiga-tiga pemain berpendapat ini adalah kesempatan terbaik buat mereka menimba pengalaman dan seterusnya memperbaiki permainan masing-masing," kata badan induk bola sepak negara itu. "Mereka akan bersama-sama Vion FC berkuat kuasa serta merta sehingga tamat musim pada 31 Oktober ini. "Walaupun akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri di perantauan, Persatuan berharap mereka akan terus cemerlang bersama Vion FC." Sepanjang sesi latihan di sana, Wan Zack menjadi penyumbang terbanyak gol skuad Olimpik kebangsaan manakala Irfan membuktikan kelincahannya sebagai perancang utama pasukan kendalian Ong Kim Swee. Sementara itu, baki 27 pemain akan pulang ke ibu negara esok tetapi akan terus menyambung sesi latihan pada 1 September. Seramai 22 pemain dipanggil melaporkan diri di Wisma FAM sebelum berangkat ke Jepun pada 15 September. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan