Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Rexy tagih kepercayaan BAM

Posted:

Rexy tagih kepercayaan BAM

Rexy tagih kepercayaan BAM

Oleh Norzie Mohd. Khasbi
norzie.khasbi@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - "Kalau saya tidak dapat melatih Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, siapa yang hendak saya latih?'' Keluh ketua jurulatih beregu negara, Rexy Mainaky sebaik kembali memulakan tugasnya, semalam selepas bercuti panjang.

Biarpun mengakui, sebagai pekerja dia akur dengan sebarang keputusan yang bakal diambil Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T), 8 September ini, namun jauh di sudut hati Rexy dia berharap dapat diberi kepercayaan untuk terus membimbing beregu utama negara itu hingga Sukan Olimpik 2012.

Malah, Rexy menegaskan, dia juga tidak pernah menerima sebarang tawaran daripada negara lain, biarpun timbul ura-ura khidmatnya ditagih semula oleh bekas majikannya, Persatuan Badminton England dan negara kelahirannya, Indonesia.

"Saya serah kepada BAM untuk menentukan kedudukan saya kerana sebagai pekerja saya kena akur dengan keputusan mereka, begitupun, saya percaya bahawa saya masih boleh membantu Kien Keat dan Boon Heong hingga Sukan Olimpik, dengan syarat saya dibenarkan melakukan beberapa program yang sebelum ini bukan dikendalikan oleh saya.

"Saya akan mengemukakan laporan penuh dan cadangan saya kepada C&T nanti, saya harap mereka akan membenarkan saya mengatur program baru buat pemain. Untuk melahirkan seorang juara, seseorang pemain itu memerlukan 'extra' sama ada dalam latihan atau program khas bagi menguatkan fizikal dan mental mereka,'' kata Rexy ketika ditemui di Stadium Juara, Bukit Kiara, semalam.

Rexy djuga tampak tidak ceria apabila memulakan tugasnya semalam kerana masih merasai kehilangan pemain senior, Mohd. Zakry Abdul Latif dan Mohd. Fairuzizuan Tazari yang mengumumkan pengunduran dari skuad kebangsaan.

Paling mengecewakan Rexy adalah apabila dia dipersalahkan sepenuhnya atas kegagalan Kien Keat-Boon Heong pada Kejohanan Dunia, di mana program latihan dan taktik yang digunakannya dikatakan telah mendorong kepada kekalahan pasangan utama negara itu kepada beregu Korea, Ko Sung-hyun-Yoo Yeon-seong di suku akhir.

Rumusan tersebut dicapai dalam mesyuarat bersama Institut Sukan Negara (ISN) dan BAM kelmarin, yang antara lain turut membandingkan corak permainan bertahan yang digunakan Kien Keat-Boon Heong pada saingan kali ini, berbanding corak menyerang yang diterap ketika mereka memasuki final Kejohanan Dunia, tahun lalu.

"Apabila berlaku kekalahan, seseorang perlu dipersalahkan dan saya berada dalam situasi itu sekarang. Saya tidak kata saya betul sepenuhnya tetapi saya juga tidak patut dipersalahkan sepenuhnya.

"Program latihan dan taktikal saya dikatakan tidak betul ketika berdepan pasangan Korea, saya boleh diterima beregu kita tidak bermain baik... tetapi adakah mereka di luar saya tahu apa yang saya arahkan kepada pemain ketika di gelanggang? Adakah mereka (pemain) benar-benar mempraktikkan sepenuhnya arahan taktikal yang saya beri, jawapannya tidak.

"Bukan kerana mereka tidak memahami atau mengingkari arahan tetapi kadang kala pemain tidak boleh kerana kekangan fizikal.

"Masalah terbesar Kien Keat dan Boon Heong adalah kurang kelajuan dan kekuatan, ini bukan kelemahan teknikal tetapi kecergasan. Program agility (ketangkasan) bukan dikendalikan oleh saya, tetapi di bawah ISN, tetapi mengapa saya dipersalahkan sepenuhnya apabila pemain tidak cergas secara fizikal,'' kata Rexy.

Menurut Rexy lagi, program kecergasan dan ketangkasan pemain dikendalikan olehnya sendiri ketika dia mula membimbing pasangan negara itu pada 2006 dan 2007, tahun di mana mereka muncul juara Sukan Asia dan All England, namun ia kemudian diambil alih oleh ISN.

Justeru dia meminta agar program tersebut diserahkan semula kepadanya manakala ISN bertanggungjawab tugas di dalam gym.

"Kalau ini dipulangkan semula kepada saya dan pemain masih gagal mencari kemenangan, itu bermakna sayalah gagal,'' ujarnya.

Jangan tolak pelawaan Socceroos

Posted:

Jangan tolak pelawaan Socceroos

Jangan tolak pelawaan Socceroos

KEMAMAN - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyambut baik pelawaan Persekutuan Bola Sepak Australia (FFA) untuk mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa menentang skuad Harimau Malaya.

Menurut Shabery, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu meneliti dengan sewajarnya pelawaan itu kerana ia dilihat sebagai satu penghormatan untuk menentang pasukan Socceroos (skuad kebangsaan Australia) - antara pasukan ternama di dunia.

"Kita harap FAM dapat melihat pelawaan ini sebagai satu tawaran yang sangat menarik kerana ia boleh meningkatkan pengalaman serta mutu permainan pemain-pemain kebangsaan.

"Justeru, saya berharap agar FAM akan meneliti penyelarasan jadual latihan agar ia tidak mengganggu pertandingan atau latihan tempatan bagi membolehkan perlawanan itu diadakan," katanya.

Beliau mengulas undangan FFA untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad Harimau Malaya sehari sebelum saingan Piala Malaysia bermula.

Jelas Ahmad Shabery, sebagai alternatifnya, perlawanan itu boleh diadakan seperti tarikh yang dicadangkan FFA iaitu pada 9 Oktober ini di Sydney dan ia dijangka tidak akan menjejaskan kempen Piala Malaysia yang berlangsung ketika itu.

"Kita percaya FAM akan memikirkan sebaik-baiknya perkara ini termasuk menyusun semula jadual perlawanan tempatan bagi memberikan laluan kepada pasukan kebangsaan beraksi menentang skuad Piala Dunia Australia itu, yang juga naib juara Piala AFC," katanya.

Tambah beliau, FAM tidak seharusnya menolak pelawaan atau undangan yang jarang diterima itu kerana kehebatan skuad Harimau Malaya kini telah dinilai oleh pasukan negara luar.

"Walaupun Malaysia gagal meneruskan cabaran dalam kempen Piala Dunia tetapi tawaran tersebut sebagai satu penghormatan dan kita boleh terus mempergiatkan latihan termasuk untuk bertanding dalam Piala AFC dan Piala Suzuki tahun hadapan," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan