Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Penerjun hebat

Posted:

Penerjun hebat

Penerjun hebat

NORZASRUDIN MOHAMAD NOR
norzasrudin@kosmo.com.my

PENDELELA (kiri) dan Mun Yee bangga menunjukkan pingat gangsa yang mereka peroleh menerusi acara 10 meter terjun seirama wanita pada Universiade 2011 di Shenzhen semalam.


SHENZHEN – Kontinjen negara yang sedang berjuang pada Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2011 semakin menghampiri sasaran satu emas, 1 perak dan 1 gangsa.

Pingat perak dan gangsa sudah berada dalam genggaman dan mereka kini hanya perlu mencari emas yang dilihat amat sukar untuk dicapai.

Dua pingat yang diperoleh setakat ini adalah daripada acara terjun yang menyaksikan Pandelela Rinong meraih perak dalam acara 10 meter platform individu kelmarin.

Semalam, Pandelela yang bergandingan dengan Leong Mun Yee tampil hebat untuk menghadiahkan pingat kedua buat kontinjen Malaysia pada Universiade 2011.

Kedua-dua pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) itu menang pingat gangsa dalam acara 10 meter platform seirama.

Bagaimanapun, pasangan itu hampir terlepas peluang untuk merangkul pingat selepas terkejut dengan jeritan para penonton Malaysia sebelum mereka membuat terjunan ketiga.

Pada aksi di Pusat Renang dan Terjun Shenzhen semalam, Pandelela melakukan terjunan yang lebih baik berbanding Mun Yee tetapi masih mampu menduduki tempat ketiga keseluruhan di belakang penerjun tuan rumah China dan Mexico.

Pasangan negara itu mengumpul keseluruhan 316.98 mata, ketinggalan 33 mata di belakang pemenang pingat emas iaitu pasangan dari China, Xing Wang-Ruolin Chen (349.98 mata) dan Paola Espinoca-Tatiana Ortiz dari Mexico (330.48 mata).

"Saya berpuas hati sebab semua terjunan saya agak kemas," kata Pandelela.

Pada aksi semalam, Pandelela dan Mun Yee menduduki tempat keempat pada terjunan pertama selepas mengutip 48.00 mata tetapi kembali menduduki tempat kedua pada terjunan kedua (50.40 mata).

Pasangan itu ketinggalan di tempat keempat pada terjunan ketiga (62.10 mata) sebelum bangkit untuk menduduki tempat ketiga pada terjunan keempat (73.92 mata) dan terakhir (82.19 mata).

Mengulas mengenai kegagalan mengutip mata yang tinggi pada terjunan pertama, Pandelela berkata, dia tidak melihat pungutan mata yang tertera di skrin besar kerana mahu memberi tumpuan untuk melakukan terjunan dengan lebih baik.

Pada masa yang sama, Mun Yee mengakui dia tidak melakukan aksi yang baik terutamanya pada terjunan ketiga dan keempat.

"Saya gembira sebab berjaya dapat pingat. Ini adalah penampilan pertama saya pada temasya Universiade," kata Mun Yee.

"Tetapi saya rasa, saya mampu menampilkan persembahan yang lebih baik. Terjunan ketiga dan keempat saya kurang baik dari segi individu. Saya perlu berlatih ber sungguh-sungguh lagi."

Kejayaan itu pasti menyuntik semangat buat Pandelela dan Mun Yee untuk memburu slot ke Sukan Olimpik 2012 di London.

Begitupun, pasangan itu perlu beraksi dengan mantap pada Kejohanan Terjun Piala Dunia Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) pada Februari 2012 di London untuk layak ke Olimpik.

Sementara itu, penerjun lelaki, Ahmad Amsyar Azman terkandas pada aksi separuh akhir dalam acara 1 meter papan anjal selepas mengumpul 280.55 mata untuk menduduki tempat kelima keseluruhan.

Cabaran seorang lagi wakil negara, Muhammad Fakhrul Izzat Md. Zain berakhir di pusingan kelayakan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Hoki: Skuad negara tanpa Tajuddin

Posted:

Hoki: Skuad negara tanpa Tajuddin

Hoki: Skuad negara tanpa Tajuddin

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril@kosmo.com.my


TENGKU Tajuddin (tiga dari kanan) terpaksa melupakan aksi Trofi Juara-Juara Asia di Ordos, China bulan depan gara-gara masalah hamstring.


KETIADAAN penyerang berpengalaman, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil mungkin dirasai skuad hoki negara menje- lang Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia di Ordos, China bulan depan.

Ini kerana khidmat penyerang yang terpilih dalam kesebelasan bintang Sukan Asia 2010 itu amat diperlukan tatkala jentera serangan skuad negara dilihat tumpul dalam lima siri perlawanan ujian dengan Jepun, dua minggu lepas.

Dalam lima siri ujian tersebut, jentera se- rangan Malaysia yang digalas penyerang muda, Faizal Saari dan Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin hanya mampu menyumbang lapan daripada 11 gol yang direkodkan dengan masing-masing meledakkan empat gol sahaja.

Pada perlawanan itu juga, skuad negara hanya mampu mencatat dua kemenangan (4-1, 3-2), dua kekalahan (1-2, 1-2) dan satu seri (2-2).

Begitupun, Faizal, 20, yang beraksi dengan kelab Liga Hoki Australia, Southern Hotshots baru-baru ini, tetap yakin dia mampu mengetuai jentera serangan Malay- sia pada Trofi Juara-Juara Asia yang akan membuka tirainya pada 3 hingga 11 September depan.

"Sudah tentu keyakinan saya amat tinggi untuk mengetuai jentera serangan Malaysia pada Trofi Juara-Juara Asia di China nanti," kata Faizal yang beraksi dengan Terengganu pada Piala Tun Razak bulan lalu.

"Saya juga agak puas hati dengan ketaja- man penyudah saya dalam lima perlawanan ujian menentang Jepun baru-baru ini, terutamanya dari segi jaringan sudut penalti.

"Malah gandingan saya dengan Izwan (Firdaus) juga agak baik meskipun ada beberapa aspek yang harus diperbaiki.

"Namun lapan gol yang terhasil daripada kombinasi ini sudah cukup bagus bagi saya," ujarnya lagi.

Kombinasi cemerlang antara Faizal dan Tajuddin telah berjaya membantu Malaysia mencatat sejarah baharu dengan memena- ngi pingat perak pada temasya Sukan Asia 2010 di Guangzhou tahun lepas

Namun pada Trofi Juara-Juara Asia yang diperkenalkan buat kali pertama ini, juru- latih Tai Beng Hai terpaksa melupakan khid- mat Tengku Ahmad Tajuddin yang menga- lami hamstring ketika Piala Tun Razak bulan lalu.

"Memang kita akan merasai sedikit kehi- langan Tengku (Ahmad) Tajuddin kerana dia penyerang yang bagus, tetapi saya rasa kombinasi saya dengan Izwan juga boleh tahan, apatah lagi kami menjaringkan lapan gol dalam perlawanan ujian baru-baru ini.

"Meskipun kami dilihat seperti kurang bertenaga, namun ini adalah kerana kami bermain dalam keadaan berpuasa, kalau tidak saya rasa kami mampu menjaringkan lebih banyak gol padang.

"Bagaimanapun, apa yang penting ialah kami berjaya memperbaiki persefahaman dan ketajaman penyudah kami.

"Ia juga petanda yang bagus bagi persiapan kami menghadapi Trofi Juara-Juara Asia dan Trofi Juara-Juara 1 di Afrika Selatan, November depan," tambahnya lagi.

Enam pasukan Asia akan berentap dalam kejohanan ini iaitu Malaysia (No. 15 dunia), Korea Selatan (No. 6), Pakistan (No. 8), India (No. 9), China (No. 14) dan Jepun (No. 16).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Skuad Olimpik tak jadi ke China

Posted:

Skuad Olimpik tak jadi ke China

Skuad Olimpik tak jadi ke China

KEM latihan dan aksi persahabatan selama seminggu di China bermula 9 Septem- ber depan yang dirancang untuk skuad Olimpik negara terpaksa dibatalkan.

Ini kerana, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) gagal mendapatkan kelab tempatan di sana untuk diuji skuad Olimpik negara menjelang aksi sulung pusingan akhir Kelayakan Olimpik 2012 menentang Jepun di Tosu, Fukuoka, 21 September depan.

Namun FAM bingkas melakukan tindakan pantas menggantikannya dengan dua aksi persahabatan di Kuala Lumpur iaitu bertemu kelab dari Iraq, Al-Arbil pada 9 September dan skuad Olimpik Oman pada 14 September.

Jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee berkata, dua aksi persahabatan alternatif itu tetap dianggap sesuatu yang baik untuk persiapan terakhir menjelang aksi bertemu Jepun.

"Saya baru menerima e-mel tadi (semalam) dari Wisma FAM mengatakan bahawa kelab yang kita rancang untuk bertemu di China itu mempunyai komitmen dengan jadual liga mereka di sana pada masa tersebut.

"Tetapi bagi saya, dua pasukan ganti ini tetap kuat iaitu Al-Arbil yang akan ke Indonesia untuk bertemu Persipura Jayapura pada suku akhir Piala AFC serta skuad Olimpik Oman yang singgah sebelum menghadapi Korea Selatan.

"Diharap menerusi dua perlawanan ini, kita akan dapat menguji segala kekuatan serta kelemahan sebelum bertemu pasukan Jepun," kata Kim Swee ketika dihubungi Kosmo! di Slovakia semalam.

Semalam Kosmo! melaporkan, skuad Olimpik negara akan terbang ke China untuk kem latihan dan aksi persahabatan menentang dua kelab tempatan di sana.

Ia sebagai kesinambungan kem latihan dan siri persahabatan selama sebulan di Slovakia yang akan berakhir pada 28 Ogos ini.

"Kita akan bertolak ke Fukuoka pada 16 September. Jadi kita mempunyai lima hari untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di sana. Saya rasa ia amat memadai," jelas Kim Swee.

Skuad Olimpik negara yang mencatatkan empat kemenangan dan tewas sekali di Slovakia setakat ini akan menghadapi baki dua perlawanan menentang Nitra (Selasa) dan Levice pada Jumaat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan