Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Serang 45 minit!

Posted: 19 Sep 2011 05:46 PM PDT

Sukan

APEK mendahului rakan sepasukan ketika sesi latihan skuad Olimpik di Fukuoka, semalam.

APEK mendahului rakan sepasukan ketika sesi latihan skuad Olimpik di Fukuoka, semalam.

Kim Swee lakar strategi curi mata daripada Jepun, esok

"KAMI tak sabar menunggu Rabu (esok). Ini perlawanan cukup besar dan semua pemain tahu matlamat," kata jurulatih skuad negara, Ong Kim Swee, semalam.

"Kami akan elak dibolosi pada separuh masa pertama dan jika berjaya ikat kedudukan 0-0, kami akan lebih menyerang pada babak kedua untuk mencuri mata." Jelas kata-kata dengan nada yakin disuarakan pengendali skuad negara itu menceritakan semangat sepasukan itu menjelang perlawanan sulung Kumpulan C bagi pusingan akhir Kelayakan Olimpik 2012 menentang Jepun di Stadium Tosu, Wilayah Saga, malam esok.

Kim Swee sedikit pun tidak terganggu oleh laporan akhbar dan televisyen tempatan di Jepun yang memberi tumpuan terhadap bintang-bintang utama skuad Olimpik Jepun yang bersedia menggegar gawang Malaysia dikawal ketua pasukan, Khairul Fahmi Che Mat.

"Memang cukup banyak laporan media di sini (Jepun) yang memaparkan kehebatan pasukan mereka. Tapi saya tak mahu fikir sangat kerana takkan saya nak habiskan masa memikirkan kelebihan semua 18 pemain Jepun termasuk di bangku simpanan. Apa yang penting, pasukan kita sendiri.

"Keadaan pemain semuanya baik kecuali dua pemain cedera iaitu Irfan Fazail (lutut) dan Wan Zack Haikal Wan Nor (pangkal paha). Irfan hampir pasti tidak akan berada dalam kesebelasan utama tetapi Wan Zack saya yakin dia dapat diturunkan," kata Kim Swee ketika dihubungi di Fukuoka, semalam.
Dengan Irfan mungkin hanya dapat dimasukkan sebagai pemain gantian, Kim Swee kini meletakkan harapan tinggi kepada A Thamil Arasu untuk digandingkan sama ada dengan Izzaq Faris Ramlan atau Syahrul Azwari Ibrahim di jentera serangan.

"Tugas buat Thamil kali ini cukup berat apabila dia diperlukan bukan saya membantu serangan tetapi ketika kita bertahan. Jadi saya mengharapkan tenaga sekali ganda daripada Thamil sepanjang perlawanan ini.

"Ketiadaan Irfan memang agak dirasai terutama dari segi hantaran dan sentuhan penyudah. Tapi dengan adanya Thamil, Syahrul atau Nazmi Faiz Mansor, ia tidak menjadi masalah besar kepada pasukan," jelas Kim Swee.

INFO
Barisan kemungkinan Malaysia

Khairul Fahmi Che Mat (kapten), Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Zubir Azmi, Wan Zack Haikal Wan Nor, K Gurusamy, Abdul Shukur Jusoh, Fandi Othman, A Thamil Arasu, Izzaq Faris Ramlan

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

dr pro

go,go,go harimau malaya

dr pro

go,go,go harimau malaya

amir455

kenape laa bwk masuk Izzaq Faris Ramlan...........

din

saya yakin Malaysia boleh menang dgn keyakinan yg tinggi.MALAYSIA BOLEH!

Amad Bari

wahai pejuang2 skuad harimau malaya,ingin kami semua mahu memberitahu anda bahawa kami di malaysia sudah tentu memberi sokongan maksima terhadap anda semua,diharap kamu semua memberikan persembahan yg terbaik,berjuang lah kamu habis habisan!!!!!

arazlubis

Harimau Muda Malaya... Cetuskan Nostalgia Kehebatan Lampau... jadikan ia Kenyataan.. sEmoga Berjaya...Tewaskan Samurai Itu..

achick

harimau akan membaham samurai.. SELAMAT BERJAYA... HARUMKAN NAMA MALAYSIA DI PERSADA DUNIA...

shah

InsyaAllah M'sia boleh menang!

Junior john

ayuh sekuad negara gempur sekuad matahari..hancurkan sekuad semurai dengan sekuad keris taming sari..saya x yakin kalau muslim di turunkan dalam kesebelasan utama..

Pai

Saya percaya skuad Malaysia boleh menang dengan Jepun malam esok.Sebab pasukan ini ada gaya permainan bolasepak moden, hantaran pendek dan serang balas yang pantas dan ada semangat juang yang tinggi.

pokjat

harap skuad olimpik kita memberi saingan sengit lawan jepun nanti,pada striker tajamkan penyudah untuk dapatkan gol n pada muslim dan fadli jangan buat kesilapan mudah yang merugikan pasukan kita,harap jurulatih jangan turunkan izzat faris permainan beliau taraf liga perdana malaysia terlalu slow penyudah yg lemah yang akan merugikan pasukan malaysia.

senap ambun

malaysia takkan tunduk degan jepun kita perang dunia bola pula kali ini. malaysia tetap dihati kami. malaysia boleh.

pokjat

harap skuad olimpik kita memberi saingan sengit lawan jepun nanti,pada striker tajamkan penyudah untuk dapatkan gol n pada muslim dan fadli jangan buat kesilapan mudah yang merugikan pasukan kita,harap jurulatih jangan turunkan izzat faris permainan beliau taraf liga perdana malaysia terlalu slow penyudah yg lemah yang akan merugikan pasukan malaysia.

mohd fadzli saad

Tumpukan pada disiplin pertahanan. Pastikan tiada gol mudah diperolehi oleh Jepun.

RIMAU KUMBANG

Malaysia Boleh! Boleh menang...


Satu mata dianggap hebat

Posted: 19 Sep 2011 05:42 PM PDT

Sukan

Jurulatih tempatan berpendapat peluang Malaysia atasi Jepun, esok tipis

CABARAN perlawanan pertama peringkat kumpulan menentang Jepun, esok cukup besar buat skuad Olimpik negara, tetapi peluang untuk barisan pemain muda negara mencuri mata di Stadium Tosu, Wilayah Saga tetap wujud andai disiplin dan semangat juang tinggi diterapkan.

Hakikat itu diakui beberapa jurulatih tempatan yang menganggap harapan untuk menang memang tipis kerana Jepun berada pada kelas lebih tinggi, namun kejutan masih mampu dilakukan skuad kendalian Ong Kim Swee yang sudah mencipta kejayaan mara hingga ke peringkat ini. "Harapan kita (untuk menang) memang berat. Kita tidak boleh nafikan Jepun memang lebih hebat daripada kita, jadi jika kita beranggapan begitu lebih mudah," kata bekas pengendali pasukan kebangsaan, Abdul Rahman Ibrahim yang kini bersama pasukan PKNS FC.

"Tetapi saya percaya pemain Harimau Muda mendapat banyak pendedahan di peringkat antarabangsa dan mereka tahu bagaimana menghadapi cabaran sebesar ini. Mereka akan bermain dengan berhati-hati dan cuba mengikat lawan lebih kuat seperti Jepun.

Pada pengamatan jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu, Kim Swee dan anak buahnya sudah merakam kejayaan dengan sampai ke peringkat kumpulan kelayakan Olimpik 2012. "Sebarang kemenangan atau mata dikutip adalah bonus. Jika mereka seri di Jepun, itu sudah cukup baik," kata Karathu.

"Jurang antara kedua-dua pasukan boleh dikurangkan jika pemain kita ada sikap dan komitmen tinggi."
Pengendali Selangor, K Devan turut menyuarakan nada sama apabila berkata:
"Memang sukar tetapi keputusan seri masih dalam jangkauan. Dalam bola sepak apa pun boleh terjadi. Pemain negara tidak harus terlalu menghormati lawan kerana pemain muda kita ada ramuan membuat kejutan."

Seorang lagi bekas pengendali kebangsaan, B Sathianathan, merasakan keputusan seri sudah cukup membanggakan ketika bertemu lawan sukar seperti Jepun. "Kita perlu berhati-hati dengan serangan Jepun, mereka pasukan yang baik dan pemain kita perlu beri 100 peratus menghadapi mereka," katanya.

Bekas pemain negara, Dollah Salleh beranggapan tahap permainan Jepun terlalu tinggi tetapi yakin pemain muda negara tidak akan menghampakan penyokong tempatan.

"Corak permainan mereka jauh berbeza berbanding pasukan dulu, mereka lebih pantas dan mempunyai taktikal baik. Satu mata tidak mustahil untuk dibawa pulang," kata jurulatih Pahang itu.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen