Harian Metro: Arena |
Posted: 19 Sep 2011 12:09 PM PDT "JEPUN memang bukan calang-calang pasukan. Mereka sudah beraksi di Piala Dunia dan juga Sukan Olimpik tapi itu tidak bermakna mereka akan sentiasa tenang. "Sebagai pasukan pilihan dan beraksi di tempat sendiri, mereka juga pasti tertekan," kata jurulatih Olimpik negara, Ong Kim Swee (gambar) mengenai pertembungan getir aksi pembukaan Kumpulan C, kelayakan Sukan Olimpik London di Stadium Tosu esok.
"Kita pasukan bukan pilihan, tak perlulah terlalu memikirkan sangat kekuatan lawan. Saya hanya mahu menumpukan terhadap strategi sendiri dan mudah-mudahan kita boleh meraih satu mata daripada perlawanan ini," katanya yang dihubungi Arena Metro di Fukuoka semalam.
Kim Swee yang sudah berada di Jepun sejak Jumaat lalu berkata, anak buahnya sudah bersedia berdepan Jepun meskipun persiapannya sedikit terjejas apabila tonggak utama Mohd Irfan Fazail dan Wan Zack Haikal Wan Nor mengalami kecederaan.
"Ketiadaan pemain ini memang dirasai tapi saya ada pemain lain yang boleh menggantikan tempat mereka seperti A Thamil Arasu dan Wan Zaharulnizam (Wan Zakaria).
|
Posted: 19 Sep 2011 11:36 AM PDT PENGURUS pasukan Pachie Yuzy Honda Racing, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini puas hati prestasi ditunjukkan anak didiknya, Mohd Zaqhwan Zaidi sepanjang Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2011 dan berharap agar pelumba remaja itu terus tampil cemerlang apabila Pusingan 7 berlangsung di Stadium Kluang, Johor pada Sabtu dan Ahad ini. Yuzy percaya Zaqhwan sudah membuktikan bakatnya apabila beraksi dengan konsisten menyaingi pelumba berpengalaman sepanjang musim penuh pertamanya dalam kategori CP130. Senario itu meletakkan pelumba berusia 16 tahun itu di tangga ketujuh keseluruhan dengan 53 mata, hanya 10 mata ketinggalan kepada pelumba di tangga kedua, Ahmad Fazli Sham (Pennzoil Fastrac Racing) yang mengumpul 63 mata dan tujuh mata ketinggalan berbanding Mohd Affendi Rosli (Harian metro TEQ SCK Honda Racing) di tangga ketiga, 60 mata. Mendahului senarai adalah rakan sepasukan Affendi, Norizman Ismail, 87 mata.
Zaqhwan turut mempunyai pendapat sama dengan pengurus pasukannya dan percaya masih mampu menamatkan musim ini dalam senarai lima pelumba teratas.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan