Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Adil sikit'

Posted: 11 Oct 2011 01:35 PM PDT

DUA tokoh dari Pantai Timur - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Anuar Musa - dengan nada kecewa, semalam menegur Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya meneliti proses pemilihan pengadil.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

alamsetia_shah

masih ada 90 minit lagi bagi pasukan kelantan...harap FAM carilah jaalan terbaik bagi game mmg dijangka " PANAS "...biar menang bermaruah..dan kalah dengan hati terbuka..

zaman

orang suruh main bola bukan main orang bila dah kena kad dah bising satu dunia kecoh

Sujun Miah

Ada kah istilah negeri adik beradik?

Ewan Purnama

Semoga pengadil bola sepak negara kita jangan jadi seperti pengadil gusti dlm tv....

sabahan fan

selangor juga la yg untung hbs pemain kelantan and tganu kna gntung final nnti, maju la bola untuk selangor team lain berputih mata ja la hahaha i like reff selangor and malaysia boleh..

Faizan Punkjunk

terima kasih jela kat pengadil tu sebab jaga pemain-pemain lain ngan baik

coffee ice

Tak yah letak pengadil pun takpe la.....main macam budak sekolah rendah buat ape nak pakai pengadil......buang duit kita je......main main main bukan meh lama tapi standard tak up up......kawal bola paste bola pun tak tepat macam mana nak tendang bola.....duduk umah tidur lagi baik la......

acok

lantak korang laaaa...

zainizam

takper yang penting terengganu menang, bakal juara piala malaysia. HIDUP TERENGGANU

Danny O

Ganu lwn kel, pemain pemain semua nak takle kaki dari minit awal. main acap kali tapi perangai kat padang macam kat rumah toki dan yang. hok main antarabangsa,masuk ackedemi bola, gi sokolah tinggi, main macam budak kampung. kalau main molek, macam mana pengadil nok beri kad. budak budak dua belah suka nok balah, jadi pengadil pulak kena di salahkan. mana adil main bola cara kampung. pengadil macam semua jugak hok betul tadok kat tapi macam ganas kena balik kpg bravo referee

zico

macam mana skrg kalau orang FAM sendiri kritik pengadil???

Halim

Apa pulak adil sikit???
Pengadil semalam adalah pengadil TERBAIK di Malaysia!!!!

Kenapa???Aku selaku peminat kelantan memang tak minat si shaakir no 8 tu....sebab dia MC,tapi berlagak macam defend...MAIN KASAR....ada satu match kelantan lawan satu pasukan negeri tu aku tengok Syaakir selamba je tolak orang tu tengah drrible bola...kau fikir ni apa????main bola ka main tolak2...kalau aku jadi orang kena tolak tu dah aku ptah2kan dah tangan si shaakir ni...

GG KPDNKK

KELANTAN & TERENGGANU macam adik beradik dalam semua hal termasuk lah dalam bola sepak tapi bile pengadil menjadi "BATU API",makyah pon blh jadi keras.Fikir2 kan lah wahai FAM...

RIZAL_ANAK IBANZ

LEBIH BAIK TENGOK BPL LAA...X PYAH LAA TENGOK BOLA SEPAK KT M`SIA NI,BUANG MASA JEE. BPL LAGI SYOOOOOOKKKK ABIZ!!!

Nik Hafizi Nik

sobar banyak dunia blako

pemerhati pengadil

mcm ni jela...xpayah pikir orang lain la...kalu negeri mu main supo tulo jah..sdap2 je korang komen benda yang tak munasabah..so ag, demo xpayoh dk komen pngadil nga pemain la...da memang keje diorg cm 2...kalu bab gaduh ni nk wk guano...meme smua ore ado nafsu baloh blake...pmain pro mcm rooney pon tendang org..inikan pula sep kito plok..

Adha

Pengadil tak bersalah...yang bersalah adalah pemain bola...kat Malaysia ni corak permainan yang lembab seringkali disajikan kepada kita. aku bersetuju dengan pendapat "PEMERHATI PERMAINAN BOLA SEPAK MALAYSIA', bahawa pemain malaysia suka simpan bola lama2, then cara passing bola pun still tak betul lagi. Daya pemikiran pemain malaysia masih jauh jika nak dibandingkan dgn pemain negara lain. Apa tidaknya, pemain malaysia tak dapat baca apa tindakan yang akan dilakukan oleh rakan yang pegang bola. Kalau boleh baca apa tindakannya, sudah tentu permain akan menjadi lebih tersusun dan lebih cantik. Pada aku, sekarang ni malaysia masih belum mampu untuk mencabar pasukan2 luar negara yang telah mantap pasukannya...Jangan asyik nak salahkan pengadil jer...PENGADIL TAK BERSALAH!!!..OTAK PEMAIN YANG BANYAK MASALAH!!!

ijan

Biarlah pengadil menjalankan tugas... namun apa2 komen membina perlu diambil kira juga....

ngelambai

realiti pemain malaysia

tanpanama

konspirasi FAM untuk misi 33 selangor.... lepas ni game kat kelantan lagi 5 org kene kad merah... semi nanti sape yg menang xde player coz kene gantung

peminat perantauan

no komen..sama2 lah kita muhasabah diri kita masing2..adil pada kedua-duanya adalah jln yg terbaik..fikir2kan

siti fhazlina

SY SOKONG DGN TAJUK NI...KERANA PADA PENDAPAT SAYA, PENGADIL SEPATUTNYA BERSIKAP ADIL...SY TIDAK PUAS HATI DGN PENGADIL SEMASA PERLAWANAN PERAK VS SELANGOR 10 OKTOBER 2011 (ISNIN)...BERAT SEBELAH...KAMI SBG PENYOKONG PERAK KURANG BERPUAS HATI DGN PENGADIL PADA MLM ITU..NAMPAK KETIDAK ADILANNYA...

mamat

main secara pro...elakkn pergaduhan

musabri

Pengadil perlu dipilih yang benar-benar hebat kerana ianya menyebabkan pasukan yang kuat akan jadi kalah bila pengadil loi

khai

pengadil yang mengadili satu-satu perlawanan seharusnya bersikap adil akan tetapi bg pengadil yang mengadili perlawanan antara kelantan lwn terengganu org yg sama yg mengadil perlawanan akhir Piala FA....pengadil yang mcm ni seharusnya dikeluarkan dari senarai FAM dan FIFA...ataupun dengan erti kata lain tembak je........

saupiyaacob

terima kasih terima kasih terima kasih.itulah bola sepak malaysia!!!lu pikir la sdiri..........

alaudin sena

Player bola kat msia ni dah terang2 x sampai lagi tahap pro, kalau pro dah tentu ranking kita x corot macam sekarang, kalau letak pengadil dari england pun tetap sama jugak perangai player kita..

Penyokong Kelantan Dan Terengganu

Terengganu menang kerana mereka bermain lebih baik itu adalah kenyataan..
Dan kepada PEMERHATI PEMERHATI PERMAINAN BOLA SEPAK MALAYSIA..
Doktor ada yang disaman kerana kecuaian, polis selalu dikenakan tindakan akibat tersalah guna kuasa,kenapa pula mereka boleh dipertikaikan dan pengadil tak boleh..., lesen tu bukan menjadikan mereka maksum...
Ps : nila jadinya kalau yang kata dia pemerhati rupanya buta mata dan hati....

datok panglima

mutu pengadilan y teruk boleh menjejas kn prestasi sukan bolasepak d negara ini..

kazama

mmg sukar bg pengadil utk bg keputusan dlm masa yg singgkat... tp jika game keras mcm ni... pengadil mesti thu cara utk menengkan perlawanan bkn memanasakan game ni... reff patut bg amaran dlu....

mawi

eloknya dah masuk peringkat macam ni panggil aje pengadil dari luar yang pengalaman.apa susah2

karipap

(kpd pemerhati pemain bola sepak malaysia)
lu cakap senang la beb...cuba lu kat tengah padang tu....terkencing lu...entah2 lu main bola pun tak reti...jadi jgn nak komen jer bro....

Che Seman bin Che Wok

FAM-bertindaklah secara profesional. Kalau tak cukup pengadil panggillah dari negara lain.Kalau tak cukup duit nak bayar pengadil minta dengan TS Anuar dan DS Ahmad. Asyik2 pengadil cap ayam juga. Ini suku akhir bukan main nak kutip derma.Kalau macam ni tukang tarik kereta pun boleh jadi pengadil....ho.ho..

akmal kulaan

sebuk pasal pengadil layagkan kad merah,pemain yg terang2 tampan bola pkai tangan xde plak korang heboh2 mcm ni..xde plak menteri nk masuk campur..kecoh la KELANTAN & TERENGGANU ni...podah.

sakit hati

Bila diperhatikan secara menyeluruh bola sepak piala malaysia kali ini..mcm ada yang tak kenalah. Sememamgnya mcm ada pakat dan dah diatur siapakah atau giliran siapakah yg akan juara kali ini. mcm drama main bola. kita sebagai penonton ni yg bodoh-boh pegi menonton bola yang tah apa-apa bermain mcm budak sekolah jee. pengadil puLAK MCM ADA SESUATU YG TAK KENA..kita semua penonton ker..pemerhati ker....apa ker.. buat bodoh jeer.......

mjafri

salam 1m'sia..melihat pada jumlah layangan kad pada perlawanan tersebut jelas kelihatan pengadil masih belum bersedia untuk mengadili perlawanan berprofil tinggi dan sepatutnya dari awal pihak FAM memilih pengadil yang bertindak atas prinsip kesukanan dan bukannya mengikut kata hati sendiri,,,jika difikirkan peminat boleh terima kekalahan pasukan tapi jika berpunca dari pengadilan yang teruk,,,musibahnya penyokong akan meluahkan rasa hati melalui perbuatan di luar batasan,,,lastly persatuan juga yang didenda FAM,,,,,cari punca amokan penonton dari terus menghukum,,,FAM,,,,FIKIRKAN BERSAMA

jeamie

Main bolasepak gunakan akal.Bukan ikut emosi...kesian dkt penonton yg datang bayar tiket.Mereka mahukan perlawanan bolasepak yang menarik bukan pergaduhan dan aksi pukul memukul di tengah padang.

komen aku

"PEMERHATI PERMAINAN BOLA SEPAK MALAYSIA"
yang ko dok kutuk org tegur pengadil tuu ko ada lesen ke?
jangan mara bile org bagi teguran....x salah klu tegur untuk kemajuan sukan..
Tegur x bermakna utk rosakkan kerjaya "Pengadil" tuu...kene paham la..
@ ko marah sbb "K.Deven" letak jawatan??
hahahaha....

cliff

Ado... Kenapa ni! Berita harian suruh beli paper pula... macam mana dengan kami di luar bandar ini..Tolonglah! Semangan 1M sikit la! Apa-apa pun terima kasihlah dengan pengadil.. bukan dia saja pengadil di dunia ini yang pernah buat macam tu, ramai lagi. kena fikir lah.. pemain patut guna kebijaksanaan untuk bermain barulah boleh maju..TQ

math

Aku tengok perlawanan diantara dua gergasi pantai timur itu (Kelate VS Ganu) dah macam main Futsa..mana taknya,Berapa orang sangat je yang tinggal kat atas padang tu..pengadil macam tu hanya layak untuk mengadili perlawanan antara sekolah-sekolah je..disebabkan pengadil jugak kedua-dua pasukan terutama sekali penyokong telah bermasam muka antara satu sama lain,sedangkan Kelantan dengan Terenganu itu berjiran!!!!....

zul

pemain kelantan n terengganu memang suka bergaduh sama gak dengan penonton sekali

keteyle

@PEMERHATI PERMAINAN BOLA SEPAK MALAYSIA: Jurulatih ada sijil jurulatih.kau ada?

jamil

nafez pengadil yg terbaik..kalau x mcmmana fam pilih dia mengadili perlawanan trg vs kltn..semoga nafez tidak patah semangat gara2 serangan emosi..semoga fam pilih nafez semas final nanti.

sham kedah

bila game terengganu kelantan dapat 5 kad merah 10 kad kuning pandai plak menteri seniri melatah x puas hati...
bila dua bijik gol kedah dibatalkan ada ka yg bersuara...kta tgok nnti apa FAM bt dn kta bleh tau FAM pilih kasih atau x....atau ada something tntg org dalaman...kta tggu...

fbi

Memang tidak dinafikan keputusan pengadil adalah muktamad..akan tetapi keputusan itu biar dari sudut yang positif..dapat mengimbangi pemain dan penyokong di luar..tidak terlalu mudah untuk memberi kad kuning..sepatutnya teguran & 'last warning' diberikan dahulu..pengadil mestilah pandai menilai dalam membuat keputusan..walaubagaimanapun,tindakan daudsu & shakir memang tidak boleh dimaafkan..terang lagi bersuluh..

PEMERHATI PERMAINAN BOLA SEPAK MALAYSIA

BEGINI LA.....
BAGI AKU...
SESETENGAH PEMAIN BOLA KAT MALAYSIA NI MAIN BOLA MACAM BANGANG...
kEPALA HOTAK PEMAIN NAK PEGANG BOLA LAMA-LAMA BUAT APA????? BODOH !! cUBA LA TENGOK PLAYER LUAR NEGARA MAIN CAMNER... tAK YAH NAK PEGANG BOLA KAT KAKI LAMA-LAMA....MAIN PASS LAAA.....JURULATIH PUN SATU BENGAP...AJAR LA MAIN SECARA CEPAT DAN TAK TERKEDEK KEDEK NAK HANTAR BOLA....
MENYAMPAH AKU TENGOK!!!! PORAHHH LA PEMAIN KELANTAN DAN TERENGGANU YG KAKI GADUH!!!! PENGADIL IS STILL THE BEST TO CONTROL THE GAME AT ALL....
hIDUP PENGADIL!!!!!!
YANG LAIN TAK YAH NAK MENYIBUK NAK SOUND2 PENGADIL!!! PENGADIL ADA SIJIL PENGADIL...KAU ADA???

MYEEZAANNNN

BAYANGKAN LA KWN2 PENGADIL KENA BG KEPUTUSAN SERTA MERTA BUKAN NK TUNGU TENGOK RAKAMAN BRU NK BG KAD....NK KOMPLAIN MMG SYOK,

mat husin pantai timur

tugas pengadil ialah mengawasi& mengadili supaya sesuatu perjalanan pelawanan berjalan dengar baik. untuk kita teruskan merpertabatkan bola sepak kita.

miey

Hrp2 FAM teliti smula pemilihan pegadil...

Azmel

dah kalah tak boleh terima kenyataan.main bola macam nak berperang.kena kad merah, marah.kalau nak berperang pergi la ke Israel.Ni main bola beb.main bola.bukan berperang.Kalau pengadil tu tak bagi kad merah atau kuning, mungkin ada yang mati kot malam tu. Ada otak, pakai!!

hilmi harun

Tindakan pengadil yg sgt bijak utk mengawal game yg tntunya sukar dikawal bila melibatkn Kelantan & Terengganu agar brjalan lancar. Syabas Nafeez!

adis

pengadil kite adalah yang terbaik. sikap pemain sendiri yang harus di ubah.

mie putrajaya

Lain kali nak ambil pengadil, jangan pilih yang yang rabun warna, susah, nak ambil kuning terambil merah, nilah jadinya....lepas tu gila nak tunjuk kuasa...bagi dia jadi pengadil peringkat sekolah rendah kat kampung dia cukup.

sepah

baek tdo la dri tgk liga malaysia,,,,,
thun ni da nmpk siapa juara,,,,
mmg btl

Jin alam

Menteri pon nk cmpur tngan ker? sedih plak bila de yg bkuasa nk salah kan org yg menjadi rakyat biasa di malaysia nie. Menteri tgk la vedio tu semula betol2 klu dh men mcm org yg tak pro tak kan nk d belai plak. Dh tertulis dlm buka undang2 pengadil yg kesalahan yg dilakukan perlu dihukum dgn keputusan aper. Nnt menteri tu g la cari buku undang2 tu yer,bace dan fahamkan la aper yg dh tersurat tu.. TQ

DON

Klantan... biasa lah. tapi sy nk komen pasal berita harian online. Ramai dh hilang minat tulis cerita sekerat, lepas tu suruh beli surat khabar. kalau nak menyusahkan lebih baik tak payah ada online.

pengadil

jgn tegur FAM wei karang kena gantung 7 perlawanan

abikhsan

Nafeez ni one of the most experience referee in Malaysia and Asia (AFC)...

Entahlah, macam boleh berlaku.... emosi dia terganggu kot....!!!

SUHAIMI BIN MAT HUSAIN

saya sokong : berita harian online semakin hilang seri kerana kebanyakan artikel hanya memaparkan 1/4 daripada keseluruhan artikel. untuk berita lanjut kena dapatkan akhbar. kalau macam ni baik x payah ada online paper.

annacomel

bermain bola pun macam nak perang..sampaikan menteri pun nak campur tangan..minta menteri tu sesekali jadi pengadil... nak tengok adil ke tidak..bermutu ke tidak..

Mohd Nafeez

surf : http://www.soccerway.com/referees/mohd-nafeez-bin-abdul-wahab/113764/
mamat ni mmg gila every game mmg dia tak pulang tangan kosong

zul kl

berita harian online semakin hilang seri kerana kebanyakan artikel hanya memaparkan 1/4 daripada keseluruhan artikel. untuk berita lanjut kena dapatkan akhbar. kalau macam ni baik x payah ada online paper.

shah

pengadil pula dislhkan..seharusnya dididik pemain utk tidak b'main kasar..

penyokong bola sepak malaysia

kadang-kadang tu kita dapat lihat pengadil yang berat sebelah..seperti ingin menangkan sesuatu pasukan..perkara ini lagi bahaya..pengadil bukan hanya pada nama..sedangkan pada hakikatnya..perkataan "Adil" tu pun sangat beerti sekali..dalam islam pun dah cakap,adil itu pada hak nya..bukan pada ikut rs diri sendiri je..dan..rasa macam pengadil itu ingin mengubah keputusan perlawanan..kenapa boleh jadi macam tu?..ada upah lumayan ke yang menanti?...sama2 kita fikirkan..

WWE

PENGADIL YANG TIDAK BERLAPANG DADA, TIDAK PEMAAF ATAS PERKARA-PERKARA KECIL, PAKAI NAFSU, CETEK PEMIKIRAN DAN NAK TUNJUK KUASA.

ISMAIL BIN HUSSAIN

pengadil macam nafeez ni hanya pandai melayangkan kad je,x tahu macamana nak handle pemain kedua-dua pasukan.inilah contoh pengadil yg paling teruk dan x perlulah diketengahkan lg,jadilah spt mohd yusuf karim,contoh pengadil terbaik...

rudy

terenganu kelantan adik beradik sekirapun piala malaysia ada di kelantan ibarat ada di terenganu juga sebab kedua negeri jaguh pantai timur.jangan pula sebab orang luar kita masam muka sama sendiri pengadil kita kena hormat sebab mereka hendak para pemain kita berhati 2 apabila bermain dengan negara luar nanti.amin.

rosman

keputusan pengadil adalah tepat dan muktamad .

Full content generated by Get Full RSS.

Real cuba pancing Hernandez RM147j

Posted: 11 Oct 2011 01:30 PM PDT

Sukan

UNITED sanggup gandakan gaji mingguannya.

UNITED sanggup gandakan gaji mingguannya.

Real cuba pancing Hernandez RM147j

LONDON: Penyerang Manchester United, Javier Hernandez dikejutkan dengan tawaran perpindahan bernilai 30 juta pound (RM147 juta) daripada kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid, semalam.

Namun pengurus United, Alex Ferguson bertegas penyerang 23 tahun itu akan kekal di Old Trafford dengan menawarkan kontrak baru lima tahun dan menggandakan gajinya daripada 25,000 pound (RM122,584) kepada 75,000 pound (RM367,753) seminggu. Real bagaimanapun sedia menggandakan jumlah itu dan membayar yuran perpindahan yang nilainya lima kali ganda berbanding jumlah dibayar United ketika membeli Hernandez, 18 bulan lalu.

Jurulatih Real, Jose Mourinho mahu perpindahan itu dilakukan Januari depan tetapi percaya peluang terbaik mendapatkan Hernandez ialah pada penghujung musim ini.

Lantas Ferguson berharap Hernandez tidak berubah hati untuk berhijrah ke Bernabeu, perkara sama yang pernah dilakukan Cristiano Ronaldo sebelum ini.

Hernandez atau lebih popular dipanggil Chicharito, menjaringkan 20 gol sepanjang musim sulungnya musim lalu bagi membantu United merangkul gelaran juara Liga Perdana Inggeris buat kali ke-19.
United kelmarin mengikat pemain tengahnya, Tom Cleverley, 22, untuk lanjutan kontrak empat tahun. – Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan