Harian Metro: Arena |
Posted: 11 Oct 2011 10:14 AM PDT PERAK berdepan tugas lebih berat menjelang suku akhir kedua Piala Malaysia, Jumaat ini apabila jurulatih Selangor, P Maniam menjangkakan prestasi pemainnya akan terus meningkat bagi memastikan tiket ke separuh akhir berada dalam genggaman. Pengendali berusia 43 tahun itu menjelaskan terdapat peningkatan dalam permainan dipamer barisan Merah Kuning terutama selepas mencalar rekod tanpa kalah Perak pada peringkat kumpulan apabila menang 3-1 di Stadium Shah Alam, kelmarin.
"Selain kelibat beberapa pemain di barisan depan yang menyerlah dan mengancam kubu lawan, saya turut puas hati dengan kekentalan benteng pertahanan yang diketuai (Mohd) Nasriq (Baharom) dan (Mohd) Asraruddin (Putra Omar)," katanya yang pernah menyuarakan kebimbangan mengenai dua posisi terbabit sebelum ini.
Namun beliau tetap mengingatkan anak buahnya terhadap tentangan Perak kendalian bekas jurulatih kebangsaan, Norizan Bakar yang pasti mempunyai strategi tersendiri selain kehadiran semula lima tonggak Seladang yang digantung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini.
|
Posted: 11 Oct 2011 10:03 AM PDT KEMENANGAN bergaya Terengganu menewaskan Kelantan 3-1, malam kelmarin, terpaksa dibayar dengan harga tinggi apabila dua pemain utamanya yang juga pemain kebangsaan, Mohd Zubir Azmi dan Ismail Faruqi Ashari dilayangkan kad merah. Derita sama juga dialami pelawat apabila pengadil Mohd Nafeez Abd Wahab turut memerintahkan tiga pemain Kelantan, Mohd Syakir Saari, Daudsu Jamaluddin dan Aziz Ismail keluar padang kerana menerima kad merah.
"Jika pemain kedua-dua pasukan berjaya mengawal emosi, insiden layangan kad merah mungkin dapat dielakkan. Pertembungan dua finalis Piala FA musim ini memang amat dinantikan peminat dan sudah dijangka sengit, apatah lagi dua pasukan itu berjiran dan seharusnya pemain mampu mengawal emosi masing-masing serta bermain dengan penuh semangat kesukanan," katanya.
Pada perlawanan itu, Terengganu berjaya mendahului Kelantan hasil jaringan Ismail Faruqi pada minit ke-43 sebelum diikat Mohd Badri Radzi menerusi sepakan penalti m-78.
Ditanya peluang Terengganu untuk layak ke separuh akhir, jurulatih berusia 60 tahun itu yakin anak buahnya mampu memperagakan aksi bertenaga pada perlawanan kedua kelak.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan