Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Selangor tanpa Bunyamin

Posted:

Selangor tanpa Bunyamin

Selangor tanpa Bunyamin

MESKIPUN tanpa khidmat pemain tengah, Mohd. Bunyamin Omar, persiapan Selangor tetap tidak terjejas menjelang aksi suku akhir kedua menentang Perak malam esok. Bunyamin sedang menjalani penggantungan perlawanan dan Selangor dilaporkan memiliki pengganti yang tidak kurang hebatnya bagi mengisi kekosongan tersebut.

Jurulatih Selangor, P. Maniam berkata, Bunyamin terpaksa diketepikan setelah menerima dua kad kuning pada suku akhir pertama yang menyaksikan Selangor mengalahkan Perak 3-1 di Stadium Shah Alam pada Isnin lepas.

"Kita mungkin menggunakan khidmat sama ada Mohd. Hardi Jaafar, Mohd. Fazilidin Khalid ataupun Mohd. Fadzli Saari bagi menguatkan bahagian tengah kita," katanya semalam.


AMRI Yahyah (kiri) akan terus memainkan watak utama mengemudi jentera tengah Selangor pada aksi menentang Perak malam esok.


Maniam berkata, beliau akan mengekalkan hampir semua pemain yang beraksi pada suku akhir pertama.

"Saya yakin dengan pengalaman yang ada pada pemain seperti Mohd. Safiq Rahim dan Mohd. Amri Yahyah yang biasa beraksi di peringkat antarabangsa akan membolehkan Selangor menempah tempat ke separuh akhir nanti," katanya.

Pemenang perlawanan antara Selangor dan Perak akan bertemu dengan pemenang perlawanan antara Terengganu atau Kelantan di peringkat separuh akhir pertama pada 22 Oktober ini. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Kawalan keselamatan diperketat pada aksi Kelantan-Terengganu

Posted:

Kawalan keselamatan diperketat pada aksi Kelantan-Terengganu

Kawalan keselamatan diperketat pada aksi Kelantan-Terengganu

Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) akan mempertingkat tahap kawalan keselamatan sebagai langkah untuk mengelak berlakunya sebarang kejadian buruk ketika pertemuan suku akhir kedua antara Kelantan dengan Terengganu di Stadium Sultan Muhammed IV di Kota Bharu, malam esok.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan khusus dengan pihak keselamatan untuk memastikan keseluruhan perlawanan berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden yang dikhuatiri boleh menjejaskan aksi kedua-dua pasukan.

Menurutnya, pertemuan kedua-dua pasukan ini merupakan perlawanan yang sengit dan dijangka akan menarik lebih ramai penyokong untuk hadir menyaksikan aksi tersebut.

"Kawalan pintu masuk akan diperketatkan dengan kerjasama pihak keselamatan yang akan membuat pemeriksaan rapi untuk memastikan penyokong yang hadir ke stadium tidak membawa masuk barangan larangan seperti mercun dan bunga api yang boleh mengganggu serta mencederakan orang lain.

"Selain itu, anggota keselamatan yang berpakaian biasa akan ditempatkan di dalam kawasan stadium sebagai langkah pencegahan untuk mengelakkan berlakunya sebarang insiden yang tidak diingini. Untuk mengelakkan berlakunya kesesakan pula, Kafa akan membuka pintu masuk stadium seawal pukul 6.30 petang," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Tambahnya, pihaknya berharap para penyokong setia TheRed Warriors dapat memberikan kerjasama sebaik mungkin kepada anggota keselamatan untuk memastikan tidak berlaku sebarang insiden yang boleh mencemarkan perlawanan tersebut.

Dalam perkembangan lain, Annuar memberitahu, sebanyak 20,000 keping tiket akan dijual pada pagi Jumaat ini dengan harga RM30 bagi tempat duduk berbumbung (Astaka) dan RM15 untuk tempat duduk terbuka.

"Saya nasihatkan kepada para penyokong Kelantan supaya datang awal untuk mendapatkan tiket-tiket perlawanan bagi mengelakkan berlakunya kesesakan di kaunter-kaunter jualan.

"Para penyokong juga dinasihatkan supaya membeli tiket di kaunter jualan bagi mengelakkan mereka membeli dengan harga yang mahal dari pihak yang ingin mengambil kesempatan atas permintaan yang tinggi," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlam Lazim menasihatkan semua penyokong supaya mengikuti segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak stadium dan memberikan kerjasama kepada pihak keselamatan bagi memastikan suasana perlawanan berjalan dengan lancar.

"Pihak kami akan bertindak tegas kepada yang engkar."

Full content generated by Get Full RSS.

Sabah sedia gempur

Posted:

Sabah sedia gempur

Sabah sedia gempur

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa@kosmo.com.mu


PENYERANG Sabah, K. Thanaraj (kanan) antara pemain yang perlu diawasi oleh T-Team pada aksi di Kuala Terengganu malam esok.


MISI mustahil kini menyelubungi kem pasukan Sabah dalam usaha melayakkan diri ke pusingan separuh akhir kempen Piala Malaysia musim ini.

Semuanya gara-gara kekalahan mengejut 1-2 kepada pasukan berstatus kelab, T-Team pada aksi suku akhir pertama di Stadium Likas Kota Kinabalu, Isnin lalu.

Kekalahan itu meletakkan anak-anak buah Justin Ganai dalam kedudukan genting apabila perlu berdepan lawan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam esok.

Andai prestasi semasa menjadi ukuran, T-Team diramal tidak berdepan masalah untuk mencatat kemenangan di hadapan penyokong sendiri, sekali gus mencatat sejarah mara dalam kelompok empat pasukan terakhir.

Namun, Justin tetap tenang dan menganggap pasukannya masih bernyawa, sambil menolak untuk mengangkat bendera putih lebih awal.

"Kami tidak gentar untuk berdepan T-Team walaupun pada hakikatnya ini bukanlah satu tugas yang mudah.

"Permainan masih berbaki 90 minit dan kami akan gunakan setiap peluang yang ada untuk mengatasi T-Team di hadapan penyokong sendiri," katanya kepada Kosmo! semalam.

Mengulas lanjut, Justin juga mengakui tekanan sebenarnya kini lebih dirasai pemain-pemain T-Team berbanding anak-anak buahnya.

Jelasnya, beraksi di hadapan penyokong sendiri bukanlah sesuatu yang mudah dan ia pasti memberi tekanan psikologi kepada pasukan tuan rumah.

"Kami akan datang untuk mencari gol dan soal kami kalah atau tidak, itu perkara kedua.

"Pemain juga masih bersemangat untuk menebus kekalahan di Likas dan sedia bermain habis-habisan," jelasnya.

Mengenai strategi, Justin enggan terlalu mendedahkan percaturan skuadnya, namun tidak menolak kemungkinan akan bermain secara menyerang.

"Kami hanya perlukan dua gol sahaja dan mengelak daripada dibolosi. Jika kami berjaya mencapainya, maka kelebihan pasti memihak kepada kami.

"Namun, ini tidak bermakna kami akan menyerang berterusan kerana sebarang kesilapan pasti menghukum kami," jelasnya.

Apa yang pasti, Justin sedia membuat pertimbangan untuk menurunkan barisan serangan terkuatnya yang diketuai bekas pemain kebangsaan, Zainizam Marjan.

"Selain Zainizam, saya masih mempunyai pemain-pemain seperti Farid Ideris, Razlan Oto, Fadley Lunsing dan Alto Jinus untuk bermain di posisi penyerang," jelasnya lagi.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan