Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Perang saraf'

Posted: 16 Oct 2011 05:07 PM PDT

MENJELANG ujian getir separuh akhir pertama, malam esok, Irfan Bakti sudah pun memulakan 'perang psikologi' betapa Selangor barisan harus digeruni.

Jurulatih kepada skuad yang menjuarai Piala FA itu melihat saingan di Stadium Shah Alam pasti akan memberi kelebihan kepada tuan rumah pimpinan P Maniam dan akur mereka harus memberi fokus 100 peratus ketika lawan ghairah mencari modal selesa.

"Saya akur Selangor bukan lawan mudah untuk ditewaskan di hadapan puluhan ribu penyokong setia mereka. Tapi anak buah saya boleh melakukan sesuatu menyekat mereka dan memburu kemenangan sama seperti menewaskan Kelantan," katanya, semalam.

Irfan juga turut berhajat 'meminjam formula' pasukan adik, T-Team kerana pasukan kelab itu sudah beberapa kali menewaskan Merah Kuning dalam saingan Liga Super dan peringkat kumpulan Piala Malaysia.

Dia akan menghubungi Yunus Alif untuk meminta bantuan pada saat getir ini mendapatkan beberapa petua bagaimana mahu menumbangkan Selangor di laman lawan.

Pengendali berpengalaman itu juga menegaskan trio penyerang Terengganu - Abdul Manaf Mamat, Ashari Samsudin dan Abdul Hadi Yahya bakal menjadi sandaran utama pasukan mencari gol di tempat lawan tapi percaya Selangor ada segala muslihat membendung mereka.
Satu lagi saingan peringkat sama membabitkan T-Team menentang bekas juara, Negeri Sembilan di Kuala Terengganu.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

castello

terbaik coach irfan..tranung cari modal selesa di kubu lawan.berjuanglah demi tranung

syedma

Pastikan perlawanan separuh akhir t'gganu kita dgn selangor di stadium shah alam di adili pengadil yg berkualiti. semoga berjaya kedua-dua pasukan pada mlm tersebut.

aliza bin alias

negeri sembilan kalau anda mahu menang dengan T-TEAM jang kau kono ada semangat juang yang tinggi dan tidak mudah berpuas hati dan bermain dengan bersungguh-sungguh sehingga permainan tamat ok selamat berjuang

juliana

peteh ganu peteh...saya sentiasa mendoakan kejayaan pasukan penyu kite.....InsyALLAH...

tumulak

to muhammad izzal~ poyo ke mcm bagus ke dah mmg dia bagus..dlm kenyataan dia di ats pun takde ayat yg menunjukkan dia poyo..tp yg pasti dari segi tektikal dia lagi bagus dari Dato Karathu.. semuanya telah terbukti, kemenangan ke atas kelantan adalah kemenangan tektikal

yus Ganu

Go tganu go.... teruskan kecemerlangan pasukan untuk tewaskan red giant... Yeeeaaaaa

Merchng

trganu boleh kalah kan selangor 2-1 janji pemain.kerjasama satu pasukan.jgn duk nak cari nama sorang.

Mohd Asri BIn ismail

Antara Terengganu vs Selangor pada persembahan semasa Terengganu paling konsiste..tapi dalam pertemuan separuh akhir pertama ini pasukan yang memberi persembahan paling berkualiti akan capai kemenangan dengan jaringan yang luar biase..kedua-dua pasukan ada kelebihan tapi kelebihan terletak pada Terengganu..konsistem..selamat berjaya

hafiz

saya sebagai peminat bolasepak Malaysia walaupun bukan berasal dari ganu..suka cara Terengganu...perfect team for irfan...syabas..

Suhaimi

Tahniah ganu..teruskan kemenangan anda...benam misi 33...Selangor gah selalu dpt liputan media...

ganu

penduduk trg berada dibelakang anda....
hidup penyu

sek2 manir

insyaallah 2 team teganu leh gi final thn ni bg melakar satu sejarah baru piala mesia 2011..

pkngah alee

..awasi HOBEN JANG HOBEN...psti ke FINAL dan akn mnjulang PIALA MALAYSIA musim ni....

satriav6

aku peminat selangor ,selangor team yang bermasalah.terengganu boleh makan punya selangor ni ,kelantan diratah kalau selangor tak tahu lah apa nak jadi selangor kan team yang bermasalah .masuk separuh akhir pun nasib huhuhuhuh

khairul

pastikan terenggnu punyai formula penting sahaja untuk jaringkan gol. tektikal dah Ok bg pendapat saya. Cume mantapkan lgi kerjasama pasukan . jgn penting diri sendiri. jgan mudah untuk mencipta nama untuk jaringkan gol... itu nasihat saya peminat ikhlas terengganu...

azmer

ayuh selangor & terangganu pastikan perlawanan akan menghiburan peminat2 tempatan.

wajatimur

peteh ganu peteh...

muhammad izzal

poyo la irfan bakti ni... mcm bagus je

Amal is playing poker!

negeri sembilan bukan sebarang pasukan...hobin jang hobin

masri

Tahniah buat pasukan Terengganu dan T-Team kerana mempamerkan mutu permainan yang bertenaga dan menarik untuk mara ke suku akhir....seandainya dapat mengekalkan rentak ini tidak mustahil layak ke perlawanan akhir dan menempa satu sejarah dalam Piala Malaysia kali ini.

Seb Takir

Teruskan rentak kemenangan malam esok.Penyokong Teganu sentiasa mendoakan kejayaan Ganu Kiter.Yang penting permainan bersih tanpa ada insiden yang tak diingini.GO TEGANU KITERRRRRRRR.

Full content generated by Get Full RSS.

Choi juara edisi ke-2 LPGA Sime Darby

Posted: 16 Oct 2011 04:46 PM PDT

Sukan

NAJIB menyampaikan trofi kepada Choi di Kuala Lumpur, semalam.

NAJIB menyampaikan trofi kepada Choi di Kuala Lumpur, semalam.

Kelly kekal sebagai pemain amatur terbaik

PEMAIN ranking keempat dunia, Choi Na Yeon dari Korea muncul juara edisi kedua LPGA Malaysia Sime Darby di lapangan Kelab Golf & Country Kuala Lumpur, semalam, menewaskan pemain nombor satu dari Taiwan, Yani Tseng yang menamatkan permainan di tangga kedua.

Turun selaku pendahulu pada hari terakhir, Na Yeon tenang meneruskan rentak cemerlang dengan mencatat tiga bawah par, 68 pukulan semalam untuk keseluruhan 15 bawah par, 269 dan pulang dengan hadiah AS$285,000 (RM900,000). Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya tidak gementar hari ini (semalam), tetapi di lubang 15, saya sedikit gemuruh apabila mendengar Yani mendapat birdie," kata Na Yeon semalam. "Saya gemuruh hingga ke lubang terakhir tetapi lega berjaya mendapat keputusan baik."

Ini adalah kejuaraan LPGA kelima untuk pemain itu dan pertama tahun ini.

Bagi Tseng, dia tidak kecewa sebaliknya gembira kerana dapat bersaing sengit dari kejohanan ke kejohanan dengan pemain Korea itu. "Minggu lalu saya menang, minggu ini dia pula," kata Tseng.
"Saya bermain baik hari ini (semalam) tetapi Na Yeon melakukan lebih baik. Masih ada ruang untuk saya memperbaiki permainan dan saya tidak sabar kembali bersaing minggu depan."

Sementara itu, Kelly Tan mengekalkan kedudukan sebagai pemain amatur dan tempatan terbaik kejohanan selepas menamatkan permainan dengan 13 atas par, 297 diikuti seorang lagi wakil negara, Aretha Pan dengan satu pukulan di belakang.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan