Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Fong Ying optimis

Posted: 16 Oct 2011 10:52 AM PDT

CHAI Fong Ying yang baru saja melakar sejarah sebagai atlet Malaysia pertama meraih kemenangan kali ketiga sebagai juara dunia, optimis jurang untuk menyaingi barisan atlet dari China semakin hampir.

Atlet berusia 25 tahun itu merangkul pingat emas di Kejohanan Dunia Wushu di Ankara, Turki dengan catatan 9.66 mata acara taijijian (taijisword) sekali gus merebut semula gelaran juara dunia yang pernah diraihnya pada 2005 di Hanoi dan 2007 di Beijing.


Namun, Fong Ying berkata, meskipun dirinya sudah tiga kali bergelar juara dunia tetapi China masih mendominasi sukan seni kegemarannya itu.

"Tidak dinafikan sebagai negara asal sukan wushu, mereka (China) hebat. Tetapi tidak mustahil untuk kita mengejar mereka di masa depan jika saya bersama rakan seangkatan kekal konsisten.


"Walaupun sudah bergelar juara, saya masih belum berpuas hati dengan prestasi di Turki. Banyak lagi yang perlu saya lakukan untuk menundukkan China," katanya yang turut meraih gangsa acara taijiquan.


Skuad negara yang baru pulang awal pagi semalam, turut membawa kejayaan dua perak menerusi Diana Bong dan Loh Jack Chang serta tiga lagi gangsa dari Ng Say Yoke, Diana dan adik perempuan Fong Ying, iaitu Fong Wei.

Mengulas lanjut, Fong Ying berkata, dirinya akan lebih bersedia di kejohanan tahun depan bagi mencapai kejayaan lebih baik sekali gus menumbangkan China.


"Saya tidak akan berhenti berusaha selagi tidak puas hati dengan pencapaian diri sendiri. Bagi saya, prestasi untuk menewaskan lawan masih jauh apatah lagi negara lain sudah semakin baik. Oleh itu, saya akan teruskan latihan intensif meskipun sudah menutup tirai kejohanan sepanjang 2011," katanya.

Setiausaha Eksekutif Persatuan Wushu Malaysia (PWM), Winnie Chin, berkata kejayaan Fong Ying dan rakan seangkatan menepati sasarannya.


"Kami sememangnya meletakkan sasaran satu emas dan semua mereka tampil hebat sekali gus membuatkan PWM bangga," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

‘Pemain muda jangan terlampau dabik dada’

Posted: 16 Oct 2011 10:48 AM PDT

BARISAN pemain perseorangan muda negara masih belum boleh mendabik dada dan menganggap diri mereka sudah setanding pemain elit dunia meskipun ada di antara mereka mempamerkan peningkatan prestasi beberapa bulan kebelakangan ini.

Ketua jurulatih Rashid Sidek berkata kelompok pemain yang bakal mengambil alih tempat Datuk Lee Chong Wei sudah mula ada keyakinan tetapi masih terlalu jauh untuk menguasai persada badminton dunia.


"Memang bagus apabila ada pemain mula melakukan kejutan dan mara jauh di pentas antarabangsa, tapi masih terlalu banyak kekurangannya," kata Rashid.

Beliau memuji persembahan pemain muda seperti Misbun Ramdan Misbun (gambar), Chan Kwong Beng dan Liew Daren yang melakukan kejutan di GP Emas Terbuka Indonesia bulan lalu tetapi baginya semua pemain muda ini kurang konsisten.


"Mereka ada kualiti untuk menjadi pemain yang baik dan bila-bila masa boleh menang, tapi kurang konsisten.


"Untuk menguasai badminton dunia mereka harus konsisten dan kejutan yang sekali sekala di lakukan ini bukan lagi suatu yang boleh dibanggakan," kata Rashid.

Di Terbuka Indonesia, Daren mengejutkan pilihan keenam Simon Santoso dari Indonesia di pusingan pertama sebelum dia ditewaskan Ramdan di pusingan kedua.


Sementara Kwong Beng pula melangkau jangkaan apabila menewaskan Sony Dwi Kuncoro.

Di GP Final Kebangsaan beberapa hari lalu pula, Ramdan mengejutkan Mohd Arif Latif untuk ke separuh akhir sebelum tewas kepada Chong Wei, manakala Goh Soon Huat pula mengejutkan Chong Wei Feng di separuh akhir, melakar pertemuan bersejarah dengan Chong Wei meskipun dia tewas mudah kepada pemain nombor satu dunia itu.


Ramdan dan Soon Huat adalah generasi ketiga perseorangan negara yang menjadi pelapis kepada Arif, Kwong Beng, Wei Feng dan Daren mula menunjukkan petanda positif sejak hampir dua tahun dilatih Hendrawan.


Justeru Ramdan, Soon Huat serta beberapa lagi pemain muda seperti Iskandar Zulkarnain dan Muhd Syawal Ismail sepatutnya di beri lebih pendedahan kerana hanya pendedahan di kejohanan kompetitif seperti Cabaran Antarabangsa dan Grand Prix boleh mengasah bakat serta pengalaman mereka untuk matang lebih awal daripada usia.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan