Utusan Online - Sukan |
Posted: Elak sepakan bebasOleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN KUALA LUMPUR - Terengganu harus waspada. Jangan beri peluang Safiq Rahim melakukan sepakan bebas pada perlawanan hari ini, jika tidak mungkin skuad Penyu bakal senasib dengan Perak yang tersungkur pada suku akhir. Lantaran itu, pengendali Terengganu, Irfan Bakti mengingatkan pemain supaya tidak melakukan kekasaran terutama berhampiran kawasan penalti, bimbang terperangkap dengan taktik Selangor yang mungkin mengintai ruang mendapatkan sepakan percuma berhampiran pintu gol pada separuh akhir Piala Malaysia hari ini. "Elak melakukan kesilapan dekat kotak penalti kerana ia boleh membuka ruang Selangor menjaringkan gol seperti mana mereka lakukan ketika bertemu Perak. "Safiq Rahim semakin yakin menjaringkan gol menerusi sepakan bebas. Saya harap pemain berhati-hati ketika melakukan asakan ke atas pemain Selangor, jangan lakukan kesalahan yang tidak sepatutnya, " katanya. Safiq menjaringkan dua gol awal Selangor pada perlawanan suku akhir pertama di Stadium Shah Alam ketika menentang Perak, kedua-duanya melalui sepakan bebas menarik dari jarak 25 hingga 30 meter di samping turut menjadi punca kepada gol tunggal Rudie Ramli ketika menang 1-0 di Stadium Perak. Sementara itu, Irfan lega kerana skuadnya tidak berdepan kecederaan serius selain kembalinya perancang utama, Ismail Faruqi yang pasti memberikan kesulitan kepada Selangor menguasai bahagian tengah dan pertahanan kiri, Mohd. Zubir Azmi. Irfan tetap menghormati keupayaan Selangor sejak mendapat sentuhan P. Maniam, yang disifatkan memberi nafas baru kepada juara 32 kali Piala Malaysia itu. "Semenjak Maniam membimbing Selangor, mereka bangkit dan merupakan sebuah pasukan pencabar, mereka bermain sebagai satu pasukan, jadi bukan mudah untuk mengalahkan mereka," katanya. Di kem Selangor pula, Maniam melihat Terengganu bukan pasukan yang mudah dijinakkan, berdasarkan pencapaian hebat jaguh Pantai Timur itu pada saingan Liga Malaysia. "Terengganu sebuah pasukan yang bermain secara menyerang dan mungkin antara paling bagus dalam Liga Malaysia. Ia dikendalikan seorang jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti. "Keyakinan mereka sudah tentu berada pada tahap terbaik kerana baru sahaja menyingkirkan juara bertahan dan juara Liga Super, Kelantan pada suku akhir. "Kami akan cuba berikan yang terbaik bagi mencari kemenangan di tempat sendiri esok, " katanya ketika dihubungi semalam. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: Karathu tidak sambung kontrakOleh MOHD. ZUHARMAN MOHAMMAD NOR KOTA BHARU - Jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu mengesahkan tidak berhasrat untuk menyambung kontrak bersama Red Warriors musim depan atas alasan mahu menumpukan masa kepada keluarga. Katanya, sudah sampai masanya beliau berbuat demikian memandangkan sebelum ini masanya agak terhad kerana terlalu sibuk dengan karier yang telah menjadi sebahagian daripada jiwanya. "Saya mengucapkan terima kasih kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, pemain, penyokong dan semua ketika saya melatih Kelantan selama semusim. "Sudah sampai bagi saya memikirkan untuk berehat bersama keluarga yang saya tinggalkan demi karier bola sepak selama ini. Kelantan sangat dekat di hati saya. Terima kasih semua," katanya ditemui di sini, semalam. Beliau mengulas hala tujunya selepas gagal membantu Red Warriors mempertahankan Piala Malaysia apabila tewas juara Piala FA, Terengganu dengan agregat 3-5 pada saingan suku akhir Jumaat lalu. Karathu pernah membimbing Kelantan pada 1993 sehingga ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia. Walaupun kandas pada suku akhir musim ini, Karathu mencipta sejarah apabila membawa Kelantan menjuarai Piala Sumbangsih, Liga Super dan naib johan Piala FA. Beliau menafikan menerima tawaran daripada pasukan lain sambil menegaskan, tidak pernah memohon dengan mana-mana pasukan dalam Liga Malaysia musim depan. Sementara itu Naib Presiden KAFA, Rosmadi Ismail, terkejut dengan berita berkenaan ia akan dibincang dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa KAFA. "KAFA akan bincang perkara ini jika benar jurulatih itu mahu melepas jawatan. Ini kerana beliau banyak berjasa kepada Kelantan dan kita sangat berpuas hati dengan komitmen beliau," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan