Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Kuasa Selangor

Posted: 14 Oct 2011 10:41 AM PDT

KESUNGGUHAN semata-mata tidak mencukupi buat Perak untuk menandingi Selangor apabila tunduk 1-0 di gelanggang sendiri pada suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Perak, malam tadi.

Tuan rumah yang turun dengan semangat tinggi sebaliknya terpaksa menelan keperitan sekali lagi apabila sentuhan daripada sepakan percuma Shafiq Rahim menghukum anak buahnya Norizan Bakar sebelum Rudie Ramli mudah menanduk masuk bola tampanan Nasril Nourdin ke gawang yang kosong untuk gol tunggal perlawanan itu dan agregat keseluruhan 4-1.


Apapun pada perlawanan itu, Perak walaupun menguasai permainan tidak nampak kelihatan mampu menjaringkan gol kerana selain tidak banyak mencipta peluang turut mendapati benteng lawan terlalu kental untuk ditembusi.

Keberkesanan corak bertahan anak buah P Maniam menyaksikan pintu gol Selangor penuh sesak hingga menyukarkan sebarang usaha pemain tuan rumah untuk memecah benteng pelawat.


Berbekalkan sokongan padu kira-kira 30,000 penonton, anak buah Norizan melancarkan serangan dari segenap sudut manakala percaturan Maniam untuk mengamalkan corak bertahan dan bergantung kepada serangan kilat sesekali mencemaskan kubu lawan. Bagaimanapun peluang terbaik pasukan itu pada minit ke-11 gagal dimanfaatkan.


Jentera serangan Perak yang menggandingkan Akmal Rizal-Failee Ghazali walaupun bergerak lincah tetapi sukar melepasi halangan barisan pertahanan Selangor yang berjaya menerap gerakan pasukan tuan rumah.

Begitupun Selangor mempamer detik cemerlang di awal babak kedua apabila berjaya menjaringkan gol lima minit saingan berlangsung. Tanda-tanda kubu Perak akan bocor sudah terbayang sebaik saingan berlangsung tetapi Khairi Zainuddin menyelamatkan kubunya apabila menampan bola rembatan Rudie di atas garisan gol seminit saingan berlangsung.


Namun pemain itu tidak melakukan kesilapan tiga minit kemudian apabila menanduk bola yang melantun daripada tampanan Nasril untuk menambah keperitan Seladang. Walaupun Perak berjuang hingga ke hingga ke wisel penamat ternyata tidak mencukupi untuk menyelamatkan keadaan.

Full content generated by Get Full RSS.

Fokus lawan Nepal

Posted: 14 Oct 2011 10:29 AM PDT

TANPA beberapa tonggak termasuk kapten pasukan, Khairul Fahmi Che Mat, skuad Sukan Sea negara seharusnya masih mampu menewaskan Nepal dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, jam 5.15 petang ini.

Kemenangan ke atas Nepal itu mungkin tidak memberi sebarang makna namun ia cukup dijadikan bekalan semangat anak buah Ong Kim Swee sebelum bertandang ke Hanoi bagi menyertai kejohanan jemputan Piala Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) minggu depan.


Nepal bakal membariskan pemain kebangsaan mereka manakala Kim Swee tidak akan menurunkan pemain skuad Sukan Sea yang beraksi dalam Piala Malaysia, malam tadi, iaitu Khairul Fahmi, Mohd Izuan Solahuddin, Mohd Aziz Ismail (Kelantan), Muhammad Zubir Azmi (Terengganu), Mohd Asraruddin Putra Omar (Selangor), Ahmad Fakri Saarani (Negeri Sembilan), Mohd Syazwan Roslan (Perak), Azrul Azmi dan D Saarvindran (Felda United).

Malah benteng negara juga bakal kehilangan pertahanan kental Mohd Muslim Ahmad yang mengalami kecederaan pinggang manakala gandingannya, Mohd Fadhli Shas beraksi secara pinjaman dengan kelab liga Slovakia, Vion Zlate Moravce bersama Mohd Irfan Fazail dan Wan Zack Haikal Wan Noor.


Namun situasi itu tidak menggusarkan pengendali negara kerana baginya, inilah peluang terbaik untuk pemain yang jarang mendapat peluang membuktikan keupayaan mereka merebut tempat dalam kesebelasan utama.


"Bagi saya perlawanan dengan Nepal bukan perlawanan mudah kerana mereka menurunkan pemain kebangsaan. Yang penting saya mahu semua pemain fokus permainan serta menunjukkan persefahaman, komitmen dan disiplin tinggi.

"Ini peluang terbaik untuk pemain baru merebut tempat dalam skuad ke Hanoi, Vietnam kerana saya akan hanya membawa 20 pemain ke sana nanti," katanya.


Mengulas kemungkinan Muslim tidak dapat diturunkan, Kim Swee berkata, beliau masih mempunyai pemain seperti Muhammad Amer Saidin dan Muhammad Syazwan Tajuddin untuk membentuk gandingan pertahanan tengah.

"Amer sudah lama bersama Harimau Muda A dan Syazwan juga pernah menimba pengalaman di Slovakia sebelum ini, jadi saya akan melihat sejauh mana kemampuan mereka beraksi bersama. Saya mahu miliki lebih ramai pilihan pemain untuk membentuk skuad mantap ke Sukan Sea," katanya.


Skuad bawah 23 tahun negara akan menyertai Kejohanan VFF yang turut disertai Uzbekistan, Vietnam dan Myanmar sebelum beraksi mempertahankan pingat emas Sukan Sea Indonesia, November depan.


Sementara itu, Nepal yang kini menduduki ranking ke-135 dunia berbanding Malaysia ke-147 tumpas 4-0 dalam aksi persahabatan menentang Filipina, Rabu lalu.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan