Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Amukan Barca, Higuain

Posted:

Amukan Barca, Higuain

Amukan Barca, Higuain

ADRIANO (tengah) meledak gol kemenangan Barca pada aksi menentang Sporting Gijon awal pagi semalam, manakala Higuain (kanan) meledak hatrik untuk membantu Real membelasah Espanyol 4-0.


MADRID – Juara bertahan, Barcelona kembali mengamuk. Mereka kini merampas kedudukan selaku pendahulu Liga Sepanyol selepas mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Sporting Gijon di Stadium El Molinon awal pagi semalam.

Perancang antarabangsa Brazil, Adriano muncul wira Barcelona apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-12.

Kemenangan itu sekali gus menyaksikan Barcelona kini mendahului carta liga namun berkongsi 14 mata dengan Levante yang menduduki tangga kedua.

Skuad The Catalan membuktikan betapa mereka layak menerajui carta liga dengan perbezaan jumlah jaringan.

Jurulatih Barcelona, Pep Guardiola yang diminta mengulas mengenai pertemuan menentang Sporting itu berkata: "Kami (Barcelona) berdepan dengan sebuah pasukan yang kuat."

"Selepas kami beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara ia pasti akan menjadi satu perlawanan sukar buat kami. Namun, saya merasakan kami telah melakukan yang terbaik pada babak pertama dan mengekalkanya sehingga tamat perlawanan," kata Guardiola.

Menurutnya, jika mereka terus kekal dengan rentak cemerlang seperti itu, tidak mustahil gelaran liga musim ini akan terus berada dalam dakapan mereka.

Dalam satu lagi perlawanan, Gonzalo Higuain membuktikan ketajaman sentuhan penyudahnya apabila meledak hatrik bagi membantu Real Madrid menewaskan Espanyol 4-0.

Apa yang dibuktikan oleh Higuan pada perlawanan tersebut telah menutup mulut pengkritiknya sebelum ini yang menganggapnya sebagai pemain yang tidak memiliki kualiti.

Higuain menjadi bahan kritikan penyokong-penyokong setia Real sejak tiga musim lalu selepas sering kali bergelut dengan masalah kecederaan.

Dia hanya kembali dalam skuad utama Real pada awal saingan musim ini.

Kemenangan tersebut sekali gus menyaksikan Real melonjak ke tangga ketiga carta liga dengan mengumpul 13 mata, satu mata di belakang pendahulu, Barcelona dan Levante di tangga kedua. - Agensi

Joseph, Yong muka baharu skuad negara

Posted:

Joseph, Yong muka baharu skuad negara

Joseph, Yong muka baharu skuad negara


KHAIRUL FAHMI tetap diberi kepercayaan untuk menjaga gawang skuad negara.


JOSEPH Kalang Tie, Yong Kuong Yong adalah antara muka baharu yang berjaya mendapat tempat dalam skuad kebangsaan kendalian Datuk K. Rajagobal.

Skuad kebangsaan yang terdiri daripada 22 pemain itu diumumkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam dan mereka akan berlepas ke Australia minggu ini bagi mengadakan perlawanan persahabatan dengan Australia.

Aksi persahabatan itu dijadualkan berlangsung pada 7 Oktober ini (Jumaat) di Canberra.

Ia merupakan pertemuan pertama buat kedua-dua pasukan dalam tempoh 20 tahun.

Pemilihan Joseph dalam skuad tersebut bakal memberi banyak pilihan kepada Rajagobal untuk merancang kesebela- san utamanya, terutamanya di bahagian te- ngah yang turut membariskan Baddrol Bakhtiar.

Joseph beraksi dengan skuad Terengganu dalam saingan liga tempatan telah mempa- merkan aksi cemerlang dalam merencana- kan rentak permainan skuad Penyu.

Aksi konsisten yang dipamerkannya dalam saingan domestik itu berjaya memikat hati Rajagobal yang sememangnya mencari pemain tengah berkualiti.

Kuong Yong pula yang merupakan watak utama di jentera serangan skuad Kuala Lumpur memiliki tindakan penyudah yang tidak kurang hebatnya.

Kehadirannya dalam skuad kebangsaan sudah pasti membawa sinar baharu selain menjanjikan saingan sengit untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama.

Begitupun, dia perlu bersaing dengan Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd. Safee Sali yang sudah membuktikan keistimewaan sebagai penggempur berbisa.

Turut disenaraikan dalam senarai 22 pemain itu ialah pemain veteran, Norhafiz Zamani Misbah yang turut mempamerkan aksi konsisten dalam liga domestik.

Khairul Fahmi Che Mat pula terus diberi kepercayaan untuk bertindak sebagai penjaga gawang.

'Sabah tetap ancaman'

Posted:

'Sabah tetap ancaman'

'Sabah tetap ancaman'


INDRA (tiga dari kiri) menjadi watak penting dalam merencanakan rentak permainan T-Team.


WALAUPUN Sabah pernah tewas kepada T-Team dalam saingan Liga Super, namun itu tidak boleh dijadikan ukuran apabila kedua-dua pasukan membuat perhitungan dalam suku akhir Piala Malaysia 10 Oktober ini.

Jurulatih T-Team, Yunus Alif berkata, Sabah mungkin menjadi ancaman utama kepada mereka dalam pertandingan berprestij itu nanti.

"Pertandingan Liga Super tidak boleh dijadikan ukuran dan perbandingan kerana semua pasukan mahu merebut Piala Malaysia, piala terakhir dan teragung dalam Liga Malaysia," katanya.

Yunus berkata, dalam menghadapi perlawanan itu nanti, beliau telah mengarahkan pemain T-Team agar lebih bersungguh- sungguh kerana macam-macam boleh berlaku dalam perlawanan itu nanti.

Beliau berkata, tidak mustahil Sabah boleh menundukkan T-Team walaupun pasukan kelab dari Terengganu itu mempunyai bari- san pemain ternama dan berpengalaman.

Yunus menambah, untuk mengekalkan momentum, T-Team perlu menyerang habis-habisan, selain memantapkan barisan pertahanan bagi memastikan pasukan itu mencapai kejayaan.

T-Team akan berkunjung ke Sabah (10 Oktober) untuk perlawanan suku akhir pertama sebelum berdepan pasukan itu pada aksi kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pada 14 Oktober ini.

Yunus memberitahu, di Sabah nanti, T-Team perlu sekurang-kurangnya seri untuk dijadikan bekalan menjelang aksi kedua.

Dalam pada itu, beliau berharap pemain T-Team tidak mengalami sebarang kecederaan yang boleh menjejaskan peluang pasukan melangkah ke pusi- ngan separuh akhir.

Beliau berkata, ketika ini tiga pemain tonggak T-Team mengalami kecederaan iaitu Haris Safwan Mohd. Kamal, Indera Putra Mahayuddin dan Mohd. Fitri Omar yang diharapkan pulih sepenuhnya sebe- lum perlawanan itu bermula. - Bernama

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan