Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Jangan cilok!

Posted: 02 Dec 2011 11:27 AM PST

MISI Harimau Muda mengejar emas hatrik pada Sukan SEA 2013 di Myanmar mungkin terjejas andai beberapa lagi tonggaknya terus 'dicilok' pasukan negeri atau kelab untuk saingan Liga Super.

Saya yakin FAM ada perancangan terhadap pemain ini. Mereka perlu kekal bersama, jika tidak ia pasti mengganggu persiapan menghadapi Liga Singapura 2012, Sukan SEA 2013 dan Sukan Asia 2014. - Rajagobal.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Azmi

Tak perlu kita simpan pasukan harimau muda Tanpa dilepaskan kepada pasukan negeri yang berminat untuk liga super.....mana Ada Negara dalam dunia buat begitu untuk kekalkan tanpa dilepaskan untuk bermain dgn pasukan lain......jangan ghairah sangat,, nilai keupayaan pasukan kita dulu, setakat sea game aje belum boleh dibanggakan sangat.......sikitx sudahlah.

Lie

btl MZ, skrg ni sibuk lak nak cr pemain import. buat layu nak tgk bola je. jgn jd macam negara jiran dah la. gah dengan org luar.

DIN4RIA

Setuju dgn pendapat Rajagopal...
Kekalkan Demi untuk Negara..

daunipah

..ade baik dan buruknye..kenape tak gilap je bakat2 baru..takkan hanye player2 tu je yg kita ade..perbanyakkan lagi bakat2 baru bukan nye hanye berbangga pade yang ade..Sukan Untuk Malaysia..

zu

elok kekalkan pemain,lau tak nanti da masalah

burung

Bro...sekarang ni sape yg cilok sape..player2 ni mmg asal ngan persatuan negeri..diorg bukan dari SSBJ...than umur diorg dh brape dah..diorg smua dari akademi masing2 kot..especially mcm muslim ngan shukor jusoh..

sang belang

player2 ni patut staydgn HM.. team2 negeri semua xtau malu.. x tahu gilap player.. pastu cilok player2 yg digilap.. mmg negeri2 xda inisiatif nk gilap bakat2 baru.. akademi pun x wujud.. cmna bola nk maju..

anos

lagi bagus dikekalkn...cari player lain...cari lg bkt baru...

Suib

Pasukan negeri tiada initiative untuk mencari bakat di dalam negeri sendiri. Bagi saya dasar maha pemalas pasukan negeri menyebabkan kekuatan pasukan tidak tahan lama.

MZ

x perlu pemain import gilap bakat yg ada.

Full content generated by Get Full RSS.

Hafiz mara separuh akhir Terbuka Macau

Posted: 02 Dec 2011 11:11 AM PST

Sukan

TANPA memberi peluang, Hafiz Hashim menumbangkan pemain Jepun, Kenichi Tago untuk meneruskan cabaran selaku pemain tunggal negara mara ke separuh akhir Terbuka Macau.

Biarpun tewas dalam dua pertemuan sebelum ini, juara Seluruh England 2003 itu cemerlang menundukkan lawan yang diletakkan sebagai pilihan kelapan 21-14, 21-19 dalam tempoh 43 minit, semalam.

Hafiz yang kini menduduki ranking ke-38 dunia, menundukkan Tago yang berada di ranking ke-12 selepas kali terakhir pertemuan di Siri Super Jepun, tahun lalu. Selepas mengharungi tahun sukar, kejayaan di Terbuka Macau memberikan pemain KLRC itu peluang untuk ke final tetapi perlu menundukkan Lee Hyun-Il yang menewaskan Taufik Hidayat 12-21, 21-15, 21-17 malam tadi.

Begitupun, kedua-dua pasangan beregu negara kandas di suku akhir dengan beregu lelaki, Mohd Lutfi Zaim Abdul Khalid-Vountas Indra Mawan tunduk kepada pilihan utama, Ko Sung Hyun-Yoo Yeon Seong dari Korea Selatan 21-6, 22-24, 21-14.

Beregu wanita, Vivian Hoo Kah Mun-Woon Khe Wei turut kecundang kepada pasangan Korea Selatan, Eom Hye Won-Jang Ye Na 21-12, 22-20 biarpun pernah menang dalam dua pertemuan lalu.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan