Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Zulfadli 'diprogram' jadi juara Olimpik

Posted:

Zulfadli 'diprogram' jadi juara Olimpik

Zulfadli 'diprogram' jadi juara Olimpik

Oleh Norzie Mohd. Khasbi
norzie.khasbi@utusan.com.my


Zulfadli Zulkifli


KUALA LUMPUR - Banyak kebimbangan disuarakan peminat dan pemerhati badminton Malaysia tentang bakat besar Zulfadli Zulkifli sama ada mampu dimanfaatkan dan dijadikan sehebat jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei.

Ketegasan bapa yang juga jurulatihnya, Zulkifli Sidek untuk meneruskan karier tanpa menyertai Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengundang persoalan, apakah mereka mempunyai program yang benar-benar mampu mengangkat Zulfadli untuk memberi cabaran di peringkat tertinggi.

Ia bukan saja soal latihan, tetapi seorang pemain itu memerlukan sokongan penuh daripada pakar kecergasan, fisioterapi, motivasi, malah psikologi untuk menjadi juara dunia, dan sudah tentu dengan menyertai BAM, Zulfadfli mampu mendapat segala kemudahan yang diperlukan.

Zulfadli bagaimanapun bertuah kerana sekalipun tidak menyertai badan induk, dia dijanjikan sokongan yang tidak berbelah bagi daripada KLRC, kelab yang dinaungi sejak 2007.

Pemilik kelab, Datuk Seri Andrew Kam memberi jaminan, bakat pemain itu tidak akan dipersiakan dan KLRC sedia menawarkan apa saja yang diperlukan untuk membantu.

Malah, tegas Andrew, biarpun sekadar berstatus kelab, KLRC tetap memiliki sasaran, menjadikan Zulfadli juara Olimpik dengan tumpuan adalah Temasya 2016 di Rio, Brazil.

"Saya tahu, bukan mudah hendak menghasilkan emas. Hendak melahirkan seorang pemenang pingat emas Olimpik adalah sama sukarnya dengan hendak menghasilkan emas yang sebenar.

"Bagaimanapun saya hanya pandai menghasilkan emas... bukan perak atau tembaga. Jadi, berapa mahal dan sukar sekalipun pelaburan yang dikeluarkan, saya sanggup melakukannya,'' kata Andrew, yang melakukan semua ini kerana minat yang mendalam terhadap badminton.

Katanya, biarpun menjadikan Zulfadli juara dunia dan Olimpik adalah misi utama KLRC ketika ini, namun kelab itu juga serius dalam melahirkan lebih ramai bakat muda.

Ditanya mengapa beliau sanggup berbelanja besar untuk badminton, sedangkan beliau hanyalah seorang ahli perniagaan biasa, Andrew berkata: "Denmark dan Korea Selatan pernah memenangi emas Olimpik, manakala England, malah Amerika Syarikat pernah memiliki juara dunia tetapi negara kuasa badminton seperti Malaysia belum pernah mengecapi semua itu,'' tegas Andrew.

Full content generated by Get Full RSS.

Azizulhasni terjatuh pada babak akhir keirin

Posted:

Azizulhasni terjatuh pada babak akhir keirin

Azizulhasni terjatuh pada babak akhir keirin

KUALA LUMPUR - Terjatuh pada saingan akhir keirin Siri Piala Dunia Klasik di Cali, semalam tidak mengapa kerana dianggap permulaan baik buat Azizulhasni Awang.

Walaupun nasib tidak memihak kepadanya, kejayaan Azizulhasni mara ke babak penentuan cukup penting untuk menutup skrip hambar di Astana bulan lalu yang mana dia terkandas di peringkat kelayakan.

Semalam, Azizulhasni menamatkan saingan di tempat kelima daripada enam pelumba yang beraksi di saingan akhir.

Menurut pelumba yang terkenal dengan gelaran The Pocketrocketman itu, prestasinya kali ini lebih baik berbanding di Astana dan sasaran untuk mara ke saingan akhir tercapai cuma nasib tidak menyebelahinya berikutan terlibat dalam pelanggaran membabitkan dua pelumba lain.

''Situasi perlumbaan kali ini memang lancar, namun dua pelumba di hadapan saya Teun Mulder (Belanda) dan Kamil Kuczynski saling berasak sesama sendiri menyebabkan kedua-duanya terjatuh dan saya tidak sempat mengelak lalu terlibat dalam kemalangan tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia melalui laman sosial, Facebook semalam.

Insiden tersebut mengingatkan kembali detik ngeri Februari lalu ketika di Siri Piala Dunia Klasik Manchester di mana Azizulhasni terlibat dalam pelanggaran yang hampir serupa dan betis kaki kirinya tercucuk serpihan kayu trek.

"Selepas terjatuh saya bangun semula dan menamatkan kayuhan di tempat kelima, namun saya tetap bersyukur kerana dapat mara ke peringkat akhir serta tidak berlaku insiden yang lebih buruk kali ini walaupun gagal mempertahankan kejuaraan yang dimenangi di sini tahun lalu.

"Saya perlu bersedia untuk perlumbaan pecut esok (hari ini), sekarang ini kepala saya berasa sedikit pening kerana terhantuk di trek ketika jatuh menyebabkan topi saya pecah serta terdapat luka kecil di badan dan kaki. Bagaimanapun saya yakin untuk memberi kayuhan terbaik bagi acara pecut," kata pelumba yang mewakili pasukan Yayasan Sime Darby (YSD) itu.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan