Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Capello puas hati

Posted:

Capello puas hati

Capello puas hati

LONDON - Pengurus England, Fabio Capello berpuas hati dengan hasil undian pusingan akhir Euro 2012 dengan menganggapnya sebagai selesa.

England diundi dalam Kumpulan D bersama-sama dengan Perancis, Sweden dan tuan rumah bersama, Ukraine.

Menurutnya, semua pasukan dalam kumpulan tersebut memiliki kekuatan yang seimbang.

Majlis undian itu berlangsung di National Palace of Arts di Kiev, Ukraine kelmarin.

Euro 2012 dihoskan bersama oleh Ukraine dan Poland pada Jun depan.

"Saya rasa, Kumpulan B boleh dianggap sebagai kumpulan maut," jelas Capello.

Kumpulan B terdiri daripada Belanda, Denmark, Jerman dan Portugal sementara Kumpulan A diwakili Poland, Greece, Rusia dan Republik Czech.

"Saya anggap kumpulan kami adalah seimbang. Kami perlu berdepan tuan rumah bersama, Ukraine.

Kami pernah menentang mereka sebanyak dua kali pada kelayakan Piala Dunia sebelum ini," jelas Capello.

Pada aksi kelayakan itu, England menewaskan Ukraine 2-1 di Wembley, tetapi tewas 0-1 pada perlawanan timbal balik di Dnipropetrovsk ketika penjaga gol utama England, Rob Green dilayangkan kad merah pada perlawanan tersebut.

Pada pusingan akhir Euro 2012 kelak, England akan memulakan kempen mereka menentang Perancis, pasukan yang telah menewaskan mereka sebanyak empat kali dalam lima pertemuan terakhir sebelum ini.

"Aksi menentang Perancis pasti sukar. Perlawanan pertama selalunya begitu dan saya juga yakin ia juga sukar buat Perancis," tambah Capello.

Capello juga melahirkan kegembiraannya kerana akan berada di Krakow, Poland pada kempen peringkat kumpulan itu kelak.

"Kami beraksi di Krakow dalam tiga perlawanan peringkat kumpulan. Saya puas hati kerana kemudahan di situ sungguh memuaskan," katanya. - dpa

Full content generated by Get Full RSS.

Jerman tidak gentar Portugal

Posted:

Jerman tidak gentar Portugal

Jerman tidak gentar Portugal


LOEW (dua dari kanan) tidak gentar berdepan tiga pesaing mereka dalam Kumpulan B, namun tetap waspada dengan ancaman pasukan underdog, Denmark berbanding Portugal dan Belanda.


KIEV - Jurulatih Jerman, Joachim Loew berkata, pasukannya tidak pernah gentar menentang Portugal pada aksi pembukaan Euro 2012 termasuk Belanda dan Denmark dalam saingan peringkat Kumpulan B.

Jerman merupakan pasukan pertama layak ke pusingan akhir Euro 2012 apabila mencapai 10 kemenangan di dalam aksi kelayakan.

Jerman telah menetapkan untuk berlatih di Selatan Poland sebelum bertandang ke Ukraine bagi mengharungi tiga perlawanan peringkat kumpulan.

Jerman akan bertemu Portugal pada aksi pembukaan 9 Jun depan di Lviv.

Portugal pernah menewaskan Jerman 3-2 pada peringkat suku akhir Euro 2008.

Selepas itu, mereka akan berdepan dengan Belanda (13 Jun di Kharvic) sebelum kembali ke Lviv bagi menghadapi Denmark pada 17 Jun.

Jerman berjaya menewaskan Belanda 3-0 pada perlawanan persahabatan di Hamburg pada bulan lalu namun Loew berkata, meskipun tidak gentar bertemu Portugal namun beliau mengakui semua pasukan yang diundi dalam kumpulan tersebut sebagai sukar untuk dihadapi.

"Kami akan tetap berjuang dan tidak akan berasa gentar," kata Loew

"Sebelum undian, saya berkata kepada semua pemain bahawa kita tidak perlu bimbang siapa yang akan diundi bersama kami. Apa yang penting, semua pemain perlu bekerja keras.

"Suasana kejohanan Eropah ini sama seperti Piala Dunia, mana-mana pasukan mampu mencipta kejutan." ujarnya.

Pengendali berusia 51 tahun itu bagaimanapun menganggap Denmark sebagai lawan yang perlu diawasi.

"Saya percaya bahawa ini adalah kumpulan yang paling sukar dan seimbang kerana semua pasukan memiliki kelebihan tersendiri," kata Loew.

"Belanda dan Portugal memiliki pemain bertaraf dunia dan kita dapat melihat satu aksi menarik ketika menentang mereka.

"Namun, Denmark akan menjadi pasukan 'pembunuh' kerana mereka muncul sebagai pasukan bukan pilihan dan membuat mereka tidak tertekan serta menjadikan mereka sukar untuk ditentang," ujarnya.- AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Fergie: Rooney pasti bangkit

Posted:

Fergie: Rooney pasti bangkit

Fergie: Rooney pasti bangkit


ROONEY (kanan) masih sukar untuk menemui sentuhan penyudah selepas kali terakhir melakukannya ketika menentang Chelsea pada 18 September lalu.


LONDON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson yakin penyerangnya, Wayne Rooney akan menamatkan kemarau jaringan dalam aksi Liga Perdana England.

Rooney setakat ini telah meledak sembilan gol sepanjang lima perlawanan awal musim ini namun gagal menemui sentuhan sejak menewaskan Chelsea pada 18 September lalu.

Sehingga kini, penyerang kelahiran Liverpool itu hanya menjaringkan dua gol dalam semua pertandingan.

Dua gol tersebut terhasil menerusi sepakan penalti ketika menentang Otelul Galati dalam aksi Liga Juara-Juara.

Namun, Ferguson berkata: "Dia telah memulakan aksi serta menjaringkan gol dengan baik pada musim ini.

"Saya menjangkakan dia akan menjaringkan 11 gol pada waktu ini tetapi perjalanan musim ini masih lagi panjang dan dia pasti kembali menggegar gawang lawan. Saya tidak perlu sangsi lagi mengenai perkara itu."

Sebelum ini, Ferguson telah mencuba untuk menjadikan Rooney sebagai pemain tengah, namun langkahnya dilihat sedikit menjejaskan rentak Rooney untuk meledak gol.

"Saya cuba untuk menjadikannya sebagai pemain tengah, namun percaturan itu menyebabkan Rooney sedikit sukar untuk menjaringkan gol." - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan