Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


MSN tawar kendali atlet berpotensi

Posted: 02 Dec 2011 08:38 AM PST

MAJLIS Sukan Negara (MSN) menawarkan diri mengendalikan atlet olahraga yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi tapi semuanya dengan bersyarat.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong berkata, beliau sedia mengambil alih tugas menguruskan atlet olahraga sepenuhnya bagaimanapun tidak mahu campur tangan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).


Zolkples berkata, tindakan tegas itu ditawarkan selepas melihat percakaran membabitkan badan sukan negara dan persatuan itu seperti tidak berkesudahan apabila setiap usaha dilakukan pasti akan mendapat tentangan.

Luahan rasa atlet senior, Noraseela Khalid yang bengang dengan masalah dalaman KOM hingga merencatkan pembangunan atlet mendorong MSN untuk bangkit mempertahankan atlet yang dilihat berpotensi besar untuk menyerlah.


"Saya sedia tapi syaratnya saya tidak mahu KOM campur tangan. Biar semua MSN yang uruskan. Saya tidak mahu perkara sebelum ini berulang. Bila kita hantar atlet ke luar negara, mereka kecam saya. Saya hantar Noraseela ke Afrika Selatan, mereka bantah kerana hantar atlet cedera.


"Kita hantar Lee Hup Wei (atlet lompat tinggi) ke Jerman, mereka tak setuju. Semua yang MSN buat pasti tidak akan mendapat persetujuan mereka. Tapi atlet inilah yang memberikan pingat emas kepada negara.

"Biarpun kata sepakat sudah dicapai, mereka tak mengikutinya. Contohnya, kuartet 4x100m wanita negara. Mesyuarat Jawatankuasa Kerja sudah mengarahkan atlet berlatih dibawah Tan Kok Lim tapi mereka tak ikut," kata Zolkples.


Zolkples turut mempersoalkan tindakan KOM yang membawa lebih daripada 10 atlet menjalani latihan pusat di Miri, Sarawak dan Brunei sebelum beraksi di Sukan Sea Indonesia selain hampir tercicir emas apabila menggugurkan kuartet 4x400m lelaki negara sebelum disenaraikan semula.

Mengambil contoh Persatuan Lawan Pedang, Zolkples berkata, biarpun persatuan itu mempunyai masalah dalaman, mereka memberi pelepasan sepenuhnya kepada MSN untuk mengendalikan atlet mereka berlatih di luar negara. Hasilnya, atlet lawan pedang, Joshua Koh yang menjalani latihan di Itali selama dua bulan menyumbangkan dua pingat emas di Sukan Sea.

Full content generated by Get Full RSS.

Izzaq berehat 7 bulan

Posted: 02 Dec 2011 08:29 AM PST

SELEPAS terlepas peluang beraksi di pentas final Sukan Sea Indonesia bulan lalu, penyerang muda negara, Izzaq Faris Ramlan terus dirundung malang apabila terpaksa berehat tujuh bulan akibat kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) lutut kiri.

Pemain berusia 21 tahun itu selamat menjalani pembedahan di Hospital Pantai Ampang, Isnin lalu selepas mengalami kecederaan akibat dikasari pemain Myanmar pada perlawanan separuh akhir Sukan Sea yang menyaksikan skuad Bawah 23 negara menang 1-0.


Bagaimanapun kecederaan paling teruk pernah dialaminya itu tidak sesekali melunturkan semangat Izzaq yang bertekad bangkit untuk menempatkan diri dalam skuad Harimau Muda A.

"Ini kali pertama saya terpaksa menjalani pembedahan akibat kecederaan. Selepas ini saya terpaksa berehat tujuh bulan sebelum boleh berlatih semula. Terpaksalah saya menjadi penonton di luar padang saja, pasti saya akan rindu untuk bermain," katanya yang pulang ke kampungnya di Kemaman, Terengganu sebaik dibenarkan keluar dari hospital semalam.


Izzaq kembali mendapat perhatian selepas menjaringkan gol kemenangan ketika Malaysia mengalahkan Thailand 2-1 yang mencetuskan kebangkitan skuad kendalian Ong Kim Swee ketika peringkat kumpulan Sukan Sea Indonesia.


Bagaimanapun pemain yang memiliki ketinggian 190sm itu terpaksa diketepikan pada final ketika skuad negara berjaya mempertahankan pingat emas dengan mengalahkan Indonesia menerusi penentuan sepakan penalti 4-3 selepas kedudukan terikat 1-1 pada masa tambahan.

Katanya, dia amat kecewa kerana tidak dapat beraksi pada final di Stadium Gelora Bung Karno itu selain gagal membantu rakan sepasukan ketika tewas 2-0 kepada Syria dan 3-2 Bahrain pada aksi pusingan kelayakan Sukan Olimpik London.


"Saya ditolak pemain Myanmar yang menyebabkan saya terjatuh dan lutut kiri terkehel. Saya tak sangka kecederaan begitu serius sehingga tidak dapat bermain pada final menentang Indonesia. Saya kecewa," kata Izzaq.

Tempoh rehat tujuh bulan itu bermakna dia terpaksa diketepikan daripada program skuad Olimpik ke Sydney Australia bermula 10 Disember ini, pusingan kedua kelayakan Olimpik dan juga aksi Harimau Muda A dalam Liga Singapura musim depan.


"Saya hanya akan bercuti di sini (Kemaman) selama seminggu dan kemudian akan menjalani rawatan di FAM. Saya harap akan kembali sembuh dan dapat beraksi semula dengan segera," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan