Berita Harian: Sukan |
Posted: 20 Dec 2011 04:04 PM PST Sukan Lampu limpah di Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Paroi gagal tepati syarat FAMAGAK memalukan tiga pasukan bola sepak yang memenangi tiga trofi utama, musim ini gagal menepati syarat kecerahan lampu limpah di stadium masing-masing ketika saingan Liga Malaysia bakal bermula dalam tempoh kurang tiga minggu lagi. Kelantan (juara Liga Super), Negeri Sembilan (juara Piala Malaysia) dan Terengganu (juara Piala FA) memiliki stadium yang ditakrif masih belum lulus ujian pencerahan lampu limpah minimum 800 lux ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Nasib pasukan berkenaan termasuk satu lagi pasukan besar, Perak akan diketahui esok apabila Penolong Setiausaha Agung FAM, Ahmad Fuad Daud dan pegawainya melakukan pemeriksaan lampu limpah di gelanggang terbabit untuk tujuan mengemaskini jumlah stadium yang melepasi syarat terbabit.Sehingga kini cuma lima gelanggang iaitu Stadium Nasional, Bukit Jalil; Stadium USM, Pulau Pinang; Stadium Utama Negeri, Kangar; Stadium Darulaman, Alor Setar dan Stadium Temerloh, Pahang lulus syarat berkenaan.
Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenmosschino_82@yahoo.com pasukan kelantan nak main AFC tpi stadium xckup syarat....harap tan sri dapat atasi masalah dengan segera mat duan ni la jadinye kalau politik dan sukan di campur... shakir zufayry pihak kerajaan negeri perlu mainkn peranan dlm hal ini kerana sukan xkn idop tnpa peminat..
Muhammad Aliff Hariz harap ......... MALAYSIA BOLEH
ameer islam nasib baik saya hanya men0nton melalui telvisyen..namun...masalh tetap harus segera dibaiki.. Shazwani Kerajaan negeri dan persatuan sukan harus memandang serius perkara ini. Saya percaya, sekiranya stadium negeri mempunyai fasiliti yang terbaik bukan sahaja dari segi lampu limpah,malah jika tempat duduk, tandas, surau dan lain-lain lagi diberikan perhatian, sesiapa sahaja yang memasuki stadium pasti akan berasa bangga,selesa dan berbaloi malah mungkin akan meningkatkan kegiatan ekonomi di perkarangan sekitar stadium. M Ridzman Perbaiki segera untuk keselesaan penonton setia. Mereka ini membeli tiket dgn mengeluarkan dari poket masing2.. Full content generated by Get Full RSS. |
Hanya lima stadium lulus syarat Posted: 20 Dec 2011 01:53 PM PST Sukan FAM akan uji esok kecerahan lampu limpah di baki gelanggangTIGA minggu menjelang sepak mula saingan Liga Malaysia (Liga M) 2012, hanya lima buah stadium sudah lulus syarat kecerahan lampu limpah untuk mengadakan perlawanan pada sebelah malam. Lima stadium itu ialah Stadium Nasional, Bukit Jalil; Stadium USM, Pulau Pinang; Stadium Utama Negeri, Kangar; Stadium Darul Aman, Alor Setar dan Stadium Temerloh, Pahang. Selebihnya masih belum lulus ujian pencerahan lampu limpah minimum 800 lux ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) termasuk Stadium Sultan Muhamad IV, Kota Bharu; Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu; Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi dan Stadium Perak, Ipoh.Penolong Setiausaha Agung FAM, Ahmad Fuad Daud yang juga Ketua Jabatan Pertandingan Tempatan berkata, pihaknya akan melakukan pemeriksaan lampu limpah stadium-stadium terbabit, esok bagi mengemaskini jumlah stadium yang melepasi syarat terbabit. "Buat masa ini, memang baru lima stadium sudah lulus. Tapi semua stadium lain sedang bertungkus lumus melakukan kerja-kerja memperbaiki atau menukar lampu limpah mereka kerana saya difahamkan, tiada satu pun stadium yang mahu aksi sebelah petang. "Selepas pemeriksaan pada Khamis (esok), jika terdapat stadium yang masih gagal ujian kecerahan itu, kita beri mereka peluang terakhir untuk melepasi syarat terbabit paling lewat, tujuh hari sebelum aksi pertama liga," kata Ahmad Fuad ketika dihubungi, semalam.
"Sehinggalah kerja-kerja baik pulih selesai, Selangor akan beraksi di Stadium Nasional, Kuala Lumpur dan FELDA United menggunakan Stadium Hang Jebat, Melaka manakala Johor dan MBJB mungkin beraksi di Stadium UTM, Skudai atau Stadium Kluang," jelasnya. Saingan Liga M 2012 bermula dengan aksi sumbangsih, Kelantan bertemu Negeri Sembilan pada 7 Januari, disusuli aksi sulung Liga Super pada 10 Januari dan Liga Perdana pada 13 Januari. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan