Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Sedia rujuk bekas sifu

Posted:

Sedia rujuk bekas sifu

Sedia rujuk bekas sifu

Oleh: TAN MING WAI
tan.mingwai@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Sekali pun tidak lagi berguru dengan Datuk Misbun Sidek, Datuk Lee Chong Wei jelas masih menagih idea dan nasihat daripada bekas 'sifu' itu.

Chong Wei mengakui, dia masih lagi berhubungan dengan Misbun dan baru-baru ini, malah ada berjumpa dengannya.

"Sebelum ini saya ada melawatnya dan mendapatkan pandangan mengenai permainan saya," kata jaguh perseorangan badminton negara itu.

Chong Wei bagaimanapun tidak secara langsung menyatakan sama ada dia inginkan Misbun, yang genap setahun meletak jawatan pada 31 Disember ini pulang ke pangkuannya, sebaliknya menyatakan dia mengalu-alukan sesiapa saja ingin membantunya selagi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) izinkan.

Misbun membimbing Chong Wei sehingga ke final Olimpik Beijing 2008 yang menyaksikan dia diaibkan Lin Dan dengan mudah di hadapan penyokong tuan rumah.

Namun, pada temasya itu juga menampakkan betapa erat hubungan sifu dan anak didik apabila Chong Wei, yang sejurus menewaskan Lee Hyun-Il pada separuh akhir, meluru ke arah Misbun sebelum melompat dan memeluknya.

Apa yang pasti, jelas Chong Wei dia memerlukan banyak tenaga bimbingan untuk membantu dalam persiapan menghadapi 'peperangan' dengan China yang memiliki barisan kejurulatihan lebih lengkap dan mantap.

"Olimpik tinggal lapan bulan lagi, ia satu tempoh yang amat penting. Saya tidak kisah siapa, Misbun atau mungkin bekas jurulatih, Li Mao... sesiapa saja yang ingin membantu, saya perlukan mereka.

"Begitupun ia bukan keputusan yang ditentukan saya, saya bukan profesional seperti Taufik (Hidayat), apa yang saya perlu saya boleh membuat keputusan sendiri.

"Saya bernaung di bawah BAM, segala keputusan adalah dibuat oleh pihak atasan... pengurus, pegawai dan ahli jawatankuasa.

"Saya kini juga mendapat bantuan Hendrawan yang menonton video saya dan memberi maklum balas kepada (Teh) Seu Bok dan Rashid (Sidek)... saya harap semua pihak boleh bekerjasama dalam tempoh lapan bulan ini.

"Saya difahamkan bukan seorang saja jurulatih yang memerhati permainan saya, ada enam dan ditambah dengan penganalisis sampingan seramai empat orang, kesemuanya 10 orang sedangkan Malaysia hanya ada dua, tiga jurulatih dan satu penganalisis," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Chen Long bukan ancaman utama

Posted:

Chen Long bukan ancaman utama

Chen Long bukan ancaman utama

Oleh TAN MING WAI
tan.mingwai@utusan.com.my


Lee Chong Wei (dua kiri) pada majlis menandatangani perjanjian sebagai duta jenama kopi pracampur 'Cafe 99' di Wisma CNI, Taman Perindustrian Glenmarie Shah Alam, semalam.


SHAH ALAM - Datuk Lee Chong Wei menegaskan, dia tidak menganggap Chen Long, lawan yang menumbangkannya tiga kali dalam empat pertemuan terakhir, sebagai ancaman kepada matlamat utama 2012 iaitu memenangi pingat emas Olimpik.

Jelas pemain No.1 dunia itu, satu-satunya orang yang mampu menggugat impiannya pada temasya London 2012 adalah seteru utamanya, Lin Dan.

"Saya rasa Chen Long bukan pencabar utama saya. Saya tahu semua orang risau selepas melihat saya kalah kepadanya tiga kali tahun ini, tetapi tidak untuk diri saya.

"Saya tidak berada dalam keadaan terbaik, agak letih selepas beraksi dalam begitu banyak kejohanan dalam tempoh tiga bulan lalu, mungkin tidak dapat fokus pada permainan saya.

"Orang cakap sekarang saya perlu berdepan cabaran sukar dua jaguh China, namun saya fikir Lin Dan lebih mengancam, bukan Chen Long," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani perjanjian sebagai duta jenama kopi pracampur 'Cafe 99' di Wisma CNI, Taman Perindustrian Glenmarie di sini semalam.

Mengulas mengenai prestasi keseluruhan tahun ini, Chong Wei menyifatkan ia sebagai cukup menggembirakan, meskipun kesal dengan kegagalan meraih gelaran Kejohanan Dunia, Ogos lalu.

"Sebanyak 11 perlawanan akhir, tujuh kejuaraan dan empat kali naib juara serta tiga separuh akhir.

"Berbanding beberapa tahun lalu, ada kalanya saya kalah seawal pusingan pertama, kedua. Tetapi untuk semua 14 pertandingan saya sertai tahun ini, saya hanya kalah kepada dua pemain sahaja, Lin Dan dan Chen Long.

"Kegagalan meraih gelaran Kejohanan Dunia... begitu hampir, hanya satu mata dari mencapainya tetapi tewas akhirnya. Ia adalah saat paling menyakitkan hati saya tahun ini.

"Segala peristiwa yang mendukacitakan pada 2011 sudah saya lupakan dan kini tumpuan saya beralih arah 2012," jelasnya.

Istilah 'rehat' sememangnya tiada dalam kamus Chong Wei kerana dia langsung tidak berkesempatan untuk bercuti.

Baru pulang dari Siri Masters Akhir di China, Chong Wei sudah pun kembali ke gelanggang untuk meneruskan program latihannya bagi persiapan menghadapi dua kejohanan Siri Super iaitu Terbuka Korea dan Terbuka Malaysia yang menawarkan mata kelayakkan Olimpik.

"Minggu ini sepatutnya saya rancang untuk bercuti, tapi apabila meneliti balik jadual saya, memang tidak berpeluang berbuat demikian dan terpaksa membatalkan segala perancangan sebelum ini," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan