Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Saya rindu Misbun'

Posted: 21 Dec 2011 03:04 PM PST

IBARAT pepatah 'aur dengan tebing', jelas sekali ikatan di antara Lee Chong Wei dan mentornya, Datuk Misbun Sidek masih kuat.

Semalam, pemain badminton nombor satu dunia itu akur betapa dia masih menagih sentuhan bekas jurulatihnya ketika digamit ujian amat getir mengejar pingat emas di Sukan Olimpik 2012 yang berbaki kira-kira lapan bulan lagi. Ringkasnya, dia tampak tidak kisah untuk kembali 'berguru' dengan Misbun.

"Sekarang tinggal kira-kira lapan bulan saja lagi (Olimpik) dan saya mahu meningkatkan skil dan mengekalkan tahap kecergasan diri. Selain itu apa yang penting ialah memastikan tidak berlaku kecederaan terhadap diri saya.

"Saya tidak kisah siapa saja boleh memberi pandangan dan melatih saya dalam tempoh ini. Semua orang boleh bekerjasama dalam membantu meningkatkan prestasi dan corak permainan saya," katanya dalam sidang media selepas menjadi Duta Rasmi kepada jenama Cafe 99 Ipoh White Coffee di Shah Alam, semalam.

Chong Wei mengutarakan dia tidak boleh membuat apa-apa keputusan jika dia mahukan bimbingan Misbun kerana terikat dengan Persatuan Badminton Malaysia dan akur harus ikut sahaja.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

azri

ini lah akibat persatuan BAM yang xpk kan masa depan sukan.rakyat malaysia dh manpak keserasian misbun dn LCW,tp kenapa perlu di pecahkan.

agos

sebak dada aku bilamana chong wei kata yg dia rindu misbun...BAM kena faham makna rindu chong wei tu..

haizor fital eez lba

Ayuh Chong Wei..bawa bendera malaysia untuk ke sekian kalinya di sukan olimpik. Jika nak bertekad menang ikuti nasihat bekas jurulatih Misbun Sidek

aku_achick

kepada dtk misbun, balik la jadi jurulatih chong wei. kami rindu nak tgk chong wei menang..

jack

misbun tolang kembali kan chong wei yg dulu..

wanjeff

Pernah saya terbaca sorang pegawai BAM menyatakan LCWei berada di kelas yg tersendiri. Siapa saja jurulatihnya LCWei tetap seorang juara...Mungkin LCWei sendiri maklum dgn kenyataan tersebut. Ibarat meludah kelangit jatuh kemuka sendiri. BAM perlu menerima hakikat ini. Dtk Misbun...sentuhan keramatmu amat diperlukan sekarang. Kembalilah kpd LCWei demi utk mermatabatkan badminton negara.

Ochan

Datuk Misbun dan Datuk LCW mmg dari dulu kena bekerjasama. Bg saya selagi melaun-melaun dalam BAM tu tak berambus selagi tu lah kita x ada penganti LCW. Bg saya ia bukan kegagalan LCW tp kegagalan pihak BAM dalam mengurus pemain. Sampai skrg x de perubahan, harapkan LCW je. Hafiz pun belum ada penganti walaupun sedar prestasi Hafiz. Buang ego BAM, satukan kembali sentuhan Datuk Misbun dgn LCW pasti LCW kembali mengegar dunia badminton. BAM (badminton association of malaysia)akan bertukar Bangang Association Malaysia) renung2kan wahai pentadbir BAM. Rakyat dah jemu dengan mainan politik BAM.

Firasat Mukmin Tidak Menipu

Apabila orang yg kurang arif dalam BAM membuat keputusan "chong wei sudah boleh berdikari sesiapa pun boleh latih dia" ternyata meleset, sepatutnya berilah kepercayaan kpd org arif dlm membuat keputusan (ikutlah cadangan misbun)demi kebaikan sukan badminton negara..tengok apa sudah jadi..sudah terantuk baru terngandah..jika memberi amanah kpd yg bukan ahlinya(pakar) tunggulah saat kebinasaan..sekarang telah berputik saat kebinasaan itu..BAM cepatlah buat keputusan yg terbaik untuk sukan badminton negara..jgnlah ada kepentingan individu dlm membuat keputusan tetapi INGAT, DEMI UNTUK KEMAJUAN SUKAN BADMINTON NEGARA..

lupa tok guru..mane bleh nk menang.ape daa

MUSA BIN MOHD HUSSIN

berusahalah.

mat dungun

Kang ari tu kata lain. Menang 2/3 games pertama selepas ketiadaan Misbun, gong semacam je. Tu lah terlajak perahu, boleh naik bot. Luka Misbun, tak merasalah anda seumur hidup.........

alialuz Liamsi

agree with zamyatim and others..Dulu bila badminton semangat nak nonton..skang nie mcm alahaiii...namun masih sokong DTK misbun sidek..trainlah pemain muda2 yg lain sbg pelapis kelak..

jangan derhaka pada tok guru. Inilah padahnya bila derhaka pada tok guru. Carilah kembali tok guru hang tu.

peminat badminton no. 1

Tengok gambar dtk Misbun. sentiasa pegang buku kecil, merangka setiap strategi utk Chong Wei di sepanjang permainan. strategi kerap diubah utk mengatasi lawan. saya sungguh kagum. beliau dpt merangka strategi yg sgt berkesan dlm masa yg sgt singkat. Seluruh rakyat tahu bhw Lee Chong Wei perlukan Dtk Misbun utk muncul pemain badminton pertama negara memenangi pingat emas olimpik..

Pegang kata-kata saya....
Kalau boleh dtk Misbun cubalah tengok2kan pemain harapan kita Zulfadli Zulkifli di KLRC tu. mcm "bakal pengganti" Chong Wei sudah menunjukkan diri. mungkin ramai yg xsedar... tp sy yakin Dtk Misbun lebih tahu tentang itu.

Majulah sukan untuk negara.

elmi bin ajirol

harap chong wei tingkatkan prestasi n rajin2x training :) . . good luck chong wei

zamyatim

malaysia punya nama dalam arena badminton suatu masa dulu,tapi skg kita ibarat saekor harimau yg tak punya taring,,semua ni ada lah kerana persatuan sukan d malaysia d kuasai orang2 yg berkepentingan dan terlalu banyak politik,,hingga kita sanggup korban kan kemajuan sukan negara kita.Misbun dan LCW ada lah gandingan yg mantap,,kenapa kita tak berusaha utk mereka bersama demi sebutir emas d london nanti?

Full content generated by Get Full RSS.

Isu panas lampu limpah reda

Posted: 21 Dec 2011 03:00 PM PST

Sukan

Datuk Seri Mohamad Hasan

Datuk Seri Mohamad Hasan

ISU lampu limpah stadium yang malap bertukar satu kontroversi baru apabila Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) tampil melenting mempertahankan status mereka, semalam dan sebaliknya menyoal kenyataan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Menteri Besar yang juga Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, persatuan itu tidak pernah menerima sebarang surat daripada badan induk itu berhubung kedudukan lampu limpah di Stadium Paroi yang difahamkan belum lulus ujian pencerahan minimum 800 lux.

"Kalau benar lampu limpah di Stadium Paroi belum memenuhi ketetapan dari segi pencerahan, FAM sepatutnya memberitahu kami lebih awal dan bukan sekarang apabila Liga Malaysia mahu bermula. "Sampai sekarang PBNS tidak menerima sebarang surat daripada FAM mengenai keadaan lampu limpah. Saya difahamkan pegawai FAM sudah melihatnya (keadaan lampu) di stadium tiga kali sebelum ini," katanya selepas majlis penyampaian bonus kakitangan Klana Resort di Seremban, petang semalam.

Bagaimanapun, kemarahan Mohamad kembali reda selepas pemeriksaan segera dijalankan Penolong Setiausaha Agung FAM, Ahmad Fuad Daud di Paroi, malam tadi mendapati stadium itu akhirnya lulus.

"Tahap kecerahan lampu limpah didapati pada purata 1,000 hingga 1,100 lux. Jadi stadium ini diisytihar sebagai lulus," katanya ketika dihubungi, malam tadi.

Artikel lain:


Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen