Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Makin hebat

Posted:

Makin hebat

Makin hebat

PRESTASI cemerlang skuad bola sepak negara di pentas antarabangsa menyaksikan ranking mereka terus menikmati peningkatan.


SKUAD bola sepak negara terus menikmati peningkatan dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Ia seolah-olah membuktikan betapa seriusnya Malaysia untuk berada dalam kalangan 70 pasukan terbaik dunia.

Jika momentum cemerlang berterusan, tidak mustahil impian tersebut boleh dicapai dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Jika berjaya berada dalam kelompok 70 terbaik, masa depan pemain Malaysia untuk bergelar pemain profesional di bumi Eropah sangat cerah.

Malaysia perlu berada dalam kumpulan 70 pasukan terbaik memandangkan peraturan liga Eropah khususnya Liga Perdana England hanya akan membenarkan pemain daripada kalangan negara yang berada dalam kelompok tersebut beraksi dalam liga mereka.

Ia tidak mustahil dicapai jika kedudukan Malaysia dalam ranking FIFA terus berubah.

Dalam senarai terbaharu, skuad bola sepak negara mengakhiri musim 2011 di kedudukan ke-148, naik tujuh anak tangga berbanding bulan lepas.

Peningkatan ranking pasukan negara itu adalah hasil daripada beberapa perlawanan persahabatan antarabangsa yang diatur Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sepanjang tahun ini.

Peningkatan itu turut dibantu dengan kejayaan meraih pingat emas pada Sukan SEA 2011 di Indonesia, November lalu selain pencapaian cemerlang pada aksi kelayakan Olimpik 2012.

Berdasarkan ranking terbaharu FIFA yang dikeluarkan semalam, Malaysia memungut tambahan tujuh mata selepas mencatat beberapa kemenangan dalam perlawanan persahabatan antarabangsa yang mereka harungi sepanjang tahun ini.

Bagaimanapun, kedudukan terbaik skuad negara tahun ini adalah pada bulan Mac lepas iaitu di tangga ke-138, yang pada hakikatnya masih jauh berbanding kedudukan terbaik Malaysia di tangga ke-75 pada 1993.

Menerusi kedudukan terbaharu itu, pasukan negara kini setanding dengan negara-negara lain seperti Singapura (145), Turkmenistan (146), Lesotho (147), Samoa (149) dan Equatorial Guinea (150).

Dalam kalangan negara Asia Tenggara pula, Malaysia berada di tempat kelima di belakang Vietnam (99), Thailand (122), Indonesia (142) dan Singapura (145).

Pada peringkat Asia, kedudukan Malaysia turut naik tiga anak tangga ke kedudukan ke-24 daripada 46 negara, berbanding tempat ke-27 bulan lepas.

Sementara itu, kedudukan teratas ranking dunia masih dipegang juara Piala Dunia 2010, Sepanyol, diikuti Belanda dan Jerman daripada keseluruhan 203 buah negara.

Full content generated by Get Full RSS.

'Tunggu penjelasan Chong Wei'

Posted:

'Tunggu penjelasan Chong Wei'

'Tunggu penjelasan Chong Wei'

Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
ikhsan.azmi@kosmo.com.my


CHONG WEI berhasrat untuk kembali 'berguru' dengan Misbun.


"BUAT masa ini biarlah kita tunggu keputusan daripada Datuk Lee Chong Wei dahulu."

Demikian jelas Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenny Goh semalam ketika diminta mengulas hasrat Chong Wei yang mengharapkan sentuhan bekas jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek.

Menurut Kenny, Chong Wei tidak pernah berbincang dengannya mengenai keinginan untuk kembali berlatih dengan Misbun.

Katanya, BAM tidak akan membuat sebarang perubahan sebelum mendengar sendiri kata-kata daripada mulut pemain badminton kelahiran Pulau Pinang itu sendiri.

"Saya tidak tahu mengenai hasratnya itu. Dia (Chong Wei) pun tidak berjumpa dengan kami dan membuat permohonan tersebut. Jadi, lebih baik kita tunggu Chong Wei bertemu saya dahulu.

"Saya pun mengetahui mengenai hal ini melalui laporan media. Apa pun keputusan, kami perlu dengar dahulu daripada Chong Wei.

"Oleh itu, buat masa ini saya tidak mahu fikirkan mengenai soal ini," jelas Kenny ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Beberapa akhbar tempatan semalam melaporkan tentang keinginan Chong Wei yang masih mengharapkan sentuhan bekas 'sifu'nya dalam membuat persiapan untuk menghadapi temasya Sukan Olimpik 2012 di London.

Misbun yang pernah berkhidmat selama lapan tahun dengan BAM sebelum ini, bagaimanapun telah meletakkan jawatannya sebagai jurulatih perseorangan pada 31 Disember tahun lalu.

Namun, kelibat jurulatih berbisa negara itu sangat ditagih oleh jaguh badminton negara, buktinya ketika kemunculan pertama Misbun sejak melepaskan jawatannya pada suku akhir Terbuka Malaysia 2011 yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil pada awal tahun lalu.

Ia telah memberi suntikan kepada Chong Wei yang ketika itu hanya memerlukan masa tidak sampai setengah jam untuk melumpuhkan pencabar dari Hong Kong, Hu Yun dengan kemenangan 21-6, 21-9.

Sejak peletakan jawatan Misbun, Chong Wei kini dilatih oleh Tey Seu Bock dan Rashid Sidek.

Full content generated by Get Full RSS.

PKBM alu-alukan hasrat Siti

Posted:

PKBM alu-alukan hasrat Siti

PKBM alu-alukan hasrat Siti

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril@kosmo.com.my


NAIM (tengah) bergambar kenangan dengan anggota-anggota media pada majlis penghargaan media Sukan SEA 2011 di Wisma OCM, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur semalam.


PERSEKUTUAN Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menyambut baik hasrat atlet pecut wanita, Siti Fatimah Mohamad (gambar kecil) untuk menyertai skuad trek berbasikal negara, namun dengan syarat mendapat pelepasan daripada Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM).

Timbalan Presiden PKBM, Datuk Naim Mohamad menjelaskan, setakat ini pihaknya bersedia membuka pintu kepada mana-mana atlet dari sukan lain untuk menceburi acara berbasikal jika mereka mempunyai kemampuan yang mengagumkan.

"Saya sebagai Pengerusi Pembangunan Acara Trek bersedia menimbang hasrat Siti Fatimah, namun dia perlu mendapat 'lampu hijau' daripada KOAM terlebih dahulu.

"Lagipun, kita juga perlu melihat prestasinya terlebih dahulu sama ada dia sesuai atau tidak dengan acara trek. Kita tidak mahu sebarang masalah lain timbul," kata- nya ketika ditemui di Majlis Penghargaan Media Sukan SEA 2011 di Wisma OCM, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur semalam.

Kelmarin, Siti Fatimah yang pernah mewakili negara dalam acara pecut 100 meter, membuat kejutan apabila menyatakan hasrat untuk beralih angin ke acara berbasikal berhubung kemelut yang melanda KOAM.

Jelas Naim, atlet berasal dari Johor itu perlu menjalani ujian dari segi sains sukan untuk melihat keadaan otot, paru-paru dan denyutan jantung kerana semua itu amat di titikberatkan dalam acara berbasikal.

"Selepas semua perkara tersebut dinilai, kita akan mengujinya untuk melihat acara apa yang sesuai disertainya dalam masa yang sama melihat rentak kayuhannya, setakat ini saya masih belum berjumpa dengannya lagi.

"Apa yang penting kita tidak mahu perkara ini bersangkut-paut dengan masalah yang dihadapinya bersama KOAM.

"PKBM sentiasa menerima sesiapa sahaja yang layak dengan tangan terbuka, asalkan seseorang atlet itu mendapat pelepasan daripada persatuan yang disertainya sekarang," katanya.

Tambahnya, jika Siti Fatimah mempunyai kelebihan dari segi aerobik, acara yang bakal disertai pelari itu ialah seperti pecut dan ujian masa, manakala kekuatan anaerobik membolehkannya menyertai acara jarak sederhana seperti scratch dan perlumbaan mata.

Sebelum ini, PKBM telah membenarkan atlet triatlon negara, Kimberley Yap untuk menyertai acara berbasikal, jadi tidak mustahil Siti Fatimah akan mengambil bahagian bergandingan bersama pelumba berbasikal trek negara, Fatehah Mustapa.

"Saya juga ingin menegaskan, kedatangan Siti Fatimah nanti bakal memperkuatkan lagi skuad trek negara, terutamanya dalam acara berpasukan, manakala dua lagi pelumba muda, Ju Pha Som Net dan Lauretta Eva Andrian bakal menjadi pelapis kepada kedua-dua pelumba senior tersebut," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen