Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Tiada rayuan'

Posted: 24 Dec 2011 06:49 AM PST

Sukan

Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah

Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah

FAM mungkin timbang percepat tarikh pendaftaran kedua

JADIKAN ini satu pengajaran berguna.

Itu kata Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berhubung permohonan rayuan beberapa kelab dan persatuan negeri yang berdepan kemelut pemain import gagal melepasi syarat beraksi dalam Liga Malaysia (Liga-M) 2012. Menurutnya, FAM tidak akan mendengar rayuan mana-mana kelab dan persatuan yang gagal melepasi syarat untuk pemain import, sebaliknya menasihati mereka supaya menunggu sehingga jendela pendaftaran kedua dibuka April depan.

"Saya harap ini akan menjadi pengajaran.

Kita kini berada dalam era profesional dan (persatuan) kena tahu jadual bila nak ambil pemain import untuk tentukan (pemain) benar-benar dapat kelulusan FAM," katanya di Kuantan, semalam.

"Namun kita (FAM) mungkin boleh mengkaji semula sama ada tarikh pendaftaran kedua yang ditetapkan pada April boleh dipercepatkan atau sebaliknya, namun ia masih perlu mendapat persetujuan semua pihak," jelasnya.
Jawatankuasa Pemeriksaan, Pemantauan dan Ketelusan FAM baru-baru ini tidak meluluskan pendaftaran sembilan pemain import daripada beberapa pasukan negeri dan kelab kerana tidak menepati syarat asas yang ditetapkan untuk beraksi dalam Liga-M selepas tarikh pendaftaran senarai pemain ditutup 8 Disember lalu.

Pada masa sama, Tengku Abdullah juga meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi mengenai nasib penyerang Safee Sali berikutan pengharaman Liga Super Indonesia (ISL).

"Jangan cepat beranggapan sedemikian kerana kita masih menunggu cerita sebenar... kita juga nak dapat pengesahan daripada FIFA tetapi musim perayaan (Krismas) pejabat (FIFA) tutup," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

PBNS tetap buat rayuan: MB

Posted: 24 Dec 2011 05:54 AM PST

Sukan

'Jika pendaftaran dibatal, kami kena bayar gaji setahun... matilah kami'

SEKALIPUN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bertegas tidak memberi ruang rayuan berkaitan isu pemain import yang gagal melepasi syarat beraksi pada Liga Malaysia (Liga-M) 2012, Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) tetap akan membuat rayuan dan berharap diberi pertimbangan sewajarnya badan induk itu.

Menteri Besar yang juga Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, dia mengakui PBNS terperangkap dengan syarat pengambilan pemain import dari kelab terakhir Amerika Latin, Afrika dan Eropah, mestilah dari Divisyen 1 atau 2 manakala bagi Asia, mestilah Divisyen 1. "Kita (PBNS) amat teliti dalam mengambil pemain import kerana mahukan pemain yang berkualiti, sebab itulah kami menguji ramai pemain. Tetapi kami tersilap langkah dengan syarat ditetapkan itu apabila pemain import dari Brazil, Marquen Nuquen Goncalves, beraksi kali terakhir dalam Divisyen 3 walaupun dia berkualiti dan pernah beraksi dalam kelab Divisyen 1 di negaranya.

"Tambahan pula pengumuman Jawatankuasa Pemeriksaan, Pemantauan dan Ketulusan FAM dibuat dua hari lalu berbanding tarikh pendaftaran pemain pada 8 Disember sedangkan ketika itu, kami (PBNS) sudahpun menandatangani kontrak setahun dengan pemain terbabit dan membuat pembayaran yuran ejen sebanyak AS$35,000 (RM108,500).

"Jika membatalkan pendaftarannya (pemain), ia membabitkan banyak masalah termasuk kemungkinan terpaksa membayar gajinya setahun... matilah kami," katanya pada sidang media khas di Klana Resort Seremban, semalam.

Mohamad berkata, pihaknya akur dengan keputusan tidak membenarkan sebarang rayuan yang dibuat jawatankuasa berkenaan tetapi berharap FAM boleh bersikap bertimbang rasa dan memberi kelonggaran.
"Kami akan membuat rayuan secepat mungkin," katanya.

Perkembangan terbaru itu memberi tamparan hebat buat jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah dalam persiapan terakhir berdepan juara Liga Super, Kelantan menjelang perlawanan sumbangsih Piala Sultan Ahmad Shah di Kota Bharu, 7 Januari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen