Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


RTM penyiar rasmi

Posted:

RTM penyiar rasmi

RTM penyiar rasmi

RADIO Televisyen Malaysia (RTM) telah diberi hak sebagai penyiar rasmi Sukan Olimpik London 2012.

Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf semalam.

Beliau berkata, penyiaran sukan terbesar dunia itu menerusi rangkaian televisyen kerajaan untuk rakyat negara ini adalah tepat malah percuma kepada semua penonton.

"Penyiaran temasya sukan bertaraf dunia menerusi RTM memberi peluang kepada semua rakyat untuk menonton sukan berkenaan tanpa perlu melanggan mana-mana saluran sukan.

"Malah rangkaian televisyen kerajaan ini juga meliputi seluruh pelosok negara dan ia dapat membangkitkan semangat kesukanan dalam kalangan rakyat kerana sukan mampu menyatukan masyarakat," katanya pada sidang akhbar majlis mempromosi RTM selaku penyiar rasmi Sukan Olimpik 2012 di Kuala Lumpur semalam.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Norhayati Mohd. Ismail pula berkata, kesempatan menyiarkan acara sukan terbesar dunia itu akan digunakan sebaiknya oleh RTM untuk mempromosi penjenamaan semula saluran televisyen berkenaan.

Beliau yakin hak penyiaran Sukan Olimpik yang diberi kali ini dapat membantu menaikkan semula rating penonton RTM memandangkan saluran berkenaan merupakan penyalur maklumat utama di samping menyediakan kepelbagaian program hiburan yang seiring dengan peredaran zaman.

Sukan Olimpik London akan berlangsung pada 27 Julai hingga 12 Ogos tahun depan.

Full content generated by Get Full RSS.

'Jangan kurangkan geran kami'

Posted:

'Jangan kurangkan geran kami'

'Jangan kurangkan geran kami'


PRESTASI hambar skuad sepak takraw negara pada Sukan SEA 2011 baru-baru ini mengakibatkan geran tahunan untuk persatuan itu bakal dikurangkan.


PERSATUAN Sepak Takraw Malaysia (PSM) menggesa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) supaya menimbang semula keputusan untuk mengurangkan saluran kewangan (geran tahunan) kepada persatuan sukan itu ekoran daripada aksi hambar skuad sepak takraw pada Sukan SEA 2011 yang berlangsung di Palembang, Indonesia baru-baru ini.

Presidennya, Datuk Ahmad Ismail (gambar) berkata, PSM bergantung sepenuhnya kepada geran tahunan daripada KBS yang disalur menerusi Majlis Sukan Negara untuk menampung kos semua program tahunan dan kos operasi persatuan.

"Sekiranya KBS mengurangkan jumlah geran tahunan, kita juga terpaksa mengurangkan program tahunan yang sedia ada bagi tahun 2012 kerana PSM tidak mempunyai dana kewangan besar seperti persatuan sukan porpular lain," katanya semalam.

Beliau berharap Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengkaji semula perkara itu sebelum mengambil tindakan memandangkan sukan sepak takraw adalah antara sukan tradisi Melayu yang mempunyai bilangan peminat yang ramai dalam negara.

"Adalah tidak adil jika peminat sepak takraw dihukum kerana kesilapan PSM dan skuad negara," katanya.

Ahmad Ismail berkata adalah tidak adil juga sekiranya tugas memajukan sukan itu hanya diletakkan di bahu PSM semata- mata kerana ia bukan suatu tugas yang mudah.

"KBS dan MSN perlu bantu kami dalam perkara ini dan saya sedia menerima sebarang cadangan daripada semua pihak termasuk orang ramai dalam usaha membangunkan sukan sepak takraw negara," katanya.

Ahmad Shabery sebelum ini dilaporkan berkata, KBS akan bertindak memotong peruntukan tahunan PSM dan persatuan sukan lain yang gagal menyerlah pada Sukan SEA Indonesia baru-baru ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Naim sedia jadi 'orang tengah'

Posted:

Naim sedia jadi 'orang tengah'

Naim sedia jadi 'orang tengah'


NAIM menganggap jika kemelut KOAM-MSN berterusan, ia boleh menjejaskan pembangunan sukan olahraga negara.


KETUA Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Indonesia 2011, Datuk Naim Mohamad menyatakan kesediaan beliau untuk menjadi 'orang tengah' dalam menyelesaikan pertelagahan yang berlaku antara Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) dan Majlis Sukan Negara (MSN).

Sehubungan itu tegas beliau, satu penyelesaian segera perlu dicari bagi memastikan keadaan tersebut tidak akan merencatkan pembangunan sukan olahraga negara.

Menurutnya, kegagalan untuk menangani keadaan tersebut bukan sahaja akan menyebabkan terbantutnya pembangunan sukan olahraga, bahkan kegagalan sukan itu secara keseluruhannya.

"Nampaknya KOAM dan MSN masih tidak sehaluan. Sememangnya ada masalah yang timbul antara mereka. Tidak perlu kita sembunyikan masalah ini dan ia perlu diselesaikan dengan segera.

"Untuk itu, saya bersedia untuk menjadi pengantara dan untuk menyelesaikan kemelut ini. Tiada masalah daripada pihak saya."

Beliau berkata demikian ketika ditemu ramah dalam program Kerusi Panas terbitan Bernama Radio24 semalam.

Dalam perkembangan yang sama, Naim turut menegaskan, kedua-dua pihak yang bertelagah perlu diberi kata dua untuk menyelesaikan kemelut mereka.

Kegagalan untuk berbuat demikian, ujarnya, bermakna mereka boleh melupakan terus sukan olahraga selepas ini.

Jika KOAM tidak memerlukan MSN, jelas Naim, mereka boleh memaklumkan hasrat itu kepada MSN dan KOAM boleh melakukan semua urusan tersebut.

Jika KOAM memerlukan bantuan daripada MSN pula, mereka boleh duduk berbincang dengan Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada wakil-wakil MSN dan persatuan lain dan memutuskan perkara penting untuk pembangunan sukan.

"Kemelut ini harus diselesaikan antara mereka. Tidak ada gunanya jika mereka tidak mahu membuka hati dan memahami keadaan. Tidak perlu untuk saya mempertemukan mereka tetapi mereka perlu faham apa yang perlu dibuat.

"Untuk melangkah ke hadapan, buangkanlah yang keruh dan ambillah yang jernih. Sentiasa berfikiran positif dan lakukan hijrah pemikiran," tambahnya. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan