Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Arahan: ‘Sapu’ semua piala!

Posted: 31 Dec 2011 02:12 PM PST

Sukan

ANNUAR (kiri) bersama sebahagian pemain Kelantan memperaga jersi baru The Red Warriors pada majlis pelancaran di Kota Bharu, semalam.

ANNUAR (kiri) bersama sebahagian pemain Kelantan memperaga jersi baru The Red Warriors pada majlis pelancaran di Kota Bharu, semalam.

Kelantan harus jadi berani apabila ke persada antarabangsa: Annuar

SKUAD Kelantan memikul tugas berat tahun ini dalam misi memastikan setiap piala dipertandingkan musim 2012 dapat dibawa pulang, termasuk Piala AFC.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, menegaskan barisan The Red Warriors (TRW) itu harus mencipta sejarah dalam sukan bola sepak tanah air dengan membawa pulang semua piala berkenaan ke bumi Cik Siti Wan Kembang.

Katanya, semua itu bukan misi mustahil atau mimpi di siang hari kerana TRW sudah mempunyai Peter James Butler, seorang jurulatih yang mempunyai banyak pengalaman di peringkat antarabangsa selain pemain import yang berkaliber serta berkualiti tinggi. "KAFA sudah memberitahu kepada Butler bahawa beliau harus lebih cemerlang daripada apa yang dicipta TRW tahun ini, kalau sebelum ini menjadi naib juara Piala FA, jurulatih itu harus mencipta kejayaan dengan menjuarainya.

"Begitu juga dengan pemain terutama pemain import, harus bekerja keras mempertahankan piala yang pernah kita genggam, bukan sekadar berpuas hati dengan menjadi naib juara saja.

"Malah, Kelantan harus menjadi pasukan yang berani apabila memasuki persada antarabangsa iaitu dalam Piala AFC terutama menentang kelab rantau ini.
Pengurusan KAFA hanya boleh memberi rempah ratus, hendak masak bagaimana, terpulang kepada jurulatih dan pemain," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran jersi baru TRW, di sini, semalam.
Untuk musim baru ini, TRW akan memiliki empat jenis jersi baru iaitu dua bagi perlawanan di gelanggang sendiri dan dua pemain di tempat lawan, manakala bagi Piala AFC, akan memakai jersi lain pula.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

muhd arif

ape yg pasti buat yg terbaek.....

The rock

mcm MC ja...ckp memang mudah tapi yg bikin tu yang sukar...walaubagaimanapun jangan pandang rendah keupayaan pasukan lain..

bumi serambi mekah

semoga tahun 2012 tahun cemerlang untk pasukan kelantan...jadikan igaun 2011 sebagai titik tolak untuk cemerlang 2012.. Presiden KAFA mempunyi visi dan misi jauh...jagn cemburu pasukan lawan..biar lawan cemburu pasukan kita...ayoh gegarkan tahun 2012 dengan cemerlang

abu qasim

KALAU NAK MENANG KITA IKUT KOREA. HEBAT MAIN LAJU DAN KEMAS.


Full content generated by Get Full RSS.

‘2012 tahun gemilang Malaysia’

Posted: 31 Dec 2011 02:11 PM PST

Sukan

Zolkples, Kok Chi yakin penantian emas Olimpik berakhir di London

SELEPAS kempen 33 atlit negara di Sukan Olimpik 2008 berakhir dengan hanya satu pingat perak - yang menyaksikan impian Malaysia memenangi pingat emas pertama pada temasya terulung dunia itu terus berpanjangan sejak penyertaan pertama pada 1956 - adakah ketibaan 2012 hari ini bakal mengakhiri penantian panjang itu?

Sudah tentu ketibaan 2012 menjadi harapan semua pihak agar kemarau emas itu dapat diakhiri di London yang akan menjadi tuan rumah temasya terulung dunia dari 27 Julai hingga 12 Ogos nanti.

Harapan tinggi itu turut dikongsi dua tokoh penting sukan negara iaitu Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong dan Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi yang amat berharap 2012 akan menamatkan penantian panjang itu. "Walaupun pertaruhan utama kita untuk memenangi emas agak goyah sedikit dengan persembahan tidak menentu Lee Chong Wei di hujung 2011 serta prestasi serba tidak kena Koo Kien Keat-Tan Boon Heong sepanjang tahun lalu, tetapi saya yakin kita masih ada masa memperbaiki dan mengatasi segala kelemahan mereka.

"Kita harap mereka mampu bangkit segera kerana temasya itu masih berbaki tujuh bulan lagi sekali gus merealisasikan harapan jutaan rakyat Malaysia yang amat berharap kita mampu memenangi emas pertama pada 2012 selepas kecewa sebelum ini," kata Zolkples.

Zolkples berkata, sehubungan itu pihaknya akan memberi tumpuan sepenuhnya bagi memastikan semua atlit yang layak beraksi pada temasya terulung dunia itu membuat persiapan rapi bagi memastikan misi kali ini tidak lagi berakhir dengan kegagalan.

Kok Chi turut senada dan berharap 2012 akan dikenang sebagai tahun gemilang dalam sejarah sukan negara dengan kejayaan kontinjen negara memenangi emas pertama pada Sukan Olimpik.
"Saya harap kita bukan saja dapat mengakhiri penantian dengan memenangi emas sulung tetapi kontinjen negara dapat menambah pungutan pingat kerana harapan kita kali ini bukan saja disandarkan kepada badminton, tetapi beberapa acara berpotensi lain seperti terjun dan memanah.

"Pencapaian terbaik kita hanya memenangi dua pingat iaitu perak dan gangsa di Atlanta tetapi jika boleh kita mampu membawa pulang lebih daripada dua pingat kali ini mungkin tiga, empat atau lima pingat termasuk emas. Itu akan menjadikan pencapaian kita lebih gemilang," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan