Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


‘Cabaran 2012’

Posted: 01 Jan 2012 01:47 PM PST

Sukan

Skuad Kim Swee hadapi tugasan besar, paling penting Kelayakan B-22 AFC

JURULATIH skuad B-23 negara, Ong Kim Swee menganggap 2012 sebagai tahun yang lebih mencabar kerana skuad bimbingannya bakal mengharungi tiga lagi tugasan penting - Liga Singapura 2012, Kelayakan Olimpik 2012 dan Kelayakan Kejuaraan B-22 AFC 2013.

Tahun 2011 selesai diharungi Kim Swee, 42, dan anak-anak buahnya dengan kejayaan mempertahankan pingat emas di Sukan SEA XXVI Jakarta, muncul pasukan tunggal Asia Tenggara mara ke pusingan ketiga Kelayakan Olimpik 2012 serta menduduki tangga kelima Liga Super 2011.

"Tahun 2012 pasti lebih mencabar. Liga Singapura merupakan satu cabaran yang sengit apabila kita dibarisi majoriti pemain berusia 21 tahun ke bawah bakal berdepan lawan lebih senior. Sasaran lima teratas untuk mencabar para pemain. "Kita juga perlu menghabiskan baki tiga aksi Kelayakan Olimpik 2012 bertemu Bahrain (5 Februari), Jepun (22 Februari) dan Syria (14 Mac). Selepas tewas tiga aksi pertama tahun lalu, sudah tentu kita mahu perbaiki prestasi kali ini.

"Tapi tugasan paling penting ialah Kelayakan B-22 AFC (23 Jun hingga 8 Julai depan). Ini peluang terbaik untuk kita layak ke pusingan akhir pada Jun 2013. Jadi kita perlukan persiapan cukup rapi untuk kelayakan ini," kata Kim Swee ketika dihubungi, semalam.

Skuad Harimau Muda A bakal kembali memulakan kem latihan pusat di Padang MSN, Bukit Jalil, petang esok dengan pemain sayap Kelantan, Izuan Salahuddin, 21, disahkan sebagai pemain ke-29 didaftarkan Kim Swee untuk saingan Liga Singapura bermula 9 Februari depan.

"Kita baru dapat pelepasan daripada Kelantan, sebab itulah nama Izuan tiada dalam senarai 28 pemain diumum minggu lalu. Jadi Izuan adalah pemain ke-29 dan terakhir untuk skuad Liga Singapura," jelas Kim Swee yang turut menyenaraikan Ahmad Hazwan Bakri (Kuala Lumpur) dan Shahril Saari (Terengganu).
Dalam pada itu, Kim Swee hanya akan mengumpul pemain-pemain skuad Olimpik dari pasukan negeri/kelab selepas cuti Tahun Baru Cina (23 Januari) bagi persiapan menghadapi Arab Saudi, 31 Januari (persahabatan) dan Bahrain, 5 Februari (Kelayakan Olimpik).

Full content generated by Get Full RSS.

Bintang MU diarah bangkit, Chelsea angkat bendera putih

Posted: 01 Jan 2012 01:45 PM PST

Sukan

MANCHESTER: Alex Ferguson mahukan bintang Manchester United bingkas bangkit daripada kekalahan 3-2 kepada Blackburn, tatkala pengurus Chelsea Andre Villas-Boas pula mengakui prestasi buruk pada Disember hampir menutup peluang pasukannya memenangi Liga Perdana.

Dua gol penyerang Nigeria Ayegbeni Yakubu mengejutkan United tetapi disamakan dengan dua gol jaringan Dimitar Berbatov. Namun prestasi hambar membolehkan pertahanan Rovers Grant Hanley menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-80.

"Ia amat mengecewakan, kami bagai tidak mempercayainya. Kita tak jangka keputusan seperti itu. "Kita perlu bangkit sekarang, pada detik penting musim ini. Kita akan berkunjung ke Newcastle Rabu ini dan mahu memastikan pulang dengan kemenangan," kata Ferguson.

Sementara itu di sebalik prestasi buruk Chelsea termasuk tewas kepada 3-1 kepada Aston Villa kelmarin, pengurus Villas-Boas yakin kedudukannya sebagai pengurus pasukan tidak terancam.

Villas-Boas berkata dia kecewa Chelsea gagal mengutip banyak mata pada Disember ketika beberapa pasukan yang mengejar kejuaraan liga turut tercicir mata.

"Daripada apa yang berlaku, Arsenal cemerlang pada Disember, begitu juga Liverpool. Pasukan-pasukan lain tercicir mata tapi kita tak mengambil kesempatan daripadanya. Sukar bagi kita untuk berada dalam perspektif bagi menjuarai liga musim ini," katanya. Chelsea akan bertemu Wolves hari ini. - AFP

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

budak baru belajar

Tak perlulah nak kutuk2 pasukan yg anda tak sokong, buat tambah dosa jer!

budak baru belajar

Menang kalah tu adat bertanding, yang penting semangat kesukanan. Teruskan perjuangan. Glory Man United!

mencentes

baru sedar ke tentang kekalahan.....merah la muka alex funguson....


Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan