Harian Metro: Arena |
Posted: 01 Jan 2012 09:35 AM PST BEKAS kapten skuad bawah 17 tahun negara, Muhd Ariff Zulkifly berpeluang untuk mengejar cita-citanya menjadi pemain profesional bersama kelab di luar negara apabila ditawarkan menjalani ujian dengan Akademi Bola Sepak Ole di New Zealand. Ariff, 18, yang mengetuai skuad Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) menjuarai Piala Presiden pada 2010 menerima tawaran itu pada 16 Disember lalu selepas pencari bakat akademi itu tertarik dengan kebolehan yang dimilikinya.
"Saya amat berharap untuk menjalani ujian di akademi itu kerana jika berjaya saya akan ditawarkan kontrak dengan kelab seperti di New Zealand, Australia dan Amerika Syarikat.
"Abang saya (Effendy) banyak membantu menguruskan hal ini, saya fikir Selangor tidak ada masalah untuk melepaskan saya sementara ke New Zealand," katanya.
Dan dia tidak kisah jika ada pihak memperlekehkan usahanya itu kerana hanya menjalani ujian di akademi di New Zealand dan bukannya kelab-kelab ternama di Liga Perdana Inggeris.
Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 01 Jan 2012 09:33 AM PST SEKALIPUN Kelantan tampil dengan reputasi besar selaku pasukan yang diperkuatkan dengan tiga pemain import, ia tidak meletakkan Negeri Sembilan dalam situasi bimbang menjelang pertembungan aksi pembuka tirai saingan Liga Malaysia (Liga M) 2012, merebut Piala Sumbangsih, di Kota Bharu, 7 Januari ini. Sebaliknya juara Piala Malaysia musim lalu itu bukan saja bersedia untuk berdepan segala rintangan, malah sudah menanam tekad untuk memberikan persembahan terbaik dalam misi mereka melakar kemenangan walaupun beraksi di gelanggang lawan. Ketua jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah, mengakui skuad The Red Warriors memiliki reputasi besar dari segi persiapan mereka menghadapi musim baru ini, dengan membariskan tiga pemain import, berbanding Negeri Sembilan yang menyandarkan harapan kepada sebahagiannya pemain muda.
"Saya akui Kelantan lebih berwibawa berbanding musim lalu, namun itu bukan bermakna Negeri Sembilan akan memberi laluan mudah.
Pengendali berpengalaman itu yang sudah mengenal pasti pemain terbaik untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama, mengakui anak buahnya akan turun sebagai pasukan 'underdog' tetapi sudah mengingatkan setiap pemain supaya lebih berhat-hati untuk memastikan setiap perancangan membuahkan hasil.
"Dengan persiapan yang sudah memasuki fasa akhir, semua pemain sudah sedia untuk menggalas cabaran dan saya yakin mereka bakal memulakan saingan itu dengan persembahan cemerlang," katanya yang memaklumkan Negeri Sembilan akan melengkapkan siri perlawanan persahabatan menentang Harimau Muda B, di Paroi, malam esok. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan