Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Kijang garang

Posted: 20 Jan 2012 09:41 AM PST

Sukan

PENJAGA gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat menyelamatkan bola dari pemain Kedah pada aksi tunggal Liga Super, malam tadi.

PENJAGA gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat menyelamatkan bola dari pemain Kedah pada aksi tunggal Liga Super, malam tadi.

Kelantan ledak 3 gol di Alor Setar rampas tahta Liga Super

JUARA bertahan, Kelantan merampas tangga teratas Liga Super buat julung kali daripada T-Team untuk tempoh sekurang-kurangnya 24 jam selepas berjaya menewaskan Kedah 3-0 di Stadium Darulaman, malam tadi.

Jaringan Muhamad Ghaddar, Norshahrul Idlan Talaha dan Dennis Antwi sudah cukup untuk membolehkan Kelantan kini mengumpul 10 mata selepas empat perlawanan, tiga mata mengatasi T-Team yang hanya akan turun bertemu pasukan abang, Terengganu, malam ini. Bagi Kedah, kekalahan perit ini bukan saja melihat mereka gagal mencapai sebarang kemenangan selepas empat perlawanan, malah belum menjaringkan sebarang gol selepas 360 minit perlawanan.

Kelantan yang mensia-siakan beberapa peluang pada awal babak permainan berjaya mendahului pada minit ke-35 apabila Ghaddar berjaya menyempurnakan sepakan penalti menewaskan Helmi Eliza Elias selepas pemain pertahanan Kedah, Fauzie Nan menjatuhkan Norshahrul.

Sisa perjuangan Kedah akhirnya lebur pada minit ke-78 apabila Norshahrul yang tidak dikawal merembat masuk gol kedua Kelantan selepas menerima hantaran Antwi.

Pada masa kecederaan, kesilapan 'bodoh' Helmi Eliza yang cuba menggelecek Antwi dihukum pemain import dari Ghana itu yang mudah menolak bola ke gawang terbuka untuk gol ketiga Kelantan.

Full content generated by Get Full RSS.

SPRM soal siasat hari ini

Posted: 20 Jan 2012 09:40 AM PST

Sukan

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil sembilan pemain bola sepak Liga Perdana Perlis, hari ini berhubung siasatan dakwaan rasuah pada perlawanan Liga Perdana membabitkan pasukan itu menentang pasukan MP Muar pada 9 Januari lalu.

Pengarah SPRM Perlis, Alias Darus, berkata semua pemain berkenaan akan dipanggil untuk disoal siasat berhubung laporan mengatur perlawanan itu seperti didakwa Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim bahawa sembilan pemain pasukan berkenaan disyaki terbabit dengan rasuah.

Katanya, SPRM menunggu masa sesuai berikutan semua pemain itu kini sedang menghadapi jadual perlawanan liga yang ketat termasuk perlawanan menentang pasukan Pahang, malam tadi. "Jika terbukti benar SPRM akan mengambil tindakan.

Tiada siapa yang akan terlepas daripada kesalahan ini," katanya di Kangar, semalam.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan