Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Misi balas dendam

Posted: 20 Jan 2012 02:29 PM PST

LONDON: Tottenham dan Arsenal berhajat untuk menebus kekalahan besar di awal musim apabila kedua-dua kelab London utara itu berdepan dua pasukan pendahulu Liga Perdana dari Manchester, esok.

Spurs akan berkunjung ke Eastlands bagi pertembungan dengan peneraju liga, Manchester City selepas empat bulan lalu skuad kendalian Roberto Mancini itu membelasah Tottenham 5-1 di White Hart Lane.


Sedikit meredakan kekecewaan penyokong Spurs itu pada Ogos lalu apabila Arsenal mencatat keputusan lebih memalukan selepas tewas 2-8 di tangan Manchester United di Old Trafford pada hari sama.

Sejak dua kekalahan buruk itu, Spurs kembali bangkit dengan prestasi lebih baik apabila mencatat 14 kemenangan dalam 19 perlawanan, empat seri dan dua kali tewas untuk berada di tangga ketiga liga.


Meskipun anak buah Harry Redknapp mensia-siakan peluang untuk menyamakan mata dengan City minggu lalu apabila mereka seri 1-1 dengan Wolves, pemain tengah Luka Modric tetap percaya Tottenham masih boleh merapatkan jurang dengan pendahulu liga itu esok.


City memiliki rekod bersih di laman sendiri dalam saingan liga musim ini namun Spurs mencatat kemenangan bergaya di Eastlands dua tahun lalu untuk meraih tempat dalam Liga Juara-Juara.

"Dua musim lalu kami beraksi dalam perlawanan cukup penting dan sama juga seperti kali ini. Saya harap kami akan beraksi dengan baik dan mungkin boleh meraih kemenangan. Kami akan pergi ke sana dengan misi memburu kemenangan," kata Modric.


"Kami cuba untuk menang tidak kira siapa lawan kami. Saya fikir kami berada pada prestasi terbaik dan boleh mencatat kemenangan ke atas mereka." Sementara itu, City pula kembali di landasan kemenangan selepas bangkit daripada kekalahan dalam saingan Piala FA dan Piala Liga kepada Manchester United dan Liverpool dengan menewaskan pasukan di tangga bawahan, Wigan.

Arsenal pula pasti akan lebih bersemangat dengan memori pedih kekalahan kepada United apabila mereka menentang skuad kendalian Alex Ferguson di Emirates.


Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mencabar Gunners supaya kembali bangkit berikutan kekalahan berturut-turut di gelanggang lawan menentang Fulham dan Swansea yang menyaksikan peluang mereka merebut kedudukan empat pasukan terbaik terjejas.


"Ia peluang untuk kami memperbaiki kedudukan selepas kami melepaskan enam mata dalam dua perlawanan terakhir," kata Wenger. - AFP



Full content generated by Get Full RSS.

Irfan enggan ambil risiko

Posted: 20 Jan 2012 08:34 AM PST

PENGENDALI Selangor, Irfan Bakti Abu Salim enggan mengambil risiko menurunkan beberapa lagi penyerang muda yang dimiliki Merah Kuning untuk menguatkan jentera serangan apabila menentang Sarawak di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.

Malah ketua jurulatih berusia 60 tahun itu menegaskan kapten pasukan, Mohd Amri Yahyah terus menjadi taruhan bagi merobek gawang pelawat di samping kekuatan barisan tengahnya.


"Ini bukannya masanya untuk saya mencuba kemampuan mereka. Saya tidak boleh mengambil risiko dan mungkin aksi Piala FA adalah peluang kepada mereka untuk diturunkan," katanya.

Fokus utama bagi dirinya adalah dengan membawa Selangor kembali berada dalam landasan untuk mencatatkan kemenangan selepas dikejutkan dengan kekalahan kepada Felda United pada Selasa lalu.


"Selepas menjalani sesi latihan, saya mendapati pemain sudah memasang tekad untuk bangkit bagi meraih tiga mata buat kali kedua di laman sendiri dan sudah pun melupakan kekalahan itu," katanya.


Beliau bagaimanapun tetap mengingatkan anak-anak buahnya agar tidak memandang mudah keupayaan skuad kendalian Roberts Alberts yang pastinya mahu bangkit selepas dua kekalahan berturut-turut. "Kalau boleh kami mahu terus pastikan mereka kecundang namun perlu berhati-hati dengan kehadiran pemain import lawan, Guy Bwele yang saya lihat menjadi perancang dan menguasai bahagian tengah. Pemain tengah kami perlu berwaspada untuk mengawasinya dengan ketat," katanya.



Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan