Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


FAM pantau gaji pemain

Posted: 04 Feb 2012 04:12 PM PST

Sukan

Pasukan gagal lunas tunggakan selepas dua amaran berdepan hukuman gantung

SEMUA transaksi pembayaran gaji pemain akan dipantau Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Langkah itu diiringi amaran keras kepada semua pasukan supaya tidak memandang ringan perkara berkaitan pembayaran gaji demi mengelak masalah yang berlaku dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) hampir saban tahun sebelum ini. "FAM akan wujudkan satu badan bebas yang akan memantau transaksi pembayaran gaji di setiap pasukan yang bertanding dan turut mendapat kerjasama pihak polis dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).

"Kita perlu ambil kira kemahuan penyokong yang mahu melihat aksi terbaik dipamerkan pemain. Oleh itu, kami bersedia menggantung mana-mana pasukan daripada menyertai pertandingan bola sepak di negara ini. Tindakan ini berkuat kuasa serta merta hari ini (semalam)," kata Naib Presiden, Datuk Hamidin Mohd Amin, selepas mesyuarat Exco kali keempat yang dipengerusikan Timbalan Presiden, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Kuala Lumpur, semalam.

Amaran ini bukan kerana mahu menghukum dan membebankan pasukan bertanding, sebaliknya ia perlu dilihat daripada sudut lebih positif termasuk untuk mengelak pemain terbabit dengan kegiatan rasuah dan mengatur keputusan perlawanan.

Hamidin berkata, masalah kelewatan bayaran gaji turut menjadi antara punca yang mendorong pemain untuk terbabit dengan rasuah dan menerima ganjaran daripada bookie.
Begitupun katanya, FAM hanya akan menggantung pasukan daripada menyertai pertandingan selepas surat amaran kedua tidak diendahkan.

"Kami mahu pemain menerima gaji setimpal seperti yang dipersetujui antara dua pihak (pemain dan pasukan). Sekiranya pasukan gagal menjelaskan bayaran pada bulan pertama, kami akan mengeluarkan surat amaran pertama.

"Surat amaran terakhir akan dikeluarkan jika masalah itu berulang di bulan kedua dan sekiranya ia masih berlaku, FAM akan menghalang mereka daripada bertanding sehingga mereka melunaskan semua tunggakan gaji pemain," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Mabaloh Im.Tokoh

Dlm gejala ini..pemberi dan penerima patut dihapuskan

Busu

Jangan bayar gaji pemain tangguh2...

Karly

Usaha yg wajar dipuji untuk elak gejala rasuah tetapi walaupun setiap gaji dan akaun keluar masuk dikawal sepenuhnya, rasuah tetap berlaku, mungkin dengan transfer wang tersebut ke akaun org lain. Sekadar pendapat.

M Ridzman

Mungkin ada di antara pemain yg dpt gaji rendah, tidak setimpal dengan kerja beliau.


Full content generated by Get Full RSS.

'Bukan niat balas dendam'

Posted: 04 Feb 2012 02:35 PM PST

Sukan

Kim Swee mahu anak didik bangkit pada perlawanan di Manama

"INI bukan misi balas dendam." Itu pegangan jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee menjelang pertemuan dengan Bahrain buat kali kedua dalam kempen Kelayakan Olimpik Zon Asia di Manama hari ini, selepas Harimau Muda tewas 3-2 pada pertemuan pertama di Kuala Lumpur, 27 November lalu.

"Saya tidak percaya dengan istilah balas dendam kerana ia sebahagian daripada sifat kebencian dan jika diamalkan, kita akan merana," kata Kim Swee ketika dihubungi semalam. "Kita lihat apa yang terjadi kepada Indonesia, kerana terlalu ingin membalas dendam kepada pasukan negara, akhirnya mereka menerima padah. "Jadi pendekatan saya pada perlawanan kedua ini ialah membuktikan yang kita sudah belajar daripada kesilapan sebelumnya dan esok (hari ini) pemain perlu membuktikan apa yang mereka pelajari daripada kekalahan di Bukit Jalil."

Dalam perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, Malaysia yang mendahului 2-0 menerusi Nazmi Faiz Mansor dan Mahali Jasuli, terlepas peluang mengutip tiga mata pertama dalam saingan Kumpulan C apabila dibolosi tiga kali dalam tempoh 10 minit sebelum tewas 2-3.

Sebelum itu, anak buah Kim Swee yang turut memikul misi mempertahankan emas Sukan SEA di Jakarta, tewas kepada Jepun (0-2) dan Syria (0-2).

Kemenangan ke atas Bahrain hari ini akan menghidupkan kembali peluang negara merebut tangga kedua kumpulan dan beraksi pada play-off di Vietnam.
"Bahrain sudah tentu ada kelebihan di tempat sendiri, tetapi sokongan padu penyokong lawan bukan masalah buat pemain kita," kata Kim Swee mengenai peluang anak buahnya di Manama. "Malah kali ini kami lebih bersedia kerana beberapa tonggak sudah pulih dan tempoh persediaan yang panjang sebelum perlawanan.

"Bagaimanapun pemain yang sudah lama tidak beraksi belum mendapat tahap kecergasan maksimum, jadi mungkin saya tidak dapat turunkan dalam kesebelasan utama.

"Tetapi kehadiran mereka sudah tentu memberi saya lebih pilihan di bangku simpanan, berbeza dengan situasi di Bukit Jalil di mana selepas Nazmi tercedera, saya tidak mempunyai banyak pilihan untuk memasukkan penggantinya."

Peluang beraksi di Manama akan digunakan sepenuhnya Kim Swee untuk meningkatkan kecergasan pemain yang baru pulih daripada kecederaan seperti Gary Steven Robbat, Irfan Fazail, Wan Zaharulnizam Zakaria dan Ahmad Hazwan Bakri, sekali gus meningkatkan kekuatan skuadnya menjelang pertemuan dengan Jepun, 22 Februari nanti.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan