Utusan Online - Sukan |
Posted: Jati diri terlalu rapuhOleh Zulhisham Isahak
MUAR - Punca sebanyak 18 pemain dan seorang jurulatih terlibat rasuah dalam Liga Malaysia musim lalu bukan kerana menerima gaji rendah tetapi jati diri mereka yang rapuh. Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata, kekuatan dalaman dan mempertahankan maruah masih rendah dalam kalangan mereka yang terlibat. "Kalau kita bencikan rasuah, apa pun alasan kita tidak akan terjerumus. Ini soal yang sangat serius dan boleh jejaskan pembangunan bola sepak di negara kita. "Ini sangat mengecewakan dalam keadaan kita berusaha tingkatkan prestasi bola sepak dan mengajak penonton ke stadium. Ini juga akan jejaskan kepercayaan penonton dalam menonton satu-satu perlawanan," katanya ketika diminta mengulas tindakan tegas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang akan menggantung 18 pemain antara dua hingga lima tahun dan penggantungan seorang jurulatih seumur hidup sekiranya didapati bersalah terbabit dengan rasuah. Pemain tersebut masing-masing enam pemain pasukan Negeri Sembilan dan seorang jurulatih, pasukan T-Team dan Majlis Perbandaran Muar. Razali ditemui pemberita selepas menghadiri sambutan Maulidur Rasul Peringkat negeri 1433 Hijrah di Masjid Sultan Ibrahim, di sini semalam. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bola Sepak Negara berkata, kajian perlu dilakukan bagi mengetahui punca sebenar masalah rasuah dalam sukan tersebut. Beliau berkata, sebarang bentuk hukuman adalah hak FAM dan ia bergantung kepada jenis kesalahan. "Kita akan dapatkan laporan FAM. Sebelum hukuman dijatuhkan beberapa pertimbangan perlu diambil kira termasuk gantung keseluruhan permainan," katanya. | ||
Harun mahu dedah lebih banyak bukti Posted: Harun mahu dedah lebih banyak buktiOleh ZAZALI JAMIAN KUALA LUMPUR - Untuk membersihkan namanya, bekas ketua jurulatih olahraga kebangsaan, Harun Rasheed sedia mendedahkan lebih banyak bukti jika dipanggil untuk memberi keterangan kepada Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Seri Shahidan Kassim. Kata Harun, buat masa ini Presiden KOM masih belum memanggilnya untuk menjelaskan perkara sebenar terhadap dakwaan penglibatan pegawai kanan KOM yang menjadi dalang insiden atlet lari daripada menjalani ujian doping, Mei lalu. Tambah Harun, semua bukti terhadap dakwaannya itu ada padanya dan beliau sedia untuk membongkar segala-galanya sekiranya disoal lebih terperinci oleh Shahidan. "Saya tidak mahu beritahu apa bentuk bukti yang saya ada itu tetapi semuanya ada dan saya sedia untuk menghadapinya dengan bukti-bukti yang ada ini. "Isu lain juga mungkin akan saya beri tahu tetapi itu bergantung kepada apa yang ditanya nanti. Sebagai orang Islam saya tak mahu burukkan orang lain tapi saya terpaksa untuk membersihkan nama saya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam. Khamis lalu, Harun bakal berdepan hukuman penggantungan daripada memegang sebarang jawatan dalam badan induk itu selama setahun selepas disabitkan dengan dakwaan terlibat dalam kes enam atlet olahraga lari daripada ujian doping pada Mei tahun lalu. Bagaimanapun, Harun juga menganggap hukuman tersebut tidak wajar dikenakan kepadanya kerana dia hanya mengikut arahan daripada pegawai kanan KOM tersebut. "Sekarang bukan masa untuk mendedahkan bukti-bukti yang saya ada. Perkara ini telah tersebar melalui media dan saya tidak mahu saya terus dipersalahkan. "Malah, saya juga yakin selepas sampel B atlet olahraga yang terlibat dalam kes doping di Sukan SEA 2011 diketahui lebih banyak perkara akan terbongkar," tegas Harun. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan