Kosmo Online - Sukan |
Posted: Wanita negara juga tangkasMESKIPUN diundi bersama-sama China dan India dalam Kumpulan W menjelang kempen kelayakan Kejohanan Badminton Piala Uber di Macau bermula Isnin ini, peluang buat skuad wanita negara melangkah ke peringkat suku akhir tetap ada. Malah, tidak mustahil skuad negara mampu mencipta kejutan menempah slot ke pusingan akhir kejohanan berprestij itu di Wuhan, China pada Mei depan. Berdepan dengan China, memang suatu yang mustahil buat skuad negara untuk mencatatkan kemenangan namun ketika turun menentang India, peluang untuk kedua-dua pasukan adalah terbuka. Ketua jurulatih beregu wanita, Rexy Mainaky mengakui sendiri perkara tersebut. Malah, beliau menjelaskan bahawa fokus utama skuad wanita negara ketika ini adalah untuk melepasi halangan daripada India terlebih dahulu. "Memang sukar untuk menewaskan China berdasarkan barisan pemain yang dipilih kali ini. Namun, dengan India peluangnya adalah 50-50. "Yang paling penting adalah dalam acara perseorangan. Sekurang-kurangnya kita perlu mengutip satu mata menerusi acara perseorangan. "Untuk perseorangan pertama memang sukar buat Tee Jing Yi untuk menewaskan Saina Nehwal (perseorangan pertama India). Namun, saya percaya jika perseorangan kedua, Lydia Cheah mampu beraksi dengan baik, dia boleh menewaskan lawannya. "Dalam acara beregu, jika Wong Pei Tty-Chin Eei Hui berada pada tahap prestasi terbaik mereka ketika itu, saya yakin mereka boleh menang dan sama juga dengan beregu kedua (Vivian Khoo-Woon Khe Wei)," kata Rexy. Sekiranya skuad wanita negara berjaya menamatkan saingan peringkat Kumpulan W selaku naib juara mereka dijangka berdepan Thailand yang diramal mudah untuk muncul juara Kumpulan Y. Rexy yang diminta mengulas lanjut mengenai perkara tersebut mengakui peluang untuk menang adalah sukar. Katanya, Thailand memiliki barisan pemain perseorangan wanita yang cukup kuat dan sukar untuk ditandingi pemain Malaysia. "Dalam acara beregu, saya yakin kita boleh mengutip dua mata apabila berdepan Thailand namun sukar untuk meraih mata menerusi acara perseorangan. "Apa-apa pun, saya harap pemain akan memberikan aksi terbaik mereka untuk memberikan kemenangan buat skuad negara," jelas Rexy. Andai menang ke atas Thailand, skuad wanita Malaysia akan mara ke peringkat separuh akhir dan secara automatik melangkah ke pusingan akhir di bumi China. Full content generated by Get Full RSS. |
Radzi mencari resipi kemenangan Posted: Radzi mencari resipi kemenanganOleh AHMAD SYAHIR KASSIM RADZI (kanan) kembali melatih skuad Kedah selepas selesai menjalani hukuman penggantungan empat perlawanan. PENGGENDALI 'baharu' Kedah, Radzi Mat Din yang selesai menjalani hukuman 'penggantungan' selama empat perlawanan mempunyai resipi tersendiri bagi mengadun kemenangan skuad Kenari pada pertemuan menentang Kuala Lumpur di Stadium Hang Jebat, Melaka Rabu ini. Penolong jurulatih Hijau Kuning itu yang menggalas tugas Ketua Jurulatih, Wan Jamak Wan Hassan yang masih menjalani penggantungan tujuh perlawanan mahu semua pemain berubah sikap. Menurut Radzi, sikap yang dimaksudkan ialah perlu serius, komited dan bersungguh-sungguh dalam permainan. Katanya, pemain perlu memberi sepenuhnya konsentrasi dalam permainan tanpa dicampur aduk dengan masalah luar yang boleh mengganggu tumpuan mereka. "Saya tidak bermaksud pemain bersikap sambil lewa dalam permainan tetapi mereka perlu all out. Pemain tidak boleh sekadar bercakap 'aku ingin berubah' tetapi dalam permainan mereka tidak buktikan. "Persembahan hambar yang dipamerkan pemain Kedah dalam lima perlawanan lalu dapat disimpulkan berpunca daripada kegagalan mereka menjaringkan gol. Kegagalan itu memberi tekanan kepada pemain,'' katanya. Tambahnya, sekiranya pemain dapat menyelesaikan kebuntuan jaringan dan berjaya meraih kemenangan, beliau percaya mereka mampu memperoleh semula rentak permainan mereka yang sebenar. "Segalanya terletak di tangan pemain. Pemain perlu buktikan mereka mampu. Jika ada masalah peribadi ia boleh diselesaikan dan begitu juga masalah menjaringkan gol, ia boleh diatasi dengan syarat mereka tidak berputus asa dan terus fokus kepada permainan," katanya. Menurut Radzi, pertemuan dengan skuad ibu kota itu sangat penting kerana ia ibarat perjalanan menuju ke final yang menuntut pasukan meraih kemenangan. Katanya, perlawanan itu akan menjadi titik permulaan buat Kedah kerana kemenangan mampu mengubah nasib skuad Hijau Kuning dalam saingan Liga Malaysia musim ini. "Ini adalah misi besar kerana ia mampu mengubah suasana bola sepak di Kedah," katanya. Tambahnya, bagi merealisasikan impian meraih kemenangan itu, beberapa perubahan taktikal dan pemain akan dilakukan bagi memastikan pasukan benar-benar mantap. "Sekiranya berkesempatan, salah seorang daripada tiga pemain import yang sedang diuji Kedah ketika ini mungkin dapat diturunkan. "Namun ia bergantung kepada beberapa faktor termasuk kesediaan pengurusan untuk memilih mereka, pemeriksaan kesihatan dan proses pendaftaran," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
T-Team uji tenaga import baharu Posted: T-Team uji tenaga import baharuOleh MUSTAPA LAKAWA YUNUS (kiri) memberi taklimat kepada tiga pemain import yang diuji kelab T-Team di Kuala Terengganu semalam. PASUKAN berstatus kelab, T-Team kini sedang menguji empat pemain import termasuk seorang bekas pemain kelab Nantes dan Metz dalam Liga 2 Perancis dalam misi menggantikan posisi yang ditinggalkan Zacharia Simukonda. Jurulatih T-Team, Yunus Alif berkata, tiga daripada pemain itu iaitu Jamie Pheonix dari England, Umaru Mustapha Suna (Siera Leone) dan Goran Kuljilas (Bosnia) telah tiba ke negeri ini sejak tiga hari lalu dan telah turun dalam dua siri pemilihan. Katanya, Tenema Ndiaye pula yang berasal dari Mali dan merupakan bekas pemain Nantes dan Mets baru tiba kelmarin dan membuat penampilan pertama pada sesi latihan petang semalam. "T-Team memang memerlukan seorang pemain penyerang bagi menggantikan tempat Sumikonda yang secara rasmi telah menamatkan kontrak dengan pasukan atas faktor kecederaan. "Jadi, kita telah menguji empat pemain setakat ini dan andai pihak pengurusan berpuas hati maka kita akan daftarkan salah seorang daripada mereka sebelum tarikh turut pendaftaran pada 13 Februari ini," kata Yunus kepada Kosmo! semalam. Mengenai barisan pemain import yang diuji, Yunus mengakui salah seorang daripada mereka iaitu Pheonix mempunyai pengalaman beraksi dalam Liga Malaysia apabila pernah menyarung jersi Sabah pada 2007. "Buat masa ini, saya masih belum melihat pemain mana yang layak untuk beraksi bersama kami kerana masing-masing belum menunjukkan kemampuan sebenarnya ekoran kepenatan. "Kami akan beri masa kepada mereka dalam dua atau tiga lagi siri latihan dan perlawanan sebelum memutuskan pemain mana yang akan bermain bersama T-Team," jelasnya. Bagaimanapun, Yunus mengakui Ndiaye yang kini berusia 30 tahun mempunyai rekod pencapaian yang lebih baik berbanding tiga lagi pemain yang lain. Selain pernah bermain untuk kelab Nantes dan Metz di Perancis, Ndiaye juga merupakan bekas pemain yang menganggotai skuad remaja Mali yang muncul tempat ketiga pada Kejohanan Piala Dunia Remaja tahun 1999. "Kalau semua berjalan lancar, kita mungkin akan daftarkan nama seorang daripada empat pemain ini dalam tempoh tiga atau empat hari lagi dan kemungkinan pemain itu boleh beraksi pada perlawanan menentang Negeri Sembilan Rabu depan," jelasnya. Mengenai nasib Simukonda, beliau memberitahu pemain itu telah bertemu pihak pengurusan dan telah berbincang mengenai kontraknya. "Dia adalah pemain yang profesional dan dia tahu masalah yang dihadapinya mampu menjejaskan prestasi pasukan. Jadi, kita telah membuat keputusan 'menang-menang' dan menamatkan kontraknya," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan