Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Chelsea akui tersasar

Posted: 04 Feb 2012 04:58 AM PST

LONDON: Andre Villas-Boas mungkin menyatakan Chelsea kini tersasar daripada perburuan gelaran Liga Perdana Inggeris tapi rekod kehebatan mereka di laman sendiri sewaktu menentang Manchester United, bermakna, mereka masih berpeluang mengubah nasib dalam kejuaraan itu.

Kali terakhir skuad United bimbingan Sir Alex Ferguson menang perlawanan liga itu di Stamford Bridge adalah sepuluh tahun lalu dan persaingan antara kedua-dua kelab tidak pernah padam meskipun 12 mata memisahkan kedua-dua pasukan itu.


Perang sebenar United adalah mengekang jiran mereka, Manchester City daripada menguasai puncak liga manakala Chelsea mahu mengukuhkan kedudukan mereka di tangga keempat.

John Terry tidak dapat beraksi berikutan kecederaan lutut tetapi dengan keputusan Persatuan Bola Sepak Inggeris untuk menyingkirkan pemain itu daripada gelaran kapten yang membayangi persediaan Chelsea, Ferguson tetap sedar cabaran yang diberikan skuad Villas-Boas.


"Perlawanan di Stamford Bridge bukan sesuatu yang mudah. Kami tidak pernah menewaskan mereka sejak 2002, iaitu selama satu dekad," kata pengurus United itu.


"Dalam tempoh itu kebangkitan Chelsea cukup dirasai dan dalam tujuh tahun kebelakangan ini, kami menentang mereka dalam perebutan gelaran liga. Justeru anda boleh menjangkakan pertemuan sukar menentang mereka.

"Saya berharap prestasi kami sebaik ketika menentang Arsenal. "Malah prestasi kami cukup baik ketika menentang Liverpool dalam Piala FA, kami tewas kerana melakukan dua kesilapan besar.


"Kami tidak berhak menerimanya tetapi keputusan seperti itu boleh berlaku dalam perlawanan kelab," katanya.

Begitupun Villas-Boas memberi amaran bahawa kemenangan Chelsea boleh menjejaskan peluang United meraih gelaran, seperti kemenangan mereka ke atas City Disember lalu yang mendedahkan kepincangan skuad Roberto Mancini.


"Pendahulu pertengahan Disember, Manchester City sukar dicabar tapi mereka tumpas di tangan kami dan terus tewas dan kehilangan mata dalam perlawanan berikutnya," kata pengurus Chelsea yang menyedari tiga mata itu akan mengukuhkan posisinya sewaktu Jose Mourinho dikatakan akan kembali ke kelab itu.


"Manchester United pula menang tiga perlawanan dan tewas dua dalam lima perlawanan terakhir, ia sesuatu yang mengejutkan dan itulah situasi dalam liga ini yang kita tidak tahu." - AFP



Full content generated by Get Full RSS.

Torres terdesak balas budi penyokong

Posted: 04 Feb 2012 04:54 AM PST

LONDON: Fernando Torres kini terdesak untuk membalas budi penyokong Chelsea kerana terus memberi sokongan berdepan musim terburuk sepanjang kariernya.

"Sejak saya menyertai Chelsea, sokongan peminat begitu menakjubkan," kata Torres menjelang pertemuan dengan Manchester United.


"Penting bagi saya untuk mendapatkan sokongan penonton. Pada awal musim saya berdepan saat paling sukar sepanjang karier, saya menyertai perlawanan tetapi bukan sebagai kesebelasan utama dan tidak pernah berdepan situasi itu sebelum ini.

"Satu-satunya yang memberi saya harapan adalah sokongan peminat," kata Torres yang terus diberi peluang beraksi buat Chelsea dengan ketiadaan Didier Drogba yang mewakili Ivory Coast untuk perlawanan Piala Negara-Negara Afrika.


Penyerang yang menyumbang kemenangan Piala Dunia 2010 itu menyertai Chelsea dari Liverpool dengan rekod bayaran tertinggi di Britain 50 juta pound (RM230j) genap setahun lalu tapi menyertai 19 perlawanan tanpa sebarang gol buat kelab mahupun negaranya. - Reuters



Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan