Berita Harian: Sukan |
Posted: 08 Feb 2012 01:36 PM PST Sukan AHMAD Hazwan (kiri) terpaksa diketepi ketika Harimau Muda A berkunjung ke Stadium Jalan Besar, Singapura, malam ini. SKUAD Harimau Muda A menghadapi Gombak United pada aksi sulung Liga Singapura 2012 di Stadium Jalan Besar, Singapura, malam ini tanpa kelibat 'peledak baru' mereka, Ahmad Hazwan Bakri yang terpaksa diketepikan akibat kecederaan hamstring. Hazwan, 21, bekas penyerang Kuala Lumpur, musim lalu mengalami kecederaan itu ketika menjaringkan gol skuad Olimpik negara yang tewas 1-2 kepada Bahrain di Manama, Ahad lalu. Namun, jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee tidak mahu ia dianggap sebagai kepincangan besar memandangkan dia masih mempunyai Ferris Danial Mat Nasir dan A Thamil Arasu mengisi posisi penyerang. "Pasukan ini sudah biasa tanpa penyerang konsisten. Jadi selain Ferris dan Thamil, saya juga harap pemain tengah seperti Irfan Fazail, Nazmi Faiz Mansor dan Wan Zack Haikal mampu menjaringkan gol."Di posisi lain, tiada masalah dengan Fadhli Shas kembali bersama Amer Saidin di bek tengah. Affize Faisal Mamat dan Fandi Othman juga boleh beraksi di dua posisi mengikut keperluan," kata Kim Swee ketika ditemui di MSN, Bukit Jalil sebelum berlepas ke Singapura, pagi semalam. Ditanya mengenai kekuatan Gombak United, Kim Swee berkata, dia tetap memandang serius cabaran pasukan lawan itu yang bakal diperkuat dengan empat pemain import. "Bukan tugas mudah. Saya anggap semua 12 pasukan lain di Liga-S ini kuat kerana hanya kami tanpa pemain import. Cuma saya harap para pemain lupakan kekecewaan pada Kelayakan Olimpik dan mulakan musim baru dengan langkah kanan," jelasnya.
|
Perak rampas pendahulu Liga Super Posted: 08 Feb 2012 01:35 PM PST Sukan KEGAGALAN Kelantan dan Terengganu merakam kemenangan membantu Perak merampas kedudukan selaku pendahulu Liga Super buat julung kali apabila menumpaskan Sarawak 2-1 di Stadium Perak di Ipoh, malam tadi.Kemenangan itu membolehkan skuad Seladang bimbingan Norizan Bakar melonjak ke tangga teratas liga dengan 15 mata, satu mata mengatasi Kelantan yang sekadar seri 0-0 di Likas dan dua mata meninggalkan Terengganu yang gagal menggunakan kelebihan gelanggang sendiri apabila turut seri 1-1 dengan PKNS. Tuan rumah yang mendapat sokongan padu penyokong mula menunjukkan belang apabila mendahului seawal minit ketujuh menerusi jaringan Michael Kubala sebelum rakan sepasukan Fahrul Razi Kamaruddin mengukuhkan kedudukan pada minit ke-27. Namun, pelawat yang dibimbing Robert Alberts merapatkan jurang pada minit ke-33 apabila penyerang dari Croatia Vedran Muratovic menyempurnakan sepakan penalti selepas dia dijatuhkan Mohd Noor Hazrul Mustafa.Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu mensia-siakan peluang keemasan untuk merampas persada liga apabila terikat 1-1 ketika melayani PKNS, sekali gus gagal meneruskan rentetan kemenangan berturut-turut dalam empat perlawanan sebelum ini. Walaupun mendahului 1-0 menerusi penyerang berbisa, Francis Forkey Doe apabila merembat masuk hantaran Joseph Kalang Tie pada minit ke-37, anak buah Mat Zan Mat Aris gagal mengekalkan kelebihan apabila pelawat menyamakan kedudukan selang dua minit babak kedua bermula menerusi tandukan Helmi Remeli. Di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Negeri Sembilan bangkit daripada ketinggalan sebelum menewaskan T-Team 2-1 untuk merakam kemenangan ketiga, sekali gus kekal di tangga keempat carta liga.
Di Stadium Pasir Gudang, Johor FC terus kempunan tiga mata di laman sendiri selepas sekadar seri 1-1 dengan barisan 10 pemain FELDA United. Tuan rumah memecah kebuntuan pada minit ke-82 hasil rembatan pemain gantian Mohd Syazwan Zainon tetapi FELDA menyamakan jaringan menerusi tandukan Mohd Azrul Ahmad ketika aksi berbaki lima minit. Di Stadium Hang Jebat Melaka, jaringan tunggal seawal minit keenam Mohd Khyril Muhymeen Zambri sudah cukup buat pelawat Kedah menewaskan Kuala Lumpur bagi kemenangan pertama skuad Kenari musim ini. Diperkuat dengan dua import baru, skuad Warga Kota menguasai babak kedua dan hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-80 tetapi rembatan Mohd Shafiq Johari ditepis penjaga gol Kedah, Mohd Helmi Eliza Elias. Kekalahan skuad bimbingan Razip Ismail itu terus meletakkan Kuala Lumpur di posisi tercorot liga dengan lima kekalahan dan sekali seri hasil enam perlawanan. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenazhar Syabas pasukan PERAK atas kejayaan anda. Kekal prestasi...kalau boleh pemain import tu...nak komen dah jemu....buatlah keputusan demi kebaikan pasukan. Budak Tunjang Alhamdulilah... Menang jua skuad Negeriku..Kedah Darul Aman.. "lantas bangun!!!...semula Gagah..mujur lalu melintang patah!" junaidi suka bola sepak di malaysia G-Bauk ape dh jd ngan pasukan ngap sayop huhuhuuu lingkup/koyak ngan perak,,, |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan