Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


KAFA, Butler berpisah akhirnya

Posted: 28 Feb 2012 01:19 PM PST

Sukan

TIMBALAN Presiden KAFA, Datuk Afandi Hamzah bertukar perjanjian penamatan kontrak dengan Butler  (kiri) di KTC, semalam. - Foto Nik Abdullah Nik Omar

TIMBALAN Presiden KAFA, Datuk Afandi Hamzah bertukar perjanjian penamatan kontrak dengan Butler (kiri) di KTC, semalam. - Foto Nik Abdullah Nik Omar

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) menamatkan kontrak Peter James Butler selaku ketua jurulatih Kelantan berkuatkuasa, semalam selepas kedua-dua pihak mencapai kata sepakat dalam satu mesyuarat khas di Wisma Kafa, Kubang Kerian, semalam.

Perbincangan selama sejam antara Butler dan pihak pengurusan itu akhirnya menemui jalan penyelesaian terbaik apabila kedua-dua pihak bersetuju menamatkan kontrak tanpa sebarang tuntutan.

Kontrak Butler bersama KAFA berakhir dan berkuatkuasa hari ini (semalam). KAFA berterima kasih atas sumbangannya terhadap pasukan Kelantan sehingga tempoh ini, kata Timbalan Presiden KAFA, Datuk Afandi Hamzah selepas mesyuarat di Kelantan Trade Centre, (KTC). Ketika diminta mengulas adakah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Akademi Al-Hamra Red Warriors (ARMY) Bojan Hodak akan dilantik menggantikan Butler sebagai ketua jurulatih, Afandi tidak menolak kemungkinan itu.

Difahamkan dua lagi calon - Zahasmi Ismail dan Sidek Shamsuddin juga berada dalam senarai pengurusan pasukan ketika ini.

Kami ada calon yang tersenarai dan Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa sendiri akan mengumumkan dalam masa terdekat siapa akan mengendalikan pasukan, katanya.

Butler sebelum ini mencetuskan isu apabila kelihatan tidak melatih pasukan berikutan perang dingin antara pengendali Inggeris berusia 46 tahun itu dengan pihak pengurusan, termasuk soal pemilihan kesebelasan pemain dan isu pemain import.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

mohd zailani

Bila bolasepak di Malaysia ni nak maju..jika jurulatih tidak dapat mandat penuh memilih pemain..kalau pengurusan yg bertegas termasuk presiden sendiri yg ghairah nak pilih pemain utk sesuatu perlawanan..tak perlu buang duit gaji kan jurulatih..mereka sendiri boleh latih dan pilih pemain KESAYANGAN mereka.Inilah senario yg menyedihkan dan memalukan bolasepak negara khasnya..berubah lah weh !

pya

GOMO KELATE GOME..SELAMANYA THE RED WARRIORS..
BANGUN SEMUA PENYOKONG
TUNJUKKAN HATIMU
TINGGIKAN SORAKANMU
DEMI KELATE DEMI KELATE DEMI KELATE DIHATIKU...

zam

Tak apalah, kalau dah tak ada 'jodoh'.

aar

mesti ada kepuasan tidak hanya pihak pengurusan kafa, jurulatih, pemain, juga peminat, itu baru boleh dikata cemerlang.

izani shafie

harapan saya semoga kafa dapat cari jurulatih yg berpengalaman sepertimana b.sathianathan lakukan dulu

poknikdin

Kembali kepada jurulatih berbahasa negara sendiri pun ok,mereka pun hebat2.

AYIE

BUTLER BAGUS,AMBO PUN X STUJU BUANG GHADDAR HARI TU


Serpa mula tunjuk taring

Posted: 28 Feb 2012 01:17 PM PST

Sukan

SELEPAS dua tahun tidak tampil dalam Le Tour de Langkawi (LTdL), juara keseluruhan LTdL 2009, Jose Serpa dari Colombia mula mempamerkan kehebatan pendakiannya dengan menjuarai Peringkat 5 dari Ayer Keroh ke Pandan Indah, semalam.

Laluan sejauh 190 kilometer yang diwarnai tiga zon pendakian di Bukit Tangga dengan ketinggian 400 meter, Genting Perez (500m) dan Bukit Tinjau (240 meter) itu menyaksikan pelumba pasukan Androni Giocattoli itu merakam 4 jam 32 minit 17 saat, mengatasi pelumba Drapac Cycling, Darren Lapthorne yang turut mencatatkan masa sama selepas melakukan pemecahan pada 3 kilometer menuju penamat.

Saya harap dapat mengulangi senario yang sama pada LTdL 2006 (kejuaraan pertama bergelar pelumba profesional) apabila memenangi dua peringkat termasuk peringkat pendakian ke Genting Highland, kata Serpa yang merangkul kemenangan peringkat ketujuh dalam LTdL. Satu-satunya pelumba yang memenangi tiga kali peringkat pendakian di Genting Highlands (2006, 2007, 2008) itu sekali lagi dijangka menakluki Peringkat 6 sejauh 108km dari Shah Alam ke Genting Highlands, hari ini.

Sekalipun menduduki tempat kedua, ia sudah cukup buat Lapthorne merampas jersi kuning pendahulu daripada genggaman pelumba Garmin-Barracuda, David Zabriskie yang menyarungnya sejak peringkat pertama di Putrajaya.

Perlumbaan esok (hari ini) akan berubah sama sekali berbanding peringkat sebelum ini dengan beberapa pakar pendakian dunia akan cuba membuktikan kehebatan masing-masing.

Adalah sukar untuk saya mengekalkan jersi kuning tetapi jika saya kehilangan jersi ini kepada Serpa, saya tidak akan kecewa kerana saya tahu dia pendaki yang hebat, kata Lapthorne yang muncul pendahulu baru dengan catatan keseluruhan 17 jam 36 saat.
Jersi biru Raja Pecut masih milik Andrea Guardini daripada Farnese Vini-Selle Italia dengan 45 mata sementara jersi merah Raja Bukit kini dimiliki rakan sepasukannya, Matteo Rabottini yang mengumpul 18 mata.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen