Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


‘Sikap positif punca menang’

Posted: 02 Mar 2012 12:55 PM PST

Sukan

SYAHRUL (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan  di Stadium Yishun, malam tadi.

SYAHRUL (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan di Stadium Yishun, malam tadi.

Kim Swee bangga perwatakan pemain benam Tanjong Pagar United 3-0

SIKAP positif ditakrif sebagai punca utama yang membutirkan kemenangan kedua berturut-turut untuk skuad Harimau Muda yang membenam Tanjong Pagar United 3-0 dalam saingan Liga Singapura di Stadium Yishuni, malam tadi.

Ia disuarakan oleh ketua jurulatih, Ong Kim Swee yang gembira anak didiknya berjaya mencipta kemenangan kedua berturut selepas menewaskan Gombak United 2-0 dalam perlawanan pembukaan pada 9 Februari lalu.

"Pemain mempamerkan permainan cukup baik malam ini (malam tadi). Mereka jelas bangkit menebus kecewa selepas kalah kepada Jepun (kelayakan Olimpik) tempoh hari. "Setiap anak buah saya menunjukkan sikap positif walaupun diasak agak keras terutama pada separuh masa kedua tetapi pemain mengawal perasaan.

"Ini petanda baik. Mereka harus belajar dari sekarang kerana apabila kita mendahului, tentunya kita akan diasak dengan begitu keras. Jadi saya harap ini menjadi pengajaran berguna untuk dibawa ke perlawanan akan datang," kata Ong Kim Swee yang mengakui dia berpuas hati dengan kemenangan itu.

Skuad muda negara menguasai sepenuhnya babak pertama dan berjaya memperoleh gol pertama pada minit ke-14 apabila Syahrul Azwari Ibrahim merembat kencang dalam kotak penalti selepas menerima hantaran Affize Faisal dari sebelah kanan.

Situasi bertambah selesa apabila menambah jaringan kedua pada minit ke-44 menerusi sepakan Gary Steven Robbat gara-gara penjaga gol lawan, Fajar Sarib gagal mendakap kemas hantaran lintang Fandi Othman.
Selepas rehat, Tanjong Pagar terpaksa beraksi dengan bekalan 10 pemain selepas Hafiz Osman dilayangkan kad merah pada minit ke-90 dan A Thamil Arasu menambah derita tuan rumah dengan gol ketiga menerusi sepakan penalti selepas Jonathan Xu mengasari Nazirul Naim.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

wan bera

harimau muda akan sentiasa maju kehadapan

Zul Husni

Tahniah Harimau Muda

mohd fairuz

Tahniah harimau malaya...terus ngauman dikota singa...

Mahadir

JANGAN terlalu teruja..tahap permainan masih rendah apatah lagi jika bermain dgn pasukan luar negara kena buli mcm budak2

Muhd syafiq

Teruskan usaha lagi

Juraddu

Teruskan perjuangan anda,....ngauman malaya tetap menggerunkan.

rashidah

tahniah!! kpd psukan harimau mda..

kuda kepang

syabas, teruskan kecemerlangan & kembalikan kegemilangan era 70an. ingat, pasukan kita pernah sebaris dengan korea, jepun, iran dll.

din greece

Tahniah kpd hrimau muda krna mncatat kmenangan kedua berturut2 dgn mnewaskan TANJ0NG PAGAR UTD 3-0 smlm...Semoga dpt mneruskan kcemerlangan ini....Kekalkan smangat berpsukan n tidak mmandang rendah kmampuan pihak lwn,adalah tonik terbaik utk mnewaskan lwn...TAHNIAH.....

siti sarah zainul

alhamdulillah .. player msia mmg trbaek .. alway;s support korang , x kire mng or klh .. korang sume the best for msia .. :) .. I LOVE U HARIMAU MUDA ,

abdhalimabdrazak

terbaik dari harimau muda..teruskan mengaum dipulau singa..

mohd khushaini bin abd rahman

sebenarnya pemain2 kita mampu pergi jauh dalam arena bola sepak..cuma perlu kuatkan mental dan latihan yang tinggi..

Md Hisham bin Abd Razak

Teruskan positif. Buang masa berfikiran negatif.

Azri

Teruskan Usaha Harimau Muda!!!

Lee Madian

cardiff city.apa yg di banggakan dgn nma tersebut.sy tk bangga nma malaysia dibelakang cardiff city kerana seorang pun rakyat malaysia tk tersenarai dlm tim tersebut.kata cardiff city nk membantu malaysia.apa yg di bantu?klau bantu letak nma malaysia kt belakang baju,baik tk payah.buang masa.

Lee Madian

pemain malaysia boleh maju dlm bola sepak,tp satu perkara pemain malaysia tk berubah dari dulu sampailah sekarang ialah suka menghantar bola tinggi.cth;kita tengok jepun apabila bermain,dia org kerap hantar bola bawah dan laju.jadi kenapa pemain malaysia tk boleh mencontohi pemain jepun.klau mcm tu corak yg dipamerkan malaysia tk akan maju sampai bila2.sy berpuas hati tentang pemain malaysia ialah fizikal sahaja.sy sebagai peminat bola sepak,tolonglah ubah cara permainan anda.


Mamat bukti Malaysia boleh

Posted: 02 Mar 2012 12:50 PM PST

Sukan

HARRIF meraikan kejayaan tempat kedua perlumbaan Peringkat Ke-8  LTdL dari Pekan ke Chukai, semalam.

HARRIF meraikan kejayaan tempat kedua perlumbaan Peringkat Ke-8 LTdL dari Pekan ke Chukai, semalam.

MOHD Harrif Salleh tampak menemui 'semangat luar biasa' apabila kembali ke negeri asalnya, Terengganu, untuk mencatat keputusan terbaik apabila meraih tempat kedua, perlumbaan Peringkat Ke-8 Le Tour de Langkawi (LTdL) yang berakhir di Chukai, semalam.

Di hadapan 10,000 penonton yang mengharapkan dia dapat membuat kejutan melakar kemenangan, Harrif berjaya mengikuti rentak kayuhan pakar pecut, Farnese Vini-Selle Italia, Andrea Guardini dari jarak 200 meter menuju penamat, namun gagal mengatasi kehebatan pelumba Itali yang terlebih dahulu mencecah garisan penamat.

"Semangat ini memang berbeza apa lagi bila saya sudah nampak pintu gerbang sempadan negeri Terengganu tadi. Saya memang sudah berazam, apa pun saya mesti kalahkan pelumba 'mat salleh' yang lain sebab mahu buktikan pelumba Malaysia juga mampu beri saingan. "Memang susah untuk saya mendapatkan kedudukan di belakang Guardini sebelum pecutan itu sebab ramai pelumba lain juga mahu mendapatkan tempat tetapi abang saya (Mohd Zamri Salleh) banyak membantu saya," kata pelumba berusia 24 tahun itu yang dikenali dengan panggilan Mamat.

Sementara itu, pakar pecut Itali, Guardini merakam kejayaan kesembilan di LTdL - sekali gus menyamai rekod kemenangan terbanyak dimenangi Graeme Brown dari Australia.

Dengan memenangi lima peringkat perlumbaan pada LTdL tahun lalu, Guardini melengkapkan kemenangan keempat, semalam dalam saingan yang terjejas dengan cuaca buruk dan hujan hingga ke garisan penamat.

Guardini, 23, tidak menghadapi masalah untuk mengatasi Mohd Harrif yang mewakili Terengganu Cycling Team dan Jacobe Keough (United Healthcare), ketiga-tiga pelumba berkenaan merakamkan 2 jam 13 minit 27 saat.
"Saya gembira dapat melakar empat kemenangan daripada empat penamat pecutan pada LTdL kali ini. Esok (hari ini), saya akan cuba melakukannya sekali lagi tetapi saya jangka saingan sengit daripada pasukan United Healthcare," kata raja pecut tahun lalu itu.

Seperti semalam, perlumbaan Peringkat Ke-9, hari ini bersambung dari Kemasik ke Kuala Terengganu sejauh 165.7km bakal dikuasai pelumba pecut yang akan menamatkan perlumbaan dalam kelompok besar.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan