Berita Harian: Sukan |
Posted: 17 Apr 2012 12:53 PM PDT SEPERTI tidak puas hati dan mula meragui kesahihan hukuman awal, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mungkin akan membuat langkah berikut membuat rayuan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meminta penjelasan kenapa 14 mata dipotong daripada skuad Piala Presiden. Semalam, Naib Presidennya, Rosmadi Ismail menjelaskan selepas menyemak buku manual berhubung denda kerana menggunakan pemain tidak sah, mereka tidak menemui sebarang peraturan seperti disiarkan atau itu berlaku mungkin kerana tersilap maklumat. KAFA tetap terima keputusan dibuat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT). - Rosmadi Ismail, Naib Presiden KAFA "KAFA tetap terima keputusan dibuat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) tapi selepas menyemak buku manual berkenaan kami terdorong untuk mendapatkan lebih penjelasan. "Selepas bermesyuarat dan melihat manual undang-undang pertandingan diberi kami sepakat menghantar rayuan," katanya. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenpenkritik bola sepak malaysia x akan maju sampai bila2 sekiranya tidah ubah sikap pilih bulu..terlalu taksub guna kuasa vitor plk..nt lain kali klntan x payah msuk mana kt malaysia baik main kt indon atau thailand la...bukan nk kutuk tp diminta prihatin kesian kt penyokong,pemain,x de rasuah cam ni lak jdi..klau ada rasuah lagi trok agaknya..dan minta kaji knpa pasukan terhebat cam trenganu baru2 ini kna 6-1 kpd slgor knpa???? altras Thailand 7 perlawanan baru perasan ada pemain tidak sah hahahaha lawak la lu FAM.pegawai pemerhati dari FAM semasa perlawan tk buat kerja ke fam katak puru asenyer pihak kafa kene buat macam terengganu ketika hadapi masalah dgn pemain import dimana mb terengganu mula campur tgan n akan menyaman FAM ..jika dilihat isu ini...pihak FAM tidak mnjalankan tugas dari awal pertandingan kerana tidak meneliti dahulu senarai pemain yg di hantar.... jadi pihak KAFA boleh menyaman FAM!!!...stand for ur rights! Faizal Z Tahniah FAM kerana telus. Kalau ada TSAM mesti tak dapat nak potong mata sebab ada gangguan. muhanmad bin derani JIka FAM sesuka hati buat keputusan terhadap sesuatu bolasepak yang melibatkan pemotongan mata sesungguh FAM sedar pemulangan wang tiket yang telah dikeluarkan oleh peminat bolasepak harus dipulangkan balik saei SIARAN LANGSUNG TAK ADA SEBABA TSAM KENA GANTUNG DAN PENAJA TAK NAK SPONSER HE.. HE.. TAHUN DEPAN BANYAK NEGERI YG TAK DPT BYR GAJI PEMAIN saei TAK ADA SIARAN LANGSUNG SEBAB TSAM KENA GANTUNG DAN PENAJA TAK NAK SPONSER LAGI HE...HE... bunya macammana nak maju bolasepak malaysia komen sikit kena hukum,lepastu pasukan bolasepak yang ada kena mengena dengan komen tu dah bagi lagi siaran langsung kat tv.lebih baik bubar je pasukan bolasepak harimau malaya tu.main guli lagi bagus... sham tak payahlah nak penjelasan lagi. silap haribulan kafa pula yang akan digantung dari menyertai apa2 kejohanan bolasepak dibawah fam. hahahahaha..... TukarTajuk Tumpang tanya : Ada sapa-sapa tahu kenapa ya selepas TSAM dihukum FAM, dah tak ada lagi siaran langsung liga super / fa melibatkan Kelantan di saluran tv baik kerajaan atau swasta@astro ? yang banyak siar melibatkan Singapore LionsXII atau ada, cuma saya yg tak perasan, maaf la kalau silap. katokpuru Kenapa FAM(yang bagus sangat tu) Xtunggu sampai habis semua game..pastu potong semua mata.. saei Kedua-dua pasukan kelantan iaitu pskn piala presiden dan pskn negeri tarik diri sahaja dari pertandingan kerana kedua-dua pskn tersebut dianaktirikan cik ku Lain kali berhati-hati ya..kesian kat player main bermatian tapi kena potong point. zekzaidi FAM kena telus dgn semua pasukan, bkn bersikap pilih bulu.. sekarang sudah thun 2012, FAM bila nk berubah..? kg jenub. bkt bunga kltn kita hidup bukan untuk bergaduh.kami bayar tiket untuk masuk dan untuk pasakan kami menang.jika kalah tiada nasikpun kami terima dengan kekalahan.mata dah banyak pihak atasan nak potong pula mata.salah kalini maafkanlah munkin lain kali pasukan kami tak buat lagi. kg jenub. bkt bunga kltn harar pihak atasan jangan melemah semagat kita sebagai peminat bola sepak kelantan.kita masun stadium bayar tiket untuk pasukan kami menang.harap pihak atasan jangan buat kacau sebelum kami buat kacau.pihak atasan makan gaji .tapi kami bayar tiket setiap kali perlawanan untuk lihat dan sokong pasukan kami . Roti Planta Hati-hati nanti Naib Presiden KAFA, Rosmadi Ismail pula akan digantung 2 tahun kerana membantah/merayu keputusan jawatankuasa pertandingan. FAM ini persatuan sukan No.1 didunia dalam kategori Pentadbiran Diktator. Rayuan tidak dilayan, segala titah Tuanku mesti diletakkan diatas batu gemala. hci apelah dgn FAM ni!..mcn2 nk buat n senang2 mnjatuh hukum. tolong teliti dulu sblm jatuh hukum..spya jelas n hukuman itu berpatutan. tp, kbykkn hukuman dbuat mbantutkn pertumbuhan sukan bolasepak tanahair...jd fikir2knlah wahai org dalam FAM. tk shukri Tidak salah untuk FAM menguatkuasakan tindakan jika peraturan tidak dipatuhi. Persoalannya kenapa selepas tujoh permainan baru dikenakan hukuman. Sepatutnya selepas satu atau dua perlawanan terus diambil tindakan jika didapati mana-mana pasukan gagal mematuhi syarat-syarat ditetapkan. Keadaan ini menunjukkan pegawai FAM sendiri tidak menjalankan tugas yang diamanahkan. Didalam kes ini, bukan sahaja Kelantan yang perlu dikenakan hukuman tetapi Pengerusi J/K Pertandingan juga perlu dikenakan tindakan tatatertib kerana gagal menjalankan tugas secara profesional. Jika keadaan ini dilaksanakan maka akan kelihatan FAM diuruskan secara profesional dan bukan menurut kehendak pegawai-peagawai yang berkuasa diatas sebab tertentu seperti dendam dan irihati. |
Merah Kuning bangga tambah derita Johor FC Posted: 17 Apr 2012 12:40 PM PDT Sukan PERCUBAAN Amri (kanan) barjaya dihalang penjaga gol Johor FC Mohd Anis Faron di Stadium Shah Alam, malam tadi. Kedua-dua gol Selangor dijaringkan penyerang import dari Croatia, Bosko Balaban pada separuh masa kedua. Anak-anak buah Irfan Bakti Abu Salim ternyata menguasai permainan separuh masa pertama dan percubaan pertama Selangor pada minit ke-19 menerusi rembatan jarak dekat kapten, Amri Yahyah berjaya dihadang baik penjaga gol Johor FC, Anis Faron Arsidi. Bersambung babak kedua, jurulatih sementara Johor FC, Azmi Mohamed terpaksa mengeluarkan Anis Faron seawal minit ke-48 kerana kecederaan hamstring dan memasukkan penjaga gol kedua, Zamer Selamat.Jaringan Ramez Dayoub selepas menyambut sepakan percuma Safiq Rahim pada minit ke-53 dibatalkan pengadil kerana ofsaid, namun tiga minit berselang, Selangor akhirnya memperoleh gol pertama menerusi penyudah kemas Balaban di depan pintu gol selepas menerima lorongan cantik Solihin Kanasian. Sisa perjuangan Johor FC lebur apabila Bosko menanduk cantik gol kedua Selangor berpunca sepakan sudut Safiq pada minit ke-86 untuk membolehkan Selangor membuka saingan pusingan kedua dengan meraih kemenangan keenam musim ini. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan