Berita Harian: Sukan |
Posted: 18 Apr 2012 12:27 PM PDT LEE Chong Wei seakan-akan mengundang masalah baru kepada reputasi diri - segala-galanya menjurus kepada tindakan dia gagal hadir ke majlis Anugerah Sukan Negara 2011, kelmarin. Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong menyuarakan rasa kesal terhadap gelagat pemain badminton nombor satu dunia itu apabila secara sinis berkata: "Kalau orang yang mungkin berpendapatan RM2 hingga 3 juta setahun, ganjaran RM20,000 ini mungkin tiada nilainya." Kalau orang yang mungkin berpendapatan RM2 hingga 3 juta setahun, ganjaran RM20,000 ini mungkin tiada nilainya. - Datuk Zolkples Embong, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Dia menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Chong Wei dan juga pegawai kanan Persatuan Badminton Malaysia untuk memastikan jaguh negara itu hadir, tapi kesudahannya dia hanya dipalit kecewa. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenzack selangor Kenapa perlu buat press statement pasal ketidakhadiran dia. Lepas tu komen macam budak-budak nak merajuk. Selama ini dia telah bersungguh-sungguh dalam permainan. Tidak hadir bermakna ada masalah lah. Tak perlu dak ceriter dalam surat khabar. Politik sukan macam politik tanah air jugak godang bukan semua datuk/dato' kat malaysia ni rakyat malaysia sayang tapi orang malaysia mane yang tak sayang lee chong wei, pikirkan la ameryn da tentu bahu LCW skit..
jeaOrange ..kita sokong u hanafi,almaklumlah dah lama menyepi,D.Z nak glamour balik lah tu.. Etta Ada sebab tertentu mengapa dia tidak dpt menghadirkan diri. Mungkin masalah kesihatan, keluarga... Jgn menghukum beliau tanpa bukti.. Ini mcm dah menghukum tanpa dibicarakan.. nziebalus kenapa kita di Malaysia ni harus berfikiran positif, jangan na bangga dengan jawatan yang kita sandang tu, jawatan tu kat dunia je...jangan dulu buat kenyataan rasa terkilan...tanya dulu yang empunya badan sharif bin kasban jangan ungkit perkara sekecil ini...fikir dahulu sebelum bertindak...jasa beliau menaikkan nama negara mesti dikenang sepanjang zaman....positive minded Insanto Siasat dulu sebelum membuat sebarang kenyataan yg mungkin boleh menyinggung perasaan. Jangan cakap ikut sedap mulut. Patutlah sukan kita macam nak melingkup...disebabkan oleh komen-komen "merapu" macam ni lah..macamana mamat ni boleh jadi pegawai tinggi sukan ..saya pun tak faham Johan Makin teruk suka di malaysia skrg, daripada Bolasepak, Hoki sampai lah badminton , Semua mata duitan, Sepatutnya Chong wei ken hadir anugerah sebegini, tambah2 pulak Agung yang datang, Jangan buat peminat mula membenci perangai, kamu pemain terbaik di dunia, jgn jadi macam bolasepak , ramai peminat mula mengkritik dan membidas, Elizabeth Sebelum kita kenal pasti kesalahan seseorang tu, kena pastikan apa masalahnya terlebih dahulu. Kita kenal LCW seorang yang penuh disiplin...tapi setiap manusia ada kelemahan...namun begitu baik selesaikan masalah dengan baik dahulu.. meor hakeem bin salleh Susah-susah sangat, buang je lah CW tu... Datuk Z patut dapat anugerah jugak... Dia hero paling berjasa unt sukan malaysia... Dia memang hebat... selesahaja mungkin datul lcw ad mslh sehingga tdk dapat hadir...jgn cepat melatah..apapun datul lcw harus tampil kedepan utk memberi sebab dan anugerah sepentg itu harusnya beliau hadior.. Pazz Iman Ala tak payah la nak kecoh2, mungkin LCW ader hal penting yang tak dapat dielakkan, kene la hormat orang lain, artis tu pun yang menang anugerah tak datang rilek jer... rileks2 la... shahidan wah,Tuan Meor Hakeem bin Salleh rapat betul dgn Datuk Zol,jiran sebelah rumah ke?hahahahahaha Anth daz Knpe main sindir2 pula. Mana adat dan nilai hormat-menghormati org Malaysia?? Dgr dulu penjelasan LCW, bru buat komen.. Jgn ego lah.. saei SEJAK DILATIH TEY SEU BOK MCM2 JE MSLH YG TIMBUL, DULU CEDERA TAK DPT MAIN DAN SEKARANG TAK HADIR TERIMA ANUGERAH. MSLH UTAMA DLM BAM IALAH DISIPLIN PEMAIN ADA YG NAK TUKAR JURULATIH, ADA YG NAK PECAT JURULATIH, ADA YG BUAT KONSPIRASI LANTIK JURULATIH KALANGAN GROUP DI SAHAJA. SEBAB TU LAH RECKY LETAK JWTN. LAIN KALI PASTIKAN SIAPA YG TAK DPT HADIR BERI SAHAJA ANUGERAH ITU UNTUK YG DPT HADIR SAHAJA. SELEPAS NI DENGARLAH ALASAN TAK HADIR KERANA DEMAN DLL. NANTI DAH DPT EMAS DAN DUIT 1 JUTA BERSARA PULA LEPAS NI. shukri Perkara ini tidak perlu diperbesarkan. Dato' Zol perlu siasat terlebih dahulu, mungkin LCW ada masalah sebenar mengapa dia tidak hadir. Pihak pengurusan sukan sepatutnya memberi lebih tunpuan kepada pencapaian atlit berbanding dengan kehadiran ke Anugerah Sukan. Jika seseorang atlit tidak dapat hadir, maka wakilnya boleh mengambil anugerah tersebut. Jangan besarkan perkara yang kecil. rahman Kerajaan terlalu manjakan dia bah. KL Tulip Lady hope Datuk LCW akan bagi statement to press secepat mungkin... kg jenub. bkt bunga kltn harap datuk lee chong wei buang yang keruh ambil yang jernih.inilah sebagai peminatmu yang setia sokong kamu selama lamanya. Warga Desa Murni Hati Nurani Nanti sat Ye! Dengar dulu penjelasan dari Dato" Lee Chong Wei. Mesti ada sebab yang sangat munasabah. Pemain didahulukan ok.Mereka bertarung di gelanggang ok ok ok. Jangan hentam sembrono. We have lost Rexy Mainaky and it's not ok. sipranus joseph masalah sukan di malaysia semakin menjadi2... hanafi Jgn gitu Datuk Z. komitmen LCW kpd negara dah beliau tunjukkan dalam setiap pertandingan antarabangsa. Selidik dulu apa masalahnya. Takkan kerana sekali tak hadir keraian dah dituduh bukan2 kononnya duit hadiah sikit. Patut Datuk Z keluar statement kepada KOAM yg 'menyumbang' nama M'sia pasal isu dadah di kalangan atlit olahraga. Itu pun takleh nak settle2 sampai hari ni. Banyak lagi kot nak tunggu KOAM men'yumbang'kan nama baik negara kat antarabangsa? kg jenub. bkt bunga kltn datuk lee chong wei kamu contoh buat negara malaysia.janganlah kamu buat perangai pelik 2.nanti kita peminat kamu ikut benda tak elok nanti.harap kamu buatlah benda 2 yang baik boleh kami ikutkan.kita hidup buat benda baik tak rugi tuhan sayang.tuhan sayang dah mati nanti duduk didalam surga.itulah 1 dunia manusia mahu mati masuk surga.semua orang sembahyang nak itu saja.dunia sekejap saja.akhirat selamanya. Mat Jack Saya tertarik dgn komen sdra Meor Hakeem. Saya pun turut sependapat sepatutnya perlu kenyataan dulu drpd chong wei sendiri atas ketidakhadiran beliau di majlis tersebut. Jangan lah kita hanya menuding jari menentukan kesalahan org lain sahaja. Namun begitu majlis anugerah seperti ini sememangnya penting. Sepatutnya pihak urusetia dimaklumkan terlebih awal tentang ketidakhadiran mana2 atlit dalam majlis2 seperti ini. Jgn hanya mementingkn diri sendiri shj baik pihak pengurusan MSN mahupun BAM. Kepentingan negara dan dunia sukan khasnya sepatutnya lbh diutamakan. Roti Planta Anugerah Sukan Negara sepatutnya mencontohi Anugerah Pemain Terbaik Afrika dimana mana-mana calon pemenang yang tidak hadir maka kemenangan mereka dibatalkan (nama mereka tidak diumumkan). Chung wee Tidak apalah klu chong weei tu nak diraikan, maybe dia merasakan best lagi klu pergi bertanding bersendirian tanpa pasukan, seperti tenis, golf...sendiri2 pergi. penjual telipon kalo 200k baru konfom datang la.. Salbiah Binti Salleh Perlu dengar penjelasan drp Chong Wei terlebih dahulu Meor Hakeem bin Salleh Datuk Z ni memang suka carik salah orang berbanding menyelesaikan masalah sedia ada. Ada dia tanya CW dulu sblm buat knyataan provok ni? Tlg la Malaysia, bnda kcik mcm ni bg la muka sikit. Tanya dulu knp dia xblh dtg.... Tepuk dada tanya iman... |
Menteri harap jumlah alit bertambah Posted: 18 Apr 2012 12:18 PM PDT Sukan AHMAD Shabery (tengah) dan Ahmad Sarji (kanan) bersama Fatehah (kiri) dan Azizulhasni pada pelancaran 100 hari menjelang Sukan Olimpik di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, petang semalam. Pada firasat Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dia mahu melihat lebih banyak atlit bersama dalam kontinjen ke London, Julai ini. Setakat ini, seramai 19 atlit daripada lapangan memanah, menembak, berbasikal, terjun dan lawan pedang sudah pun menempah tiket awal ke temasya terbesar dunia itu dan Shabery percaya jumlah itu akan meningkat kepada kira-kira 30 atlit dalam masa terdekat ini.Ini kali ketiga beraksi di Olimpik. Jika dulu, penyertaan lebih kepada menimba pengalaman tetapi kali ini lebih kepada memburu pingat. Kami akan ke China untuk jalani latihan. - Bryan Nickson Lomas, Terjun "Sebagai contoh, badminton yang dilihat cetusan emas pertama negara di sana nanti belum lagi membuat pemilihan dan jika senarai lengkap sudah siap nanti mungkin ada tambahan tujuh hingga lapan atlit lagi maka ia akan berkembang sehingga kira-kira 30 atlit semuanya mewakili negara."Saya percaya dengan lebih ramai atlit bersama ia akan memeriahkan lagi penyertaan negara di temasya itu yang ditunjangi Chef de Mission, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid," kata Shabery pada majlis pelancaran 100 Hari Menjelang Sukan Olimpik London 2012 dan perasmian Bilik Sekretariat Road To London di Majlis Sukan Negara (MSN), semalam. "Selain sebagai tempat persediaan bagi atlit dan pasukan sokongan ke London, Bilik Sekretariat ini akan menjadi sebagai medium untuk semua pihak bagi menyalurkan maklumat terkini, selain tempat monitor perkembangan atlit dari semasa ke semasa." Turut hadir pada majlis ialah Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia Simon Featherstone, Chef de Mission, Tun Ahmad Sarji, Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk A Sani Karim, Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan